Kami mula mendaki pada pukul 10 pagi secara santai memandangkan trek agak landai dari Sembalun Lawang. Di permulaan trek kami melalui kebun sayur-sayuran penduduk kampung, kami kemudiannya melalui hutan savana.
Pintu Sembalun Lawang |
Kami singgah di Pos 1 untuk berehat seketika dan meneruskan perjalanan membelah savana hingga ke Pos 2 dan makan tengahari di sana. Setelah makan dan berehat kurang lebih 1 jam, kami meneruskan trekking ke Kem Plawangan untuk malam pertama.
Pos 1 |
Trek savana |
Jalur ke Pos 2 |
Kami sampai di tapak khemah Plawangan kurang lebih jam 6:00 petang. Selesai makan malam kami berehat dan tidur awal malam itu dalam cuaca yang amat sejuk.
Puncak Rinjani dari Plawangan |
Kem Plawangan |
Hari kedua, kami meneruskan pendakian ke puncak Gunung Rinjani pada jam 2:30 pagi untuk melihat sunrise. Namun saya bergerak agak lambat kerana jalur pasir yang mengelunsor. Trek ke puncak dikenali sebagai trek "3 in 1" yang bermaksud 3 langkah ke atas akan mengelunsur 1 langkah ke bawah.
Saya sampai ke puncak Gunung Rinjani pada pukul 7:40 pagi. Pemandangan Danau Segara Anak jelas kelihatan dari puncak dan sungguh mengujakan. Kami merakam gambar kenangan di tempat tertinggi di Pulau Lombok dan meneruskan perjalanan turun kurang lebih 40 minit kemudian.
Sampai di Plawangan, kami makan tengahari dan selesai makan kami bersiap sedia untuk turun ke Danau Segara Anak secara santai. Kami sampai di tapak khemah Danau Segara Anak kurang lebih pada jam 4:00 petang. Kami kemudian dibawa mandi di air panas yang berada tidak berapa jauh dari tapak khemah.
Keesokan paginya kami bergerak agak lewat kerana tempat bermalam untuk malam ke 3 ini tidak berapa jauh. Dari Danau Segara Anak kami terpaksa mendaki tebing tinggi untuk trek ke jalur Senaru. Memang penat mendaki tebing tinggi ini tambahan pula terdapat banyak najis di serata tempat yang amat meloyakan, namun pemandangan sangat indah sehingga tidak dapat diceritakan.

Bersama pendaki anak tempatan di Danau Segara Anak |
Gunung baru atau pun Barujari di tengah Danau Sagara Anak. |
Sampai di atas tebing tinggi, kami meneruskan trekking melalui jalur savana hingga ke hutan Senaru tempat kami berkhemah untuk malam ke 3, trek menurun dan agak santai.
Pokok Edelweiss |
Di pertengahan jalan kami singgah di pos 2 untuk makan tengahari dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke pos 1 untuk bermalam. Keesokan paginya kami bergerak turun pada pukul 8.00 pagi dan sampai di pintu masuk hutan Senaru pukul 10.00 pagi.
Setelah berehat dan minum di kedai makan yang terdapat di pintu masuk Senaru, kami bergerak turun ke tempat kenderaan menunggu. Di sini terdapat air terjun Sendang Gila yang cantik untuk bermandi-manda.
Saya mungkin ke Gunung Rinjani lagi jika ada rezeki di masa akan datang. Terima Kasih Allah.
Bersama guide dan porter |

Nota:
1- Takrif permit untuk mendaki ke Gunung Rinjani telah dinaikan pada 2014. (sila check dengan pihak Taman Negara Rinjani untuk takrif harga terbaru).
2- Gunung ini dicadangkan didaki 3 hari 2 malam.(terpulang kepada kemampuan pendaki)
3- Dicadangkan mendaki dari jalur Sembalum Lawang kerana jalur ini lebih landai.
4- Membawa kelengkapan mendaki seperti headlamp, raincoart, baju sejuk dan lain-lain keperluan peribadi.
5- Bateri spare, crime muka, vitamin, ubat dan coklat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan