Isnin, 3 November 2014

Trekking ke Poon Hill Nepal

     
     Kenapa saya ke sini? Trek Poon Hill antara trek popular di Nepal kerana pemandangan dan "spot sunrise" yang indah. Saya bersama 3 orang teman telah ke sini pada akhir February 2007. Poon Hill 3210 meter boleh didaki pergi pulang selama 4 hingga 7 hari mengikut kesesuaian selera anda. Trek Poon Hill tidaklah sesukar mana dan ia sesuai untuk pendaki yang baru menerokai alam pendakian gunung kerana tahap ketinggiannya yang sederhana dan juga berisiko rendah untuk menyumbang kepada AMS (Acute mountain sickness). Trekking ke Poon Hill boleh dilakukan sepanjang tahun tetapi tidak dicadangkan pada musim monsun iaitu pada bulan July dan August. Kami memulakan perjalanan dari Kathmandu ke bandar Pokhara dengan menaiki bas seawal 7:00 pagi. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 7 jam, melalui jalan yang berbelok-belok dan menyusuri sungai Trisuli yang popular dengan activity rafting. Pokhara terletak di kawasan lembah 200 kilometer di Barat Kathmandu. Di Pokhara kami menginap di motel berhadapan Tasik Phewa dan kami memulakan trekking ke Poon Hill keesokan paginya.

Tasik Phewa di Pokhara

       Hari pertama trekking, kami memulakan perjalanan dari Pokhara ke Nayapul pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki sebuah van yang di sewa. Perjalanan ke Nayapul mengambil masa kurang lebih 2 jam. Pada pukul 10:00 pagi kami memulakan trekking dari Nayapul (starting point) dan perjalanan melalui kampung ke kampung, sekali sekala menyeberangi sungai dengan jambatan gantung. Kami trekking santai sahaja memandangkan jalan kampung yang tidak begitu sukar sehingga sampai ke kampung di Tikhadhuga untuk bermalam.




        Keesokan paginya kami meneruskan perjalanan ke Ghorepani 3194 meter. Perjalanan ke Ghorepani juga tidak sukar tetapi agak licin kerana kami sudah mulai berjalan di dalam tompok-tompok salji yang mulai mencair. Tetapi bila ketinggian mencecah 3000 meter, salji mulai menutupi bumi dan kesejukan semakin mencengkam. Petang itu kami tiba di Ghorepani dalam keadaan salji sedang turun.
.

Gheropani

       Hari ketiga, kami bangun seawal jam 5:00 pagi untuk memulakan perjalanan ke Poon Hill melihat matahari terbit. Trekking dari guest house Ghorepani ke Poon Hill mengambil masa kurang lebih 40 minit.  
                            



                   
       Di Poon Hill terdapat sebuah warung kopi dan bangunan tinjau untuk melihat Annapurna Range. Setelah mengambil gambar kenangan dan berehat, kami turun semula ke Ghorepani, bersarapan, berkemas dan terus turun ke Tadapani.


       Trek ke Tadapani juga agak licin kerana salji yang semakin cair. Jika ke sini pada bulan January hingga March, pemilihan kasut trekking haruslah diambil berat, tetapi pemandangan amat cantik.


Biar gambar menceritakan bertapa licin trek ini.

     Sampai di Tadapani, kami disambut mesra pengusaha motel dan di sini salji masih tebal. Hari keempat, kami meneruskan perjalanan turun ke Ghandruk. Ghandruk sebuah perkampungan kecil,  terdapat sebuah sekolah, muzium dan kedai runcit di kampung ini. Hari kelima, sepatutnya kami meneruskan perjalanan ke Dampus, tetapi kami membatalkan perjalanan ke sana kerana ada teman yang melecet kaki dan kami terus turun ke Nayapul. Perjalanan dari Ghandruk ke Nayapul semakin mudah dan kembali panas.

Bergambar bersama student yang berselisih arah 








       Trekking dari Ghandruk ke Nayapul mengambil masa kurang lebih 3 jam 30 minit. Sampai di Nayapul kami minum dan berihat sebentar sementara menunggu bas ke Pokhara. Terima kasih Allah.


Nota:
1- Visa diperlukan untuk ke Nepal (visa open arrival).
2- Trek ini sesuai untuk pendaki amatur dan pencinta alam.
3- Pemilihan pakaian dan kasut amat penting.
4- Membawa gula-gula, coklat dan makanan ringan amat dicadangkan.      
5- Jangan lupa bawa tongkat, sun block, spek hitam, topi dan lips balm.
6- Minum banyak air masak semasa trekking untuk menghindari AMS.
7- First Aid Kid ( personal madication ) seperti panandol, minyak angin dan antiseptic cream.
8- Enjoy semasa trekking, melupakan beban kerja merupakan rawatan badan dan fikiran.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pic cantik sgt

Unknown berkata...

Nice view..

Jurimahmohdariffin berkata...

Tq

swen suhana berkata...

Salam. Saya berminat nak naik poon hill. Belum pernah naik gunung di luar negara. Sgt inspired dgn kisah pengalaman pendakian saudari. Jarang sgt ada org malaysia yg ke sana. Boleh kongsikan bagaimana saudari ke sana? Maksud saya ikut pakej mana, ataupun urus segalanya sendiri? Berapa pula kos utk ke sana? (all-in).

Jurimahmohdariffin berkata...

thx swen...blog itu saya tulis semasa kesana pada 2007 dan sebenarnya saya baru sahaja pulang dari poon hill / ABC march 2015. kali ini trek kesana agak mudah berbanding 2007. jika saudari hendak kesana saudari boleh pergi sendiri, cuma ambil porter di pokkara kerana trek poon hill adalah trek kampung ke kampung. atau jika saudari tidak yakin untuk backpack, saudari boleh contack agency trekking di sana seperti agancy gorkha international trekker atau add kawan saya di f/book arjun dhakal. jika saudari pergi sendiri kos ke poon hill tidak sampai rm1k.

Jurimahmohdariffin berkata...

tqvm