Kami berangkat ke kaki gunung ini kurang lebih pukul 9.00 pagi dengan menaiki van yang telah diuruskan oleh pihak tour agency. Pemandu van menghantar kami ke kampung di kaki gunung Terskol dan kami mula mendaki dari sini dipandu oleh seorang penunjuk arah.
Kampung di kaki gunung Terskol |
Trek agak redup di awal pendakian. |
Semakin tinggi kami mendaki, semakin cantik permandangan yang kami nampak, tetapi semakin panas kerana gunung ini tidak ada pokok untuk berteduh setelah kami trekking di jalur berpasir.
Walaupun trek berpasir dan cahaya matahari agak terik, namun angin yang bertiup amat nyaman dan segar, kerana banjaran gunung ini diselaputi salji sepanjang tahun.
Air terjun onway ke puncak |
Terdapat air terjun dalam perjalanan ke puncak, dan masih terdapat tompok-tompok salji di gunung ini walaupun kami mendaki di musim panas..
Puncak gunung Terskol bersama teman mendaki. |
Dah sampai bawah. |
Nota:
1- Bawa dan pakai sunblock, daycrime, dan lips gloss.
2- Bawa bakalan air mineral dan makanan ringan.
3- Bawa topi dan spec hitam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan