Paddys Market, market tertua dan terbesar di Sydney. |
China streets |
Saya tinggal di hostel Backpacker di tengah bandaraya Sydney. Hostel yang terletak di George Street ini berjarak kurang 10 minit berjalan kaki ke Darling Habour. Berjalan kaki di bandaraya ini terasa seperti berada di Hongkong kerana jumpa ramai yang bermuka cina di sini.
Backpackers hostel tempat saya bermalam. |
Keesokan paginya saya ke Darling Harbour dan di sini terdapat lebih 60 restoran dan 21 bar. Di sini juga terdapat Hard Rock Cafe, Madame Tussauds, Sea Life Sydney Aquarium, tempat mainan kanak-kanak, Wild Life Sydney Zoo, Maritime Museum dan macam-macam lagi. Saya dan 2 teman bercadang ke Taronga Zoo. Operator di Information Centre mencadangkan kami mengambil ticket ferry dan Taronga Zoo secara combo untuk jimat. Jika ambil berasingan, ticket Taronga Zoo adalah Aud 46 dan ferry 24 jam service pula Aud 40, tetapi jika ambil ticket secara combo, ferry 24 jam servis dan ticket Taronga Zoo, harga hanya Aud 53.50. Manly Fast Ferry mempunyai 7 perhentian jetty, iaitu Darling Harbour, Circular Quay, Port Danison, Taronga Zoo, Watsons Bay dan Q Station dan Manly Wharf.
Sydney Visitor Centre di Darling Harbour |
Setelah melawat Taronga Zoo kami meneruskan pelayaran dengan Ferry Manly ke Manly Wharf dan di sini terdapat Muzium. Seperti biasa penduduk di kawasan ini bersantai di tepi laut sambil minum petang. Di pantai Manly Wharf terdapat tempat belajar suffing.
Sebelum pulang ke hostel kami singgah di Circular Quay. Merakamkan gambar di Sydney Opera House, bangunan terkenal yang di bina untuk opera dan di sini juga adalah tempat terbaik menyaksikan sunset. Kemudian kami berjalan kaki ke Botanic Garden, St Mary Cathedral dan Hyde Park.
Keesokan harinya saya dan 2 rakan meneruskan pelayaran kerana ticket ferry berbaki beberapa jam. Kami ke Watsons Bay untuk ke Sydney Harbour National Park. Taman Negara ini terletak di seberang padang berhadapan Jetty Watsons. Di sini kita dapat menyaksikan permandangan indah ombak yang memukul batu dari tebing yang tinggi, terdapat juga rumah api dan tiada bayaran dikenakan ke Sydney Harbour National Park.
Cara terbaik merakam gambar Harbour Bridge adalah dengan belayar. |
Kedai kebab halal. |
Setiap petang di Sydney kami habiskan dengan berihat di Darling Harbour dan di Circular Quay. Banyak activity boleh dilakukan di Sydney seperti mendaki Sydney Harbour Bridge, pakage melihat ikan paus, Skywalk di Sydney Tower dan berbagai lagi.
Market di Sydney hanya berjualan setiap hari sabtu dan ahad sahaja, cuma Paddys Market beroperasi dari hari rabu hingga ahad. Jika anda berada di Sydney pada hari isnin dan selasa, dan anda ingin membeli cendera mata, saya cadangkan anda ke Sydney Tower, disini terdapat kedai yang menjual cendera mata dengan harga serendah di market, tetapi tidak boleh tawar menawar seperti di market.
Sydney sememangnya bandaraya yang menyeronokan. Setiap kali saya dan teman membuka peta mencari jalan atau membaca papan letak kedai di shopping kompleks, pasti ada penduduk kulit putih yang menawarkan diri untuk membantu. Saya bercadang ke sini lagi di lain waktu kerana banyak tempat dan aktivity yang tidak mampu saya lakukan pada kali ini.
Note: Visa di perlukan untuk ke Australia.
2 ulasan:
syoknya kak ju
syok la....
Catat Ulasan