Hentian rehat Taman Negara Taroko. |
Kami mengambil keputusan untuk mendaki Gunung North Hehuan kerana ia merupakan puncak yang paling tinggi di antara puncak Gunung Hehuan dan hanya mengambil masa kurang lebih 3 jam naik dan turun. Disebabkan kami ke Taiwan pada bulan June dan di sini musim bunga, mendaki Gunung Hehuan terasa seperti trekking di taman bunga.
Trek ke puncak North Hehuan di penuhi pencinta alam. |
Pemandangan di tengah trek ke puncak. |
Gunung ini mudah didaki walaupun ketinggiannya melebihi 3000 meter kerana "starting point" mendakinya berada di tempat yang tinggi. Gunung ini agak sesak dengan aktivity pendakian di hujung minggu terutama di antara bulan Disember hingga February dan pemandangannya sangat indah ketika didaki di musim salji.
Hehuan North Peak 3422 meter |
Puncak North Hehuan 3422 meter. |
Dari puncak North Hehuan kita bisa melihat puncak Main Hehuan dan East Hehuan.
Nota:
1- Tiada permit diperlukan untuk mendaki gunung ini.
2- Cantik didaki di musim salji dan tahap pendakian agak santai.
3- Dibuka 24 jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan