Gunung Cheget-Ddonguzuron terletak di banjaran Caucasus Rusia / Europe, bersempadan Georgia. Ada 3 puncak yang mengambil nama Cheget iaitu Cheget-Tau- Chana, Cheget-Kara dan Cheget Donguzuron. Cheget dalam bahasa Balkarian bermaksud gelap atau hitam. Gunung Cheget- Donguzuron ini terletak di selatan Baksan Velley dan ianya terkenal untuk aktivity bermain ski. Saya ke puncak ini pada June 2012 kerana acclimatize (menyesuaikan diri dengan cuaca dan ketinggian) untuk mendaki gunung Elbrus. Perjalanan kami bermula dari Moscow dengan menaiki pesawat tempatan kurang lebih 1 jam ke Mineralnye Vody, Nalchik. Kemudian kami menaiki bas ke Baksan Velley dan kami menyewa hotel di Lembah Baksan ini. Dari hotel kami bergerak kurang lebih 9.00 pagi selepas sarapan dengan menaiki van ke Cheget Village iaitu kaki gunung Cheget. Terdapat pasar di kampung Cheget ini dan kebanyakan barang jualan adalah pakaian sejuk yang di buat dari bulu binatang.
|
Cheget village |
|
Pasar di Cheget Village |
Dari kampung Cheget ini kami menaiki chairlift. Oleh kerana gunung ini menjadi kegemaran pelancong untuk bermain ski, maka banyak kemudahan untuk mendaki gunung ini termasuk chairlift yang beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
|
Bersama pendaki Muqarabin di stesen chairlift di Kampung Cheget |
Dari stesen atas chairlift ini kami menyambung perjalanan dengan berjalan kaki ke puncak Cheget kurang 2 jam. Ketika ini musim panas, maka hanya tompok-tompok salji sahaja yang menutupi sebahagian bumi di gunung ini, namun permandangan amat indah dan mengagumkan.
Setelah trekking secara santai kurang 2 jam, saya sampai di puncak Cheget yang bersempadan dengan Georgia. Terdapat ramai tentera yang bertugas dan berlatih di gunung ini. Dari puncak Cheget kami melihat tasik yang memisahkan Georgia dan Rusia, dan puncak Elbrus juga boleh dilihat ketika cuaca baik.
|
Atas tu puncak Cheget |
|
Tasik sempadan Rusia dan Georgia |
|
Puncak Elbrus yang sedikit malu memunculkan wajah. |
|
Puncak belakang itu sempadan Georgia |
Setelah merakamkan gambar kenangan dan berehat kurang lebih 1 jam, kami bergerak turun ke stesen single chairlift yang terletak tidak berapa jauh dari puncak.
Sampai di stesen chairlift kami menyambung turun kebawah dengan menaiki chairlift seperti yang kami gunakan semasa naik tadi.
Sampai di kampung Cheget di bawah, kami berehat dan makan. Sementara menunggu restauran menyediakan makanan, kami bersiar-siar di sekitar kampung yang berudara nyaman dan indah ini.
|
Penduduk kampung Cheget yang mesra. |
Note: 1- Visa diperlukan untuk ke Rusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan