Sabtu, 4 Ogos 2018

Mencari makanan halal di Auckland


Bercerita tentang makanan halal ketika bercuti di luar negara, selalunya kita akan mencari masjid besar di bandar tersebut kerana selalunya di mana ada masjid, pasti ada restaurant halal sekitarnya. Atau terus sahaja "check" di internet untuk mencari restaurant halal yang kebiasaannya diusahakan oleh orang Pakistan, India Muslim atau yang paling popular dan mudah didapati adalah Turkey Kebab. Jika ke Aucland, restaurant halal yang wajib kita singgah adalah Uncle Man Restaurant. Berbagai jenis makanan Malaysia ada disediakan untuk melepaskan rindu. Saya dan 5 orang teman juga berkunjung ke sana semasa bercuti di Auckland.




Berbagai menu terdapat di restaurant ini sehingga kita merasa seperti berada di sebuah restaurant di negara sendiri. Restaurant ini juga mempunyai sebuah lagi cawangan iaitu Uncle Man Express di City Metro, sebuah pusat beli-belah di bandar ini.




Kami menginap di backpacker hostel sekitar Queen Street semasa 3 hari berada di Auckland. Di bawah hostel kami menginap juga terdapat sebuah kedai kebab halal, namun meja makan cuma ada 2 di hadapannya dan menu di sini tidak berapa banyak berbanding cawangan di jalan besar Queen Street.


Sebuah lagi Kebab On Queen berada di jalan besar Queen Street tidak berapa jauh dari hostel kami menginap. Di cawangan ini restaurantnya lebih besar, ada berbagai menu dan terdapat banyak meja makan di dalamnya. 


Sebuah lagi kedai halal terdapat berhampiran dengan pintu masuk Stesen Keretapi Britomart. Restaurant ini kami jumpa dalam perjalanan ke Stesent Keretapi Britomart untuk ke Mount Eden.



Tidak sukar mencari makanan halal di Auckland. Kami berjalan kaki sekitar Bandaraya Auckland semasa mencari Restaurant Uncle Man. Terdapat banyak restaurant kebab halal dan restaurant "vage" yang kami temui sepanjang  jalan.












Seronok berjalan kaki di Auckland di mana jalan rayanya tidak sesesak di Kuala Lumpur. Sambil menyaksikan bangunan dan deretan kedai di sini kami melihat banyak restaurant halal.






New Zealand merupa negara pertanian dan buah-buahan terlalu mudah didapati di pasaraya seluruh New Zealand dan pelancong yang beragama Islam tidak perlu bimbang tentang makanan halal. Rasailah manisnya anggur, strawberry dan berbagai jenis berry dari Negara Kiwi ini. Walaupun kebanyakkan restaurant kebab mengunakan lambang halal dan ada sijil halal, namun mereka juga ada menyediakan minuman keras atau wain, jadi berhati-hatilah memesan makanan. Terima kasih Allah.


Tiada ulasan: