Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur terus ke Labuan Bajo, Pulau Flores Indonesia. Kami sampai petang. Lapan orang teman saya menginap di Loccal Collection Hotel manakala saya dan empat teman bermalam di Dejavu Hotel, tengah bandar Labuan Bajo. Petang itu kami berlima bersiar di deretan kedai di Labuan Bajo. Bandar ini jauh berbeza dari tahun 2009 semasa saya ke sini dulu, terdapat banyak bangunan perniagaan dan hotel.
Labuan Bajo tidak sesibuk bandar percutian lain di Indonesia. Jalan laluan sehala di tengah bandar menjadikan pergerakan kenderaan lebih teratur dan aman. Kami makan malam, membeli cenderahati dan bersiar di Dataran Marina Labuan Bajo hingga tengah malam. Hari kedua kami bersarapan di Loccal Collection Hotel bersama teman-teman lain yang menginap di sana.
Loccal Collection hotel jelmaan Santorini di Greece ini menarik perhatian pengunjung dengan warna putih biru. Jika tidak bermalam di hotel ini, pengunjung masih boleh datang menjamu selera di cafe hotel ini dan bebas bergambar di kawasan yang dibenarkan. Saya dan teman-teman bergambar di sekitar kawasan hotel selepas sarapan.
Kami seramai 13 orang menyewa sebuah kapal dengan tujuh bilik tidur. Setelah 'check in' di kapal pada jam 12:30 tengahari, kami dijamu makan tengahari. Pada jam 15.00 petang activity pertama percutian kami bermula iaitu mengunjungi Pulau Kelor. Sampai di daratan Pulau Kelor kami mendaki sekitar 15 minit di bukit belakang gerai untuk menjamu mata dan merakam gambar.
Sampai di Pulau Padar, kami diberi sedikit taklimat tentang larangan dan peraturan semasa berada di sana oleh Ranger Pulau Padar. Selesai sesi penerangan barulah kami dibenarkan mendaki di Bukit Pulau Padar yang indah ini. Tujuan kami pagi ini adalah menyaksikan matahari terbit dari aras tinggi Pulau Padar. Semakin tinggi kami mendaki, semakin indah pemandangan di bawah sana. Trek bertangga di Pulau Padar ini dibina baik dan terjaga.
Jalur pendakian bermula dari pantai. Terdapat enam Pos sepanjang jalur dan semakin tinggi kita mendaki semakin jelas bentuk muka bumi yang indah kita akan lihat dari sana. Kami mendaki sehingga pos terakhir iaitu Pos 6. Merakam gambar di setiap aras dan sudut sepuasnya semasa mendaki dan turun.
Setelah mendengar sedikit taklimat dan peraturan di desa komodo ini, kami dibawa melawat ke sarang buaya komodo. Pulau Komodo didiami sekitar 2000 orang dan seratus peratus mereka beragama Islam. Terdapat empat buah masjid di sini. Salah seorang peneman kami berasal dari Pulau Komodo ini. Dia berbesar hati memperkenalkan kami kepada gurunya semasa kami berselisih di jalanan.
Sebelum pulang kami membeli cenderahati hasil pengeluaran penduduk kampung sebagai sokongan dan galakan peniaga kecil tempatan. Terdapat puluhan gerai cenderahati di bawah satu bumbung di kampung ini yang menjual barangan hasil seni kraftangan tempatan.
Setibanya kami di Gili Lawa atau Gili Lawa Darat, kami disambut oleh ranger yang bertugas. Kami diberi sedikit taklimat tentang peraturan semasa berkunjung di pulau yang mempunyai rumput savana hijau di musim hujan dan bertukar perang di musim kemarau ini.
Cuma kami berenam sahaja yang mendaki di Gili Lawa ini. Empat teman kami lebih memilih untuk mandi manda di pantai Gili Lawa dan tiga lagi teman memilih untuk berehat di kapal. Kami mendaki melalui jalur yang membelah rumput savana sehingga sampai di satu spot yang baik untuk melihat matahari terbenam petang itu. Sementara kami menunggu waktu senja, kami merakam gambar, bersantai dan menikmati pemandangan tenang sambil bercerita. Cuaca petang itu sungguh bersahabat.
Setelah kembali ke kapal kami dijamu minum petang. Sementara menunggu makan malam kami berehat dan menikmati hembusan angin laut dalam pelayaran ke destinasi seterusnya.
Hari keempat percutian, seperti hari sebelumnya, aktiviti kami menunggu matahari terbit dari atas deck kapal. Malam itu kapal kami belayar hingga ke pulau yang dikenali sebagai Taka Makasar.
Selepas sarapan kami berlima pulang ke Bandar Labuan Bajo dan menikmati aiskrim di Maison Belmont sambil bersantai. Kemudian kami kembali ke hotel untuk 'check out' dan berjalan kaki ke dermaga belakang hotel untuk meneruskan percutian kami belayar di atas kapal selama empat hari tiga malam.
Kami seramai 13 orang menyewa sebuah kapal dengan tujuh bilik tidur. Setelah 'check in' di kapal pada jam 12:30 tengahari, kami dijamu makan tengahari. Pada jam 15.00 petang activity pertama percutian kami bermula iaitu mengunjungi Pulau Kelor. Sampai di daratan Pulau Kelor kami mendaki sekitar 15 minit di bukit belakang gerai untuk menjamu mata dan merakam gambar.
Selesai aktiviti di Pulau Kelor, kami meneruskan pelayaran ke Pulau Manjarite untuk snorkeling. Snorkling di lautan yang mempunyai arus amat melelahkan. Tidak seperti lautan yang biasa hanya berombak, laut di Labuan Bajo terkenal dengan arus laut yang deras dan bahaya. Guide dan pembantu kapal berpengalaman amat perlu untuk memilih tempat bagi memastikan keselamatan pelancong semasa aktiviti snorkling.
Selesai snorkeling kami meneruskan pelayaran ke Pulau Kalong untuk sunset aktiviti. Setelah matahari tenggelam, keluar beratus ekor kelawar di ruang udara Pulau Kalong. Terdapat banyak kapal pelayaran yang parkir di sini untuk menyaksikan persembahan kelawar semulajadi di langit Pulau Kalong senja itu.
Malam itu kami makan malam dan berehat. Kapal terus berlayar ke destinasi seterusnya. Hari ketiga, seawal jam 5.00 pagi sesudah subuh kami menaiki bot kecil menuju ke Pulau Padar iaitu puncak destinasi percutian. Pagi itu beberapa teman saya tidak dapat menyertai aktiviti ini kerana mabuk laut. Kami yang telah bersedia berangkat ke Pulau Padar, manakala yang tinggal di kapal berehat setelah makan pil mabuk laut.
Selesai mendaki di Pulau Padar, kami kembali ke kapal untuk sarapan dan bersedia untuk ke Pink Beach. Aktiviti di pantai yang pasirnya warna kemerahan ini adalah merakam gambar menggunakan drone yang kami sewa. Pasir halus di pantai ini sedikit kemerahan sehingga ia digelar Pink Beach.
Ada beberapa pantai yang pasirnya warna kemerahan di Labuan Bajo. Fenomena Pantai Pink ini terjadi bila pasir putih di pantai ini bercampur dengan serpihan coral berwarna merah membentuk pasir warna kemerahan dan nampak istimewa di Kepulauan Komodo ini.
Selesai sesi merakam gambar di Pink Beach, kami kembali ke kapal dan meneruskan pelayaran menuju ke Pulau Komodo untuk menyaksikan buaya komodo yang menjadi simbol Taman Negara Komodo. Bisa liur buaya air masin ini sangat berbahaya jika menggigit mangsa sehingga boleh mengorbankan nyawa dalam beberapa hari sahaja.
Melawat ke desa komodo dikenakan bayaran dan permit. Sesampai di pulau itu kami mendaftar di Pos Desa Komodo. Memandangkan buaya komodo hidup bebas di pulau ini, khidmat guide tempatan dimestikan untuk menjamin keselamatan pelawat selain status pulau ini sebagai taman negara.
Kembali ke kapal pelayaran, kami makan tengahari dan berehat sementara menunggu aktiviti di sebelah petang. Petang itu kami di bawa ke Gili Lawa untuk menyaksikan panorama matahari terbenam.
Selain Pulau Padar, Pulau Lawa merupakan destinasi kegemaran saya dalam percutian ini. Setibanya di jeti Gili Lawa, saya terpukau dengan rumput savana yang menutupi bukit di pulau ini. Satu perkara menarik di pulau ini adalah rusa yang bebas hidup di pulau ini. Walaupun rusa bebas di sini tidak sebanyak bilangan rusa di Nara Jepun, lingkaran hidupnya di padang rumput savana ini melahirkan suasana seperti di Africa.
Kami mulai aktiviti hari ini dengan merakam gambar di atas kapal. Kemudian kami bersiap-siap ke Pantai Taka Makasar. Selain spot snorkeling, Taka makasar terkenal sebagai pantai pasir timbul yang dikelilingi air laut biru kehijauan. Aktiviti merakam gambar diteruskan di pulau berpasir halus putih ini.
Selesai aktiviti snorkling di Manta Point, kami meneruskan snorkeling di Pulau Siaba Besar. Pulau Siaba Besar terkenal dengan keramahan penyu dan di sini sesuai untuk snorkeling kerana arus lautnya agak lemah. Pulau ini juga dikenali sebagai 'turtle city'.
Selama percutian kami, pagi dan senja adalah aktiviti menyaksikan matahari terbit dan tenggelam. Walaupun arus laut yang deras jelas kelihatan di permukaan laut sedikit sebanyak melahirkan rasa gerun di hati saya semasa berlayar, saya tetap memberanikan diri duduk di tepi kapal menyaksikan cahaya indah itu.
Hari kelima percutian adalah hari pulang. Kami membatalkan snorkeling di Pulau Kenawa pagi itu kerana ramai kawan yang kepenatan. Seperti hari sebelumnya, kami menunggu matahari terbit sebelum menjamu selera. Kemudian kami bersiap sambil bersantai dalam pelayaran pulang ke jeti Labuan Bajo. Jika ada rezeki saya berharap dapat mengulangi percutian di sini lagi. Terima kasih Allah.
Contact guide: Syahru +62 813 1613 1075
Day 1
Kuala Lumpur - Labuan Bajo. Check in hotel Dejavu. Malam bersiar dan shopping di bandar Labuan Bajo
Day 2
Breakfast di Loccal Collection Hotel
12:00 check in kapal pelayaran
15:00 Kelor island
16: Manjarite Island snorkling
17:30 Kalong Island
Day 3
05:00 Sunrise Pulau Padar
09:00 Pink Beach
11:00 Komodo Island
16:00 Gili Lawa
Day 4
09:00 Taka Makasar Beach
11:00 Manta Point
12:00 Siaba Besar Island snorkling
16:00 Pulau Sebayur
Day 5
Kenawa Island snorkling
Back to Labuan Bajo























































































Tiada ulasan:
Catat Ulasan