Ahad, 18 Februari 2018

Makanan halal dan cenderahati di Taipei


Saya suka mendaki di Taiwan yang mempunyai banyak gunung yang melebihi 3000 mdpl dan gunung-gunung ini dikenali sebagai 100 puncak Taiwan. Mencari makanan halal di sana tidak sukar walaupun Taiwan bukanlah negara Islam. Tempat paling mudah mencari makan halal jika berkunjung ke luar negara adalah di kawasan masjid. Kami ke Masjid Besar Taipei yang terletak di Da'an district dengan menaiki Taipei MRT dan turun di Stesen Da'an. Terdapat 2 buah restaurant halal di kiri masjid tersebut iaitu Cafe & Restaurant Royal dan di sebelahnya Restaurant Toko Sakura.

 


Di sekitar Taipei Main Station, tepatnya di Exit East 3, di seberang jalan terdapat lorong Indonesia dan di lorong ini terdapat banyak gerai makan halal. Kami menjamu selera di salah sebuah kedai makan di sana. Keadaan di situ seolah-olah berada di Indonesia.










Sebuah lagi Restaurant halal yang saya kunjungi adalah Qing Zheng Tai Huang Halal Food Restaurant yang terletak di No 7, Lane 244, Sec 3, Roosevelt Rd, Zhongzheng Dist, Taipei City. Restaurant ini menghidangkan makanan ala Thai Muslim. Masakannya juga enak.


Satu lagi restaurant yang kami kunjungi setiap kali mendaki di Taiwan adalah (Ai-Jia) Muslim Beef Noodles Restaurant di No 23, Yanping S Rd, Zhongzheng Dist, Taipei. Restaurant ini dibuka seawal jam 10:00 pagi dan makanan popular di restaurant ini tentulah Mie.




Di sebelah Restaurant (Ai-Jia) Muslim Beef Noodles juga terdapat sebuah lagi restaurant halal. Restaurant tersebut dibuka pada jam 12:00 tengahari. Dua kali saya ke Taiwan, saya masih gagal merasai keenakan masakan di restaurant ini kerana ia beroperasi agak lewat.


Di Taiwan International Airport Terminal 1-B1 pula terdapat stall Middle East Halal Kitchen. Kami makan di sini sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


Jika mencari cenderahati dan cederamata pula, saya cadangkan pembaca ke Tamsui. Terdapat deretan kedai menjual cenderamata untuk dibawa pulang berhadapan Sungai Tamsui. Pembaca juga boleh berehat sambil menyaksikan pelbagai aksi dan bakat mesyarakat Taipei di dataran Tamsui River ini.








Di sini juga terdapat banyak makanan laut yang dibakar dan dijual segar. Jangan lupa mencuba Ice cream Halal Turkey yang terdapat di sini. Pembaca boleh ke sini dengan menaiki MRT dan Stesen Tamsui terletak di hujung sekali (line merah).











Terdapat banyak lagi restaurant halal di sekitar Taipei. Mungkin saya akan ke restaurant lain pula jika mendaki ke sana lagi. Terimakasih Allah.



Tiada ulasan: