Ada beberapa tempat menarik di Kuala Selangor dan salah satu yang istimewa adalah melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan di sini. Keunikan Kelip-Kelip ini adalah kerana Kelip-Kelip tidak dipelihara dan merupakan hidupan liar yang terjaga secara semulajadi. Saya dan tiga teman ke sini pada pertengahan February 2020. Adalah agak penting melihat calender Islam sebelum ke sini kerana Kelip-Kelip kelihatan banyak ketika cuaca gelap atau bulan kecil. Selain itu, datanglah ke sini di luar musim hujan.
Setelah membeli ticket untuk menaiki sampan, kami berjalan kaki ke jety. Sebuah sampan boleh memuatkan maksimun empat orang penumpang dan bayaran sebuah sampan adalah Rm50. Sampan akan didayung oleh jurupandu berpengalaman di Sungai Selangor ini sekitar 20 hingga 30 minit. Penumpang diwajibkan memakai jacket keselamatan yang disediakan.
Pendayung yang mendayung sampan kami membawa kami menghampiri setiap pohon yang bergemerlapan dengan kerdipan cahaya Kelip-Kelip. Menurut pendayung, Kelip-Kelip mengeluarkan cahaya dari bahagian ekornya sekitar tiga kali sesaat secara serentak. Menurutnya juga, kelip-kelip jantan lebih menyinarkan cahaya dengan tujuan memikat Kelip-Kelip betina. Pendayung juga memberitahu kami, Kelip-Kelip merupakan serangga dari keluarga Kumbang. Kelip-Kelip hanya hinggap di pohon Berembang yang hidup liar di tebing Sungai Selangor dan daun pohon Berembang merupakan makanan Kelip-Kelip.
Kelip-Kelip hanya hidup sekitar dua hingga tiga bulan. Semoga kehidupan Kelip-Kelip terpelihara dan kekal di kitaran habitatnya di sini. Terima Kasih pada pendayung yang banyak bercerita dan memberi info kepada kami yang melawat.
Nota:
1- Sebuah sampan memuatkan maksimun empat orang penumpang dengan bayaran RM50
2- Masa lawatan: 19:30-22:30 setiap malam.
3- Info lanjut: Majlis Daerah Kuala Selangor. Tel:+60 32891439.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan