Gunung ini melengkapkan koleksi gunung Big 5 saya. Empat lagi gunung Big 5 adalah Kinabalu, Trus Madi, Mulu dan Murud. Percubaan pertama saya mendaki gunung ini pada March 2011, kami merancang mendaki Gunung Nombuyukon dan Gunung Tambuyukon dari starting point Sub Stesen Serinsim, namun pendakian ke Gunung Tambuyukon tertangguh apabila seorang teman pendaki mengakhiri nafasnya ketika kami mendaki puncak Gunung Nombuyukon. Dua bulan kemudian, kami meneruskan rencana pendakian ke puncak Tambuyukon dan Nombuyukon pada May 2011 dari starting point yang sama.
March 2011 |
Biasanya, pendaki mendaki Gunung Tambuyukon ini dari Sub Stesen Kampung Monggis, tetapi kumpulan kami yang diketuai Encik Deeno yang telah mendaki gunung ini beberapa kali merancang pendakian ke puncak dari Sub Stesen Kampung Serinsim. Sub Stesen Serinsim berjarak sekitar 32 km dari Kota Marudu dan sekitar 131 km dari Kota Kinabalu. Gunung Tambuyukon 2579 mdpl merupakan gunung ke 3 tertinggi di Malaysia. Ia terletak berhampiran sempadan 3 buah daerah iaitu daerah Ranau, daerah Kota Marudu dan daerah Kota Belud. Namun keseluruhan puncak gunung Tambuyukon terletak di daerah Ranau. Kami memulakan perjalanan dari airport Kota Kinabalu lewat malam menuju Sub Stesen Serinsim dan sampai di sana setelah menempuhi perjalanan hampir 3 jam. Kami berehat di wakaf di Taman Sub Stesen Serinsim sementara menunggu hari siang untuk melaporkan diri bagi mendaki gunung Tambuyukon. Selesai melaporkan diri untuk mendaki Gunung Tambuyukon dan berbincang tentang jadual pendakian, kami kemudiannya memulakan pendakian sekitar jam 10:00 pagi ditemani seorang guide dan 4 orang porter.
Seperti yang diketahui, jika mendaki Gunung Tambuyukon dari Sub Stesen Monggis jaraknya adalah 14 km, namun dari Sub Stesen Serinsim jaraknya lebih jauh iaitu sekitar 16 km. Setelah berjalan beberapa jam saya merasa sangat letih kerana tidak cukup tidur semalam dan kami akhirnya berkhemah di satu punca air. Kami sampai di punca air itu sekitar jam 5:00 petang dan guide mencadangkan kami berkhemah di situ kerana jarak ke Kem Musang masih jauh. Setelah membersihkan diri dan makan malam kami pun tidur. Namun pada pukul 11:30 malam ketua kumpulan mengejutkan kami semua dan mengajak kami memulakan perjalanan ke puncak. Saya dan beberapa orang teman yang kepenatan bangun setelah didesak dan kami memulakan perjalanan ke puncak sejam kemudian. Setelah berjalan di tengah malam beberapa jam dengan menggunakan lampu suluh, kami sampai di Kem Musang. Di sana saya dapati teman-teman yang sampai terdahulu telah tidur kepenatan dan saya juga turun melelapkan mata bersandarkan sebatang pokok. Walaupun terdapat banyak pacat di gunung ini, saya tetap tidur tanpa khemah di Kem Musang ini kerana kepenatan dan mengantuk. Sejam kemudian ketua kumpulan kami sampai dan kami semua digerak untuk meneruskan pendakian. Kami kemudiannya sampai ke Kem Jeneral dan sepanjang ke puncak kami tidur di trek semasa berehat.
Punca air di puncak Tambuyukon |
Gunung Nombuyukon |
Bersama guide dan porter yang menemani kami ke puncak Tambuyukon |
Sungai Kanarom |
Nota:
Gunung ini terkenal dengan bilangan pacat yang banyak, pembaca dicadangankan:
1- Memakai pakaian yang sesuai, memakai stokin pacat amat dicadangkan.
2-Membawa ubat, crime, spray, tembakau dan segala pelindung yang sesuai untuk berdepan dengan serangan pacat.
8 ulasan:
maksih gan buat infonya.,,,
sekali" kesana lh maen lumayan jg tempatnya,,,
iya...cuba mendaki ke sana ..
blh cadangkn guide tak?
sila hubungi denno no 012-6294083
Saya n team bercadang mahu mendaki gunung ni antara bulan oktober & november... Siapa yang saya buleh hubung?
Encik boleh hubungi ketua group kami encik deeno-012 6294083 atau terus hubungi sabah park.
hi...
Maaf soalan anda telah terdelate tadi, jika anda mahu info tentang pendakian ke gunung ini, anda boleh hubungi Pejabat Sabah Park tel# 088523500 atau Kinabalu Park tel# 08889888/08889095.
Catat Ulasan