Gunung yang terletak di bandar Baling ini dikategorikan gunung hujung minggu. Ketinggiannya yang kurang 1000 meter dari aras laut sesuai untuk aktivity memanaskan badan tambahan pula ia didaki secara "daypack". Namun keindahan gunung ini bisa mengundang pendaki luar untuk mendakinya. Jika ke sini pada musim hujan, pendaki akan didera di jalur yang licin tanpa belas ehsan alam. Saya juga ke sini pada musim hujan. Memandangkan cuaca yang tidak menentu, saya dan beberapa orang teman yang pertama kali mendaki gunung, ke sini untuk beriadah. Pendakian yang dirancang seawal pagi ini ditunda kerana hujan pada tengah malam. Kami berkumpul di Masjid Baling untuk subuh. Kemudian kami sarapan di warung kopi sebelah masjid. Selesai sarapan kami meneruskan pemanduan sekitar satu kilometer ke kaki Gunung Baling.
Kami mula mendaki pada pukul 7:00 pagi. Di awal pendakian kami melalui trek sederhana menegak tetapi sangat licin kerana hujan lebat pada malam tadi. Walaupun terdapat tali untuk berpaut dan besi pemegang di setengah jalur, namun kami tetap juga mengelonsor kerana licin.
Setelah sampai di trek berbatu dan hutan buluh, perjalanan ke puncak agak mudah namun di sesetengah trek memerlukan lebih tenaga untuk memanjat batu. Di kawasan ini juga terdapat batu kristal.
Setelah mendaki sekitar 2 jam setengah, kami sampai di puncak Gunung Baling. Pemandangan di puncak sesekali berkabus. Apabila kabus menghilang kami nampak dengan jelas saudara Gunung Baling di sebelahnya, iaitu Gunung Pulai yang lebih tinggi.
Gunung Pulai |
Sebelum pulang kami singgah sebentar di Gua Jepun yang terletak tidak berapa jauh dari pintu masuk jalur pendakian Gunung Baling.
Tiada bayaran permit atau guide diperlukan untuk mendaki Gunung Baling. Tempat parking percuma dan jalur sangat jelas. Tandas awam percuma juga disediakan di kaki gunung. Jangan lupa bawa sampah anda turun sementara gunung ini masih bersih. Walaupun Gunung Baling ini tidak setinggi mana, namun gunung ini berdiri dengan kelasnya yang tersendiri.
Persediaan mendaki Gunung Baling:
1- Pakaian sesuai seperti kasut dan sarung tangan terutama pada musim hujan kerana jalur yang licin.
2- Bawa air secukupnya kerana tiada punca air di puncak.
3- Makanan ringan.
4- Head lamp dan baju sejuk jika mendaki seawal pagi untuk melihat sunrise.
2 ulasan:
Salam cik, saya ada pakai gambar awak kat google, harap maaf ambik dulu baru minta😁
Tengok dlm fb saya,
Pulai Greens
Wsalam...Ok
Catat Ulasan