Isnin, 15 Oktober 2018

Dari Kas ke Fathiye pesona biru Mediterranean


Kami sampai di bandar Kas pada jam 9:00 malam hari ke tujuh. Kami menyewa sebuah apartment dua bilik di hadapan pelabuhan di Kas. Malam itu saya dan seorang teman terus berehat dan tidur manakala dua orang teman kami yang masih bertenaga keluar ke bandar Kas yang kelihatan meriah di waktu malam. Keesokkan paginya, kami bersiar sebentar di pelabuhan Kas selepas sarapan.



Kas merupakan sebuah bandar kecil di tepi laut Mediterranean. Bandar ini popular dengan pantainya yang halus dan bersih selain lautan biru Mediterranean. Selain itu Kas juga merupakan pelabuhan untuk pelancong bercuti ke pulau-pulau pantai barat Turkey, termasuk Pulau Meis (Kepulauan Greece) yang hanya boleh sampai sekitar 20 minit menaiki bot dari pelabuhan Kas. Kerana kesuntukkan masa, kami juga tidak ke pulau tersebut.




Hari ke lapan ini jadual kami menuju ke Bandar Fathiye. Perjalanan masih menyusuri jalan raya yang dibina di atas tebing persisiran Laut Mediterranean yang biru. Kami singgah beberapa kali di perhentian yang dibina di bahu jalan untuk melihat pemandangan. Dari atas tebing tinggi ini kami melihat pulau-pulau, pantai dan bot-bot yang berlabuh di pelabuhan.





30 minit memandu kami sampai di satu kawasan di mana terdapat banyak kereta dipakir di bahu  jalan. Rupanya kami melintasi Pantai Kaputas yang popular di Kas. Untuk turun mandi di Kaputas Beach ini, pengunjung harus turun berjalan kaki dari jalan raya yang dibina di tebing ke bawah.



Kami singgah beberapa kali di "spot" pemandangan sebelum meninggalkan daerah Kas. Saya berharap akan datang lagi ke Kas yang menarik ini satu hari nanti. Kami meneruskan perjalanan ke bandar Fathiye yang berjalak kurang 2 jam memandu menyusuri jalan tepi laut memandangkan bandar Fathiye juga terletak di tepi laut.



Dalam perjalanan ke Fathiye, tempat pertama yang kami singgah adalah Xanthos, sebuah tempat yang tidak tersenarai dalam perjalanan kami. Xanthos merupakan ibu negeri Lycia Kuno satu masa dahulu. Nampaknya kemana sahaja kita berada di Turkey, akan terjumpa kawasan tamadun penduduk berkurun tahun dahulu. Xanthos telah diiktiraf sabagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO dan ticket untuk melawat ke Xanthos ini adalah 10 TL seorang, manakala tapak pakir pula percuma.








Setelah melawat Xanthos, kami meneruskan perjalanan menuju ke bandar Fathiye. Kami kemudian singgah di Saklikent Kanyon. Tempat ini memang tersenarai dalam siri perjalanan kami. Saklikent terletak agak jauh dari jalan utama, iaitu sekitar 20 kilometer namun jalan masuk ke Saklikent Kanyon baik berturap. Terdapat banyak kedai makan dan tempat pakir percuma di pintu masuk Saklikent ini. Ada kedai makan yang menawarkan kasut air percuma untuk kegunaan di sungai dengan harapan kita akan makan di kedai mereka ketika memulangkan kembali kasut itu nanti.



Sepanjang berjalan kaki dari tapak pakir dan kedai makan ke Saklikent Kanyon, terdapat ramai peniaga kecil yang menjual buah-buahan. Mereka juga menjual product kecantikan dari tanah liat dan hasil pertanian seperti sabun, crime dan sebagainya.



Kami berjalan kaki sekitar 200 meter dan sampai di pintu masuk Saklikent Kanyon. Setiap pelawat dikehendaki membeli ticket masuk bernilai 7 TL seorang. Tempat makan yang dibina di atas air juga terdapat banyak di sini. Selain trekking di Saklikent Kanyon, aktivity lain juga terdapat di sini seperti rafting, jeep safari, kenu dan sebagainya.




Setelah membeli ticket masuk, kami mula trekking mengikut pelawat yang lain menyusuri pelantar kayu yang dibina di tebing jurang Saklikent. Air di bawah pelantar kelihatan keruh seperti air tanah liat. Saklikent Kanyon juga di kenali sebagai Saklikent Gorge yang bermaksud "lembah tersembunyi" atau "hiddent city" dalam bahasa Turkey. Panjang lembah ini adalah 18 kilometer dengan kedalaman 300 meter dan merupakan jurang terpanjang di Turkey.



Kami berjalan di atas pelantar kayu sekitar 500 meter sehingga sampai di pertemuan 2 arus yg berlainan warna. Arus di sebelah kanan mengalir keruh akibat dari laluan jurang tanah liat. Manakala arus dari sebelah kiri jernih berkaca dari arus air terjun.




Kebanyakan pengunjung berhenti sehingga di persimpangan dua arus ini. Kami juga sampai di sini sahaja. Terdapat kedai minuman, bangku dan tempat berehat di perhentian ini. Arus air jernih ini agak deras dan sangat sejuk walaupun di musim panas kerana pancaran matahari tidak sampai ke bawah tambahan pula ia mengalir dari air terjun berbatuan.




Saklikent Kanyon sepanjang 18 kilometer ini hanya sesuai dilawati pada musim panas iaitu dari bulan April hingga October. Jika ke sini pada musim sejuk amat berbahaya kerana kedalaman sungai bertambah jika hari hujan dan arus menjadi deras. Selain itu faktor ais cair juga menyebabkan paras air naik dan deras. Jika pengunjung ingin meneruskan trekking sehingga penghujung jurang lembah ini, pengunjung mesti menggunakan khidmat guide dari tour agency yang mengelolakan activity tersebut.




Sesetengah pengunjung akan ke jurang tanah liat yang keruh dahulu untuk merawat badan. Kemudian mereka akan mandi dan mencuci diri menggunakan air jernih dari sungai yang satu lagi. Kami berada di sini agak lama, sehingga merasa puas bermain air dan sepakat untuk pulang.





Sebelum berangkat ke destinasi berikutnya, kami menjamu selera dan berehat sebentar di salah sebuah kedai makan di tapak pakir. Sambil merakam gambar kami juga melawat kebun buah delima yang sedang lebat berbuah tidak jauh dari gerai makan.





Agenda kami seterusnya adalah ke Gizlikent Salalesi yang terletak 2 kilometer dari Saklikent Kanyon. Gizlikent Salalesi atau Gizlikent Waterfall seperti juga Saklikent Kanyon, hanya sesuai dilawati di musim panas. Masuk ke sini percuma tetapi pakir untuk sebuah kereta dikenakan sebanyak 5 TL sebuah. Jarak dari tapak pakir ke air terjun sekitar 500 meter. Di tapak pakir yang luas ini terdapat kedai menjual cenderamata, restaurant makan dan sebuah surau bersebelahan kebun zaitun. Dari sini kami berjalan turun ke bawah mengikut pengunjung lain melalui trek tangga bersimen.






Sekitar 100 meter menuruni bukit, saya tergamam melihat ada sepohon pokok yang mengalirkan air deras dari batangnya. Ramai pengunjung membasuh kaki di situ sebelum mereka pulang menaiki tangga ke atas. Saya mencari jika terdapat punca seperti paip yang menyebabkan batang pokok itu mengeluarkan air yang deras, tetapi tidak nampak.



Melangkah turun lagi beberapa meter, kami nampak ada lagi sepohon pokok yang mengeluarkan air dari batangnya. Air dari pokok kedua ini lebih deras dan banyak. Kami mengelilingi pokok besar tersebut, masuk memeriksa dari dalam bahagian batangnya yang kosong, namun tidak nampak paip atau sumber air yang menyebabkan air mengalir keluar. Untuk tidak memeningkan kepala, saya menganggap kejadian tersebut terjadi kerana kebesaran ALLAH yang maha berkuasa. 





Kami kemudian turun beberapa meter ke bawah. Dari sini kami mengikut pengunjung lain berjalan di dalam sungai yang menghala ke hulu. Trekking melawan arus di dalam sungai yang jernih dan dingin amat menyeronokkan. Tambahan pula sebahagian besar paras air sungai cuma setinggi betis dan sesetengah tempat cuma di paras buku lali. Berbeza jika ke sini di musim sejuk, air mungkin di paras pinggang ke atas dan deras.




 

Setelah trekking sekitar setengah jam kami sampai di air terjun Gizlikent. Beberapa orang kanak-kanak senang bergembira bermandi manda di sana. Setelah berehat dan merakam beberapa keping gambar, kami pun bergerak pulang.




Jam 5:50 petang kami meneruskan perjalanan ke bandar Fathiye dan sampai di sana pada jam 6:30 petang. Kami menginap di hotel berhadapan pelabuhan di bandar Fathiye. Seperti juga bandar Kas, bandar kecil Fathiye terletak di tepi laut Mediterranian. Setelah berehat sebentar, malam itu kami keluar bersiar di pelabuhan dan bandar Fathiye.



Nama bandar Fathiye diambil dari nama dan sebagai menghormati Yuzbasi Fethi Bey, seorang pilot pertama dari Angkatan Udara Ottaman yang terkorban dalam perang kemerdekaan Turkey. Malam itu kami berjalan di kedai yang menjual berbagai barangan di bandar Fathiye yang terletak di hadapan pelabuhan. Berbagai barangan diniagakan di bandar yang kelihatan agak clasic ini antaranya barang perhiasan diri, pakaian, rempah ratus dan manisan yang popular di Turkey.





Bandar Fathiye telah mengalami banyak gempa bumi. Pelabuhannya yang moden dibangunkan semula setelah dilanda gempa beberapa kali. Kami makan di deretan kedai makan tepi laut yang terletak di hadapan pelabuhan sebelum pulang ke hotel. Perancangan awal kami mencari pakage "Island hoping" di Fathiye. Kesemua pakage mengelolakan aktivity sapanjang hari dan kami cuma merancang aktivity itu separuh hari. Memandangkan masa kami yang agak suntuk, kami membatalkan rancangan mandi lumpur dan melawat pulau yang termasuk dalam pakage di Fathiye.

 

Keesokkaan paginya iaitu hari ke sembilan, jadual kami bertolak ke bandar Pamukkale dan bermalam di sana. Saya berhasrat datang lagi ke Fathiye jika ada rezki di masa akan datang kerana ada banyak perkara yang boleh dilakukan dan dilawati di Fathiye yang menarik ini. Terima kasih ALLAH.


Tiada ulasan: