Saya dan tiga teman sepakat menjelajah sebahagian Turkey sambil bercuti pada September 2018. Awal malam hari pertama kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dan transit di Jeddah. Hari ke dua kami sampai di Istanbul sekitar jam 13:30 tengahari dan terus "check in" hotel di sekitar airport Artaturk. Petang itu kami berjalan dan menjamu mata di bazaar berhampiran Selat Bosphorus.
Malamnya pula kami bersiar di Selat Bosphorus yang memisahkan benua asia dan benua eropah. Kami makan malam di restaurant bawah Galata Bridge dan sebelum balik ke hotel kami berehat sebentar di dataran tepi Selat Bosphorus. Kami menikmati malam di Istanbul dan menyaksikan kegemerlapan neon di Selat Bosphorus.
Hari ke tiga kami mengambil penerbangan domestic awal pagi dari Istanbul ke Adiyaman dan transit sekitar dua jam di Ankara. Kami sampai di Adiyaman jam 10:00 pagi dan terus menaiki shuttle menuju ke bandar Adiyaman. Kami mengambil pakage melawat Taman Negara Gunung Nemrut sesi petang. Harga pakage Taman Negara Gunung Nemrut adalah 75 TL seorang dan pakage bermula jam 14:00 petang dan destinasi lawatan merangkumi lima tempat seperti Karakus Tumulus iaitu bukit buatan tempat bersemadi keluarga pemerintah Kerajaan Commagene. Kemudian kami ke Cendera Bridge, yang merupakan seni bina jambatan Rome yang megah. Jambatan yang melintangi Sungai Cendere ini merupakan kawasan perkelahan buat masa sekarang.
Tiga lagi tempat lawatan adalah, Kahta Castle, Asemia dan Gunung Nemrut. Kami mendaki Gunung Nemrut dan menyaksikan matahari terbenam senja itu dari kawasan patung berkepala besar. Malam itu kami sampai semula ke bandar Adiyaman pada jam 21:00 malam dan bermalam di bandar Adiyaman.
Hari ke empat jadual kami ke Kappadokia. Disebabkan bas ke Kappadokia berangkat pada jam 7:00 petang dan kami bergerak pagi, kami menaiki bas ke bandar Adana dahulu dan sampai di sana pada jam 14:00 petang. Kami makan tengahari di Adana dan meneruskan perjalanan ke Kappadokia pada jam 16:00 petang. Kami sampai di Gerome pada jam 10:00 malam dan bermalam di Melek Cave Hotel.
Hari ke lima, kami di Kappadokia dan kami mengambil Green Pakage (euro 38) bermula jam 10:00 pagi hingga 18:00 petang untuk berkenalan dengan Kappadokia. Sebelum pakage bermula, kami mengambil kesempatan bersiar di kawasan hotel melihat hotel-hotel dalam batu yang sinonim dengan Kappadokia. Tempat lawatan pertama dalam Green Pakage adalah Pigeon Valley untuk melihat panorama di Kappadokia.
Kemudian kami melawat Derinkuyu Underground City. Bandar bawah tanah yang dibina berkurun tahun dahulu sebagai tempat tinggal dan perlindungan dari perompak dan perampas yang melintasi pusat Anatolia. Bandar bawah tanah yang dibina oleh cendikiawan masa lampau ini berbelas tingkat di bawah tanah dengan berbagai kemudahan, namun cuma lapan tingkat sahaja yang dibuka untuk lawatan.
Kami menjamu selera di restorant tepi sungai waktu makan tengahari. Selesai makan kami melawat Ihlara Valley. Lembah Ihlara ini sedalam 100 meter dan panjangnya pula adalah 14 kilometer bermula dari Kampung Ihlara sehingga Kampung Selemi. Kami trekking di sini sejauh empat kilometer pergi pulang.
Kemudian kami melawat Ala Chuch atau Ala Kilise iaitu gareja dalam batu, berusia berkurun tahun dahulu dan mempunyai lukisan dinding cerita tentang Nabi Adam semasa tinggal di syurga sehingga diturunkan ke dunia. Kami juga dibawa menjamu mata melihat Yaprakhisar, panorama tempat pengambaran filem "star wars". Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar menyaksikan pemandangan indah tasik sulfur iaitu Kreter Golore Jeotermal Alank. Penutup jadual Green Pakage kami dibawa ke kilang batu perhiasan diri dan perhiasan rumah. Di bilik jualan kilang ini pelawat mendapat potongan harga yang menarik.
Petang itu selesai sesi Green Pakage kami bersiar dan membeli sedikit cenderamata di bandar Gerome. Pada sebelah malam kami mengisi aktivity dengan menyaksikan persembahan Turkey Dance (130 TL). Persembahan ini berlangsung sekitar dua jam dan pakage termasuk makan malam dan pengangkutan pergi pulang dari hotel. Turkey Dance bermula jam 20:30 malam, diadakan di dewan dalam batu mempersembahkan tarian tempatan dengan iringan alat muzik tradisional dan acara kemuncaknya adalah "belle dance" atau tarian gelek.
Hari ke enam, kami bangun awal kerana jadual "Hot Ballon" (euro 120) bermula sekitar jam 5:00 pagi. Kami dijemput di hotel dan dibawa bersarapan sebelum menaiki "Hot Ballon". Belon panas ini dinaikkan di awal pagi untuk memberi peluang pelawat melihat matahari terbit di langit Kappadokia dan pengkemudi belon panas menaikkan belon sekitar 2000 meter tinggi agar pelawat dapat melihat bumi Kappadokia 360 darjah. Sesekali kapten menurunkann belon agar kami dapat merakam gambar dan melihat rumah-rumah dalam batu dengan lebih jelas. Batu-batu yang berbentuk kerucut pula kelihatan tumbuh menjulang menutupi muka bumi Kappadokia. Lanskap bumi Kappadokia memang misteri dan unik.
Salt Lake atau Tasik Garam ini adalah tasik kedua terbesar di Turkey dan merupakan tasik garam semulajadi antara yang terbesar di dunia. Kedalamannya tidak sampai satu meter dan dari tapak pakir saya melihat Tasik Garam ini putih seperti diliputi salji. Industri perlombongan garam di Salt Lake ini menghasilkan 80 peratus keperluan garam Turkey. Petang itu Salt lake menghadiahkan pemandangan indah buat kami. Permukaan berair seperti lantai basah itu membiaskan bayang yang indah pada pandangan saya. Kami berada di sini sekitar dua jam, merakam gambar sambil mencuci kaki di tasik garam percuma ini seperti pengunjung yang lain.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandar Konya pada jam 17:50 petang dan sampai di sana sekitar jam 21:00 malam. Kami bermalam di Bandar Konya. Keesokkannya iaitu hari ke tujuh kami sarapan di Bandar Konya sebelum meneruskan jadual perjalanan. Kami bergambar dan membeli sedikit cenderamata di kedai yang memulakan perniagaan awal pagi. Bandar Konya merupakan antara bandar tertua di dunia. Ia berkembang pesat sebagai ibu kota di kurun ke 12 dan ke 13 dibawah pemerintahan Dinasty Seljuk. Konya juga menjadi tempat permastautinnya seorang ahli sufi bernama Rumi yang mempopularkan tarian berpusing-pusing lawan arah jam sambil berzikir dan berdoa.
Jam 10:00 pagi kami mula bergerak keluar dari Konya menuju ke Antalya. Perjalanan dianggarkan sekitar empat jam. Kali ini giliran saya memandu. Kami melalui perjalanan membelah kawasan pergunungan dengan cuaca yang agak dingin, tambahan pula pagi itu hujan. Jalan raya menuju Antalya dibina baik dan selesa, dua laluan setiap hala memudahkan saya memandu. Cuma sekali sekala jalan raya dibina tiga laluan dan kami kongsi laluan tengah dengan kenderaan bertentangan secara bergilir semasa mendaki dan menuruni bukit. Kami singgah di beberapa ladang tanaman dalam perjalanan. Kebetulan kami ke sana di akhir musim panas dan sekarang adalah musim menuai hasil tanaman. Kami juga sering singgah di gerai tepi jalan membeli hasil pertanian yang diniagakan oleh petani tempatan.
Kami sampai di bandar Antalya sekitar jam 14:00 petang dan terus menuju ke shopping compleks bertujuan mencari kedai farmasi. Kami makan tengahari di sana dan jam 15:00 petang kami menuju ke Duden Waterfall. Duden Waterfall mengalir dari Gunung Taurus dan airnya terjun terus dari tebing tinggi ke dalam Lautan Mediterranean yang biru. Duden Waterfall merupakan antara tarikan utama Antalya. Kami berehat hampir dua jam di tebing tinggi ini sambil merakam gambar.
Kemudian kami ke Hadrian's Gate yang dibina pada tahun 130 masihi oleh Maharaja Hadrian. Di hadapan Hadrian's Gate adalah Masjid Karakas. Keadaan di sana amat meriah petang itu tetapi kami tidak berlama-lama di sana kerana perjalanan jauh ini harus diteruskan. Bandar Antalya terletak di Teluk Antalya dan merupakan bandar terbesar di Pantai Barat Mediterranean. Bandar ini kelihatan klasic namun bercirikan moden. Pada pukul 18:40 petang kami meneruskan perjalanan ke Bandar Kas.
Perjalanan ke Bandar Kas mengambil masa sekitar dua jam lebih. Kami melalui jalanraya di atas tebing pinggir Laut Mediterranean. Jalannya berbelok-belok dan disebabkan perjalanan kami waktu malam, pemandangan indah itu tidak kelihatan. Kami cuma melihat neon-neon yang menyimbah beberapa bandar tepi laut dalam perjalanan ketika berada di atas tebing tinggi. Kami sampai di Bandar Kas sekitar jam 21:00 malam dan kami juga bermalam di bandar tepi laut itu.
Hari ke lapan jadual kami menuju ke Bandar Fathiye dan bermalam di sana. Sebelum meneruskan perjalanan, kami bersiar di Pelabuhan Kas sebentar selepas sarapan. Kas merupakan bandar kecil tepi Laut Mediterranean yang popular sebagai pelabuhan untuk ke pulau pantai barat Turkey. Antara pulau yang berdekatan dengan Kas adalah Pulau Meis (kepulauan Greece) yang boleh sampai sekitar 20 minit menaiki boat dari Pelabuhan Kas. Dalam perjalanan ke Fathiye kami menyusuri jalan tepi lautan Meditertanean memandangkan Bandar Fathiye juga terletak di tepi laut. Jarak bandar Kas ke Bandar Fathiye sekitar dua jam memandu. Kami singgah di beberapa tempat persinggahan yang dibina di bahu jalan untuk melihat pemandangan. Kami juga melintasi Pantai Kalitas yang popular di Kas.
Dalam perjalanan ke Fathiye kami singgah di Xanthos walaupun Xanthos tidak termasuk dalam jadual lawatan kami. Xanthos merupakan kota lama dan pernah menjadi ibu negeri Lycia kuno. Xanthos diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO dan ticket masuk ke sini adalah 10 TL seorang.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Fathiye dan singgah lagi di Saklikent Kanyon. Masuk ke sini dikenakan bayaran 7 TL seorang dan pakir kereta adalah percuma. Saklikent Kanyon juga dikenali Saklikent Gorge bermaksud "Hidden Valley" atau "Hidden City" dalam bahasa Turkey. Saklikent Kanyon sepanjang 18 kilometer dan merupakan jurang terpanjang di Turkey. Kami trekking di sini sekitar 500 meter menyusuri pelantar kayu yang dibina di tebing jurang Saklikent sehingga di pertemuan dua arus sungai yang berlainan warna. Aliran kanan mengalir arus air berwarna perang yang keruh kerana dari aliran sungai tanah liat, manakala aliran dari sebelah kiri mengalir air terjun yang jernih dari sungai. Air jernih dari air terjun ini sangat sejuk walaupun di musim panas kerana cahaya matahari tidak sampai ke bawah jurang Saklikent. Masa sesuai ke sini adalah di musim panas iaitu pada bulan April hingga October.
Sebelum ke destinasi seterusnya kami menjamu selera di di kedai makan di pintu Saklikent Kanyon.
Kami kemudian ke ke Gizlikent Waterfall yang yang terletak dua kilometer dari Saklikent Kanyon. Masuk ke sini percuma tetapi bayaran pakir untuk sebuah kereta adalah 5 TL. Kami trekking sekitar 500 meter melawan arus sungai yang jernih dan cetek untuk ke air terjun Gizlikent ini. Satu perkara menarik di Gizlikent Waterfall ini adalah menyaksikan dua batang pokok yang mengalirkan air jernih yang deras daripada batangnya.
Hari ke sembilan kami meneruskan perjalanan ke Pamukale. Perjalanan mengambil masa sekitar empat jam. Kami sampai di Pamukkale sekitar jam 14:00 petang dan terus menuju ke Cotton Castle tersebut. Masuk ke Pamukkale dikenakan ticket sebanyak 35 TL seorang (Cotton Castle dan Hierapolis). Kami melawat Cotton Castle dahulu dan kemudiannya ke Kota kuno Hierapolis di tempat yang sama. Jam 18:00 petang setelah selesai melawat Pamukkale kami "check in" Hotel Alida di hadapan Cotton Castle. Malam selepas mandi di kolam renang dan makan kami bersiar di kawasan hotel dan Cotton Castle.
Hari ke sepuluh, selepas sarapan dan sebelum meninggalkan Bandar Dinizli, kami melawat Karahayit. Karahayit sebuah lagi tempat khazanah alam semulajadi seperti Cotton Castle. Air panas yang mengalir keluar sebagai mata air membentuk teres keperanganan di sini sehingga Karahayit juga dikenali sebagai "Red Hot Spring".
Kemudian kami meneruskan pemanduan ke Bursa dan bercadang singgah sebentar di rumah kenalan yang telah menetap di Alasehir. Dalam perjalanan ke Alasehir kami singgah sebentar di ladang kapas yang mulai matang berkembang.
Kami sampai di rumah teman yang menetap di Alasehir sekitar jam 11:30 pagi dan kami dijamu makan tangahari. Selesai makan dalam jam 15:00 petang kami dibawa bersiar di bandar Alasehir yang mendapat nama jolokan 'bandar anggur' kerana menjadi penghasil kismis dari anggur sultana.
Jam 17:00 petang kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandar Bursa dan sampai di sana sekitar jam 22:00 mlam. Di Bursa kami bermalam di rumah kenalan yang menetap di sana. Bursa merupakan salah sebuah kota tertua di Turkey dan merupakan bandar ke empat terbesar. Hari ke sebelas kami di Turkey, kami ke Kampung Cumalikizik yang terletak sekitar sepuluh kilometer dari Bandar Bursa. Kampung ini merupakan antara kampung tertua di Turkey dan juga kampung Uthmaniyyah tertua di dunia. Kampung ini terjaga sejak 700 tahun dahulu dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2014.
Selepas melawat Kampung Cumalikizik, kami melawat Bursa Grand Mosque atau Ulu Camii. Masjid ini dibina antara tahun 1396 hingga 1399 di zaman pemerintahan Sultan Uthmaniyyah ke 4 iaitu Sultan Yildrim Beyazid. Keistimewaan masjid ini adalah atapnya dibina dari 20 buah kubah yang sama saiz.
Kami kemudian ke Silk Bazzar yang terletak di sebalah Grand Mosque. Bursa dahulu terkenal sebagai bandar pembuatan tekstil terutama dari sutera. Dikatakan selendang dan skaf di sini lebih murah berbanding di Istanbul.
Selesai membeli belah di Bursa, kami mengembalikan kereta yang kami sewa selama enam hari dan meneruskan perjalanan menuju ke Istanbul dengan menaiki ferry. Kami menaiki ferry pada jam 18:00 petang dan sampai di Istanbul sekitar jam 19:40 malam. Di Istanbul kami menginap di kawasan Sultan Ahmed agar memudahkan kami berbelanja di Grand Bazzar dan Spice Bazzar nanti.
Hari ke 12, kami memulakan aktivity agak lambat kerana keletihan. Kami keluar sekitar jam 10:00 pagi dan berjalan kaki ke tempat tarikan pelancong utama di Turkey iaitu Aya Sophia. Kami bersiar di kawasan Aya Sophia dan Blue Mosque sehingga letih. Kemudian kami berjalan kaki ke sebuah Restaurant Malaysia Nurmuhammad di Bandar Turkey. Makan di sini agak enak dan harganya juga munasabah.
Selesai menjamu selera kami ke berjalan kaki ke Grand Bazzar dan Spice Bazzar dan membeli belah di sana. Grand Bazzar merupakan Bazzar tertua dan terbesar di dunia. Grand Bazzar dibuka pada tahun 1461, terdapat 61 jalan dan lebih 4000 buah kedai di bazzar ini. Berbagai barangan diniagakan di sini seperti pakaian, perhiasan diri seperti emas dan berlian, rempah, tembikar, cenderamata dan lain-lain lagi. Kebanyakkan barangan dijual dengan harga agak mahal berbanding di tempat lain seperti di Taksim atau di kedai-kedai cederamata sepanjang jalan ke Galata Tower.
Kemudian saya dan seorang teman bersiar di Selat Bosphorus, manakala seorang teman mengikut sahabatnya ke Taksim dan seorang lagi mengambil keputusan untuk pulang ke hotel kerana kurang sehat. Kami berdua berjalan kaki di Galata Bridge menyeberangi selat yang memisahkan dua benua ini. Dari atas jambatan ini kami melihat bot-bot persiaran yang membawa pelancong menyusuri selat untuk menyaksikan matahari terbenam. Di hujung kedua belah jambatan ini terdapat ramai pemancing sedang asyik memancing ikan.
Sampai di seberang sana kami melawat pasar ikan dan kemudian membeli kebab ikan di luar pasar dan menjamu selera di tepi Selat Bosphorus sambil menyaksikan matahari terbenam senja itu.
Kemudian kami berjalan kaki ke Galata Tower sambil membeli cenderamata di kedai sepanjang jalan ke sana. Nampaknya harga barang di sini lebih murah dari di Grand Bazzar. Kami berehat sebentar di dataran Galata Tower dan kemudian berjalan pulang melalui jalan lain ke Aya Sophia. Kami kemudian menjamu mata di dataran hadapan Aya Sophia malam itu sebelum melangkah pulang ke hotel.
Hari ke 13 kami bersarapan di Restaurant Malaysia Nurmuhammad. Kemudian kami berjalan kaki ke Grand Bazzar untuk lawatan kali terakhir.
Jam 16:00 petang kami berangkat ke airport kerana malam itu kami pulang ke Malaysia dan sampai di Kuala Lumpur pada pukul 18:00 petang hari ke 14 perjalanan kami. Ini adalah kali pertama saya ke negara dua benua yang menarik dan berharap bukanlah kali terakhir saya ke negara empat musim yang cantik, unik, penuh sejarah serta cerita dan bertamadun sejak berkurun abad dahulu. Perjalanan ini sungguh menarik, indah dan meletihkan, namun ia seperti candu yang menyebabkan ketagihan. Terima kasih teman, terima kasih ALLAH.
Hari 1
19:30- Penerbangan ke Jeddah dan transit.
Hari 2
10:00- Penerbangan ke Istanbul.
13:30- Sampai Istanbul, check in hotel.
16:00- Market sekitar Selat, Selat Borphoros, Makan malam di restaurant bawah Galata Bridge.
Hari 3
03:30- Bertolak ke airport, penerbangan domestic ke Adiyaman, transit di Ankara
10:00- Sampai Adiyaman, ambil shuttle ke bandar Adiyaman.
14:00- Pakage melawat Gunung Nemrud National Park (sunset).
21:00- Kembali ke bandar Adiyaman, check in hotel.
Hari 4
09:00- Menaiki bas ke Adana dan sampai Adana jam 14:00 petang.
16:00- Menaiki bas ke Gerome, Kapadocia.
21:00- Sampai Gerome, naik shuttle ke bandar.
22:00- Check in hotel Melek Cave Hotel.
Hari 5
10:00- Green Pakage.
18:00- Green Pakage selesai, bersiar dan shopping di bandar Gerome.
20:00- Turkey Dance, tarian gelek.
Hari 6
05:00- Pakage Hot Ballon.
10:00- Pakage ATV.
14:00- Sewa kereta pandu sendiri bermula selama 6 hari.
16:00- Salt Lake.
17:50- Bertolak ke Konya.
21:00- Check in hotel di Konya.
Hari 7
07:00- Breakfast, jalan dan bergambar di Bandar Konya.
10:00- Bertolak ke Antalya.
14:00- Sampai Antalya, lunch di shopping Complex Antalya.
15:00- Duden Waterfall
18:00- Hadrian' Gate
18:40- Bertolak ke Kas
21:00- Sampai Bandar Kas, check in Apatment
Hari 8
09:00- Breakfast, bersiar di Kas Habbour, bertolak ke Fathiye, singgah Xanthos
10:30- Singgah ke Saklikent Geoge dan Gizlikent Salalesi Waterfall
17:50- Bertolak ke Fathiye
18:30- Sampai Fathiye, malam bersiar di Fathiye Habbour
Hari 9
10:00- Bertolak ke Pamukkale
14:00- Sampai Pamukkale, Cotton Castle, Hierapolis.
18:00- Check in Hotel Alida depan Cotton Castle.
20:00- Dinner dan ronda kawasan Cotton Castle
Hari 10
08:00- Breakfast, check out dan melawat Karahayit.
10:00- Bertolak ke Bursa
11:30- Singgah di rumah kenalan Alasehir dan makan tangahari.
15:00- Melawat bandar Alasehir (bandar anggur).
17:00- Bertolak ke Bursa
22:00- Sampai Bursa bermalam di rumah kenalan.
Hari 11
09:00- Melawat Kampung Cumalikizik, Ulu Camii dan Silk Market.
18:00- Menaiki ferry ke Istanbul.
19:45- Sampai Istanbul, check in hotel kawasan Sultan Ahmed
Hari 12
10:00- Melawat Aya Sophia, Blue Mosque, Grand Bazzar dan Spice Bazzar, Lunch di Restaurant Malaysia Muhammad, bersiar di Selat Bosphorus dan Galata Tower
Hari 13
10:00- Last shopping di Grand Bazzar.
16:30- Berangkat ke airport dan malam pulang ke Malaysia.
Hari 14
18:00- Sampai Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan