Trek ke EBC |
Airport Lukla antara airport terbahaya di dunia |
Hari kedua trekking, kami meneruskan perjalanan ke Namche Bazzar 3440 meter. Trekking ke sini mengambil masa kurang lebih 5 jam. Dalam perjalanan ini, kami singgah sebentar untuk mendaftar di Pos Sagarmatha National Park. Bermalam di Namche, saya sudah mula pening-pening dan muntah, tanda saya sudah diserang AMS. Saya mula minum banyak air, mengambil panadol dan berulang ke tandas untuk menserasikan badan dengan ketinggian.
Namche Bazzar 3440 meter dikatakan bazzar tertinggi di dunia |
Hari ketiga, kami meneruskan trekking ke Khumjung 3790 meter. Khumjung adalah sebuah perkampungan kecil namun mempunyai sebuah sekolah. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 3 jam. Di Khumjung kami tinggal di Himalayan Lodge & Restaurant. Petangnya, salji turun agak lebat di sini.
Perkampungan Khumjung |
Hari keempat, kami meneruskan perjalanan ke Tyangboche 3867 meter. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 5 jam. Kami mula trekking pada pukul 8:00 pagi dan sepanjang perjalanan kami berselisih dengan ramai kanak-kanak yang sedang berjalan kaki ke sekolah. Saya banyak membawa gula-gula untuk kanak-kanak ini.
Gate of Gumba Tyangboche |
Hari kelima kami trekking dari Tyangboche ke Dingboche 4260 meter. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 5 jam secara santai.
Hari keenam, kami meneruskan trekking ke Labuche 4930 meter dan perjalanan mengambil masa kurang lebih 5 jam. Hari ketujuh, paginya kami memulakan trekking seperti biasa iaitu pada pukul 8:00 pagi. Malangnya seorang teman tidak dapat mengimbangi badan, dia merasa pening-pening bila berjalan. Saya merasakan dia sudah diserang AMS, musuh utama pendaki terutama bagi yang tinggal di negara "sea level" seperti Malaysia. Setelah berbincang, saya mencadangkan dia tinggal di Labuche sementara saya dan seorang teman meneruskan perjalanan ke Gorak Shep. Amat bahaya dia meneruskan perjalanan kerana AMS boleh membawa maut, walaupun dia bersemangat untuk mencuba meneruskan perjalanan. Sebelum bertolak saya berpesan supaya dia minum banyak air masak dan minta penjaga untuk mengawasi dia.
Onway ke Gorak Shep |
Gorak Shep |
Gorak shep (gunung pasir hitam di belakang adalah Kalapatar) |
Kami sampai ke Gorak Shep 5180 meter pada pukul 12:00 tengahari. Setelah makan, kami berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Everest Base Camp. Pada pukul 2:00 petang kami mula trekking ke EBC 5364 meter. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam. Kami sampai di Everest Base Camp pada pukul 4:10 petang.
Everest Base Camp 5364 meter |
Setelah berehat kurang lebih 20 minit, kami kembali ke Gorak Shep untuk bermalam. Antara Gorak Shep ke EBC, treknya agak mendatar dan ramai pendaki memanggilnya "highway", tetapi kerana ketinggiannya yang melebihi 5000 meter, berjalan kaki di sini menyebabkan kami tercungap-cungap.
Onway ke Gorak Shep |
Sewa seekor kuda USD 50 sehala. |
Kami sampai di Pheriche kurang lebih pada pukul 3:00 petang. Pherichi sebuah kampung kecil tetapi terdapat klinik di sini dan ini adalah klinik paling tinggi di trek EBC.
Onway ke Pheriche |
Pheriche |
Malamnya, teman kami mengadu tidak dapat bernafas dengan normal, menurutnya dia merasa penat bila bernafas dan dia tidak boleh tidur. Kami mengambil keputusan untuk menghantar dia ke klinik dan doctor menahan dia di klinik ini untuk memberi gas bantuan pernafasan. Keesokan paginya kami diterbangkan dengan helikopter ke Kathmandu untuk memberi rawatan segera kepada teman kami.
Saya berharap dapat mengulangi trek ini lagi di masa akan datang. Pada masa itu saya berharap dapat mendaki Kalapatar di belakang Gorak Shep atau membuat trek EBC Gokyo Ri. Terima kasih Allah.
Nota dan cadangan:
1- Visa di perlukan untuk ke Nepal (visa-upon arrival) dicadangkan membawa gambar saiz pasport.
2- Permit dan pendaftaran Taman Negara diperlukan untuk trek ini.
3- 6.2 k USD dikenakan untuk sebuah helly rescue.
4- Bayaran semalam tinggal di klinik Pheriche kurang lebih 500 USD
5- Setelah sampai di Kathmandu, dimasukan ke hospital swasta di sana, bayaran untuk hospital mengikut bilangan hari kurang lebih 400 USD (1 hari).
Jadi, saya mencadangkan jika anda ingin ke sini:
1- Persediaan awal seperti latihan mental dan fizikal amat perlu untuk ke EBC.
2- Bawa makanan ringan seperti coklat untuk menambah tenaga.
3- Persediaan pakaian sejuk untuk tidur dan mendaki.
4- Kasut yang sesuai, peralatan seperti tongkat amatlah disyorkan.
5- Ubat-ubatan,seperti panadol, minyak angin, altitude mountain sickness tablet adalah digalakan dibawa bersama.
6- Minum banyak air masak dan mangambil banyak garlic soup amat baik sepanjang trekking untuk mengurangkan AMS.
7- Bawa Spec hitam, Sun block, lips gloss. topi dan lain-lain.
8- Enjoy the trek.
6 ulasan:
I had always wanted to trek to ABC. When I retired at 65 last February, I saw the chance to do it but the problem is, I can no longer do it like my younger days, on my own. I definitely needed help from someone to guide and advise me, carry by haversack, provide me with good facilities and most importantly, all these at a reasonable price. I just cannot depend on my friends. A friend from Germany had done this trip and strongly recommended me Sanjib Adhikari. I trusted my friend, took the advice and I did not regret. The warm welcome was felt right from the time they received me at the airport and for the next twelve days, until I said goodbye. Everything was taken care of to my utmost satisfaction. I cannot compare with other service providers as I had not used them but as far as I am concerned, Sanjib Team is excellent enough. Thank you Mr Sanjib and Raj for the excellent hospitality. I will be back
http://www.nepalplanettreks.com
http://www.nepalguideinfo.com
Email:sanjibtrekguide@gmail.com
very good tips.
thanks alot
tq chayo.
Terbaik utk memahami EBC
Semoga mmbantu..
Catat Ulasan