Isnin, 2 Mac 2020

Sky Mirror Kuala Selangor, Pantai Cermin semulajadi



Selain Santuari Kelip-Kelip, Kuala Selangor mempunyai lagi satu tarikan pelancong iaitu Pantai Cermin atau lebih dikenali sebagai Sky Mirror. Saya dan tiga teman bermalam di sebuah hotel di Kuala Selangor setelah melawat Santuari Kelip-Kelip pada pertengahan Februari 2020. Keesokkan paginya kami ke Jeti Kampung Sasaran pada jam 06:45 pagi. Waktu bot berangkat ke Pantai Cermin bergantung pada pasang surut air laut setiap hari. Pagi itu bot berangkat pada jam 07:30 pagi.



Tambang bot ke Pantai Cermin ini RM80 seorang pergi pulang temasuk khidmat juru photo, sebungkus nasi lemak dan sebotol air mineral ketika sampai di jeti masa pulang nanti. Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai di pasir yang timbul tengah laut ini. Setibanya kami di pulau beting pasir, para crew meminta kami turun dan membawa barang peribadi yang penting sahaja manakala mereka membawa segala kelengkapan photografi. Terdapat beberapa bot yang telah sedia mendarat dan kumpulan mereka sedang menyediakan keperluan photografi.




Sebenarnya beting pasir di sini bukan seratus peratus pasir laut. Permukaan kawasan yang timbul ketika air surut di tengah laut ini terdapat lumpur yang menakung air. Juru photo terpaksa meratakan permukaan air cetek di sini menggunakan peralatan khas yang dibawa. Setelah itu mereka akan menghadang kawasan camera untuk mendapatkan penataan cahaya yang akan membiaskan bayang pada air supaya imej gambar kelihatan jelas dan cantik.



Sesi photografi berlangsung secara bergilir-gilir mengikut kumpulan. Juru photo kami mengendalikan dua kumpulan iaitu kami dan sekumpulan tiga orang pelancong Japan. Kami bergambar sepuasnya mengikut arahan juru photo dan disebabkan  kami mempunyai banyak masa, saya meminta juru photo merakam gambar kami dua kumpulan bergabung.










Di beting pasir tengah laut tidak terdapat pondok atau sebarang kemudahan apatah lagi tandas. Sesi photografi berakhir sekitar jam 10:00 pagi dan kami pulang semula ke Jeti Kampung Sasaran Kuala Selangor. Di jeti kami diberi sebungkus nasi lemak dan sebotol air mineral.



Nampaknya pelancong Malaysia tidak perlu pergi melancong jauh keluar untuk mencari kelainan dalam percutian. Tempat ini semulajadi dan kepakaran juru photo dan tecnologi akan menceriakan gambar-gambar percutian anda.

Nota
1- Tambang bot RM80 seorang.
2- Jeti Kampung Sasaran Kuala Selangor
3- Masa bot berangkat bergantung masa pasang surut air setiap hari.
4- Terdapat tandas di Jeti Sasaran Kuala Selangor.


14 ulasan:

Didi Kartika Osman berkata...

Assalamualaikum..

Nak tanya, perkhidmatan bot tu boleh dapat secara walk in, atau ada nombor telefon nya ya?

Jurimahmohdariffin berkata...

Wsalam...
Boleh bli walk in, tapi saya hari tu contack no eddie ni 012 4064712, dia arrangekan.. Takot sold out klu org ramai.

Unknown berkata...

assalamualaikum, bot kat situ sentiasa ada ke atau mengikut jadual tertentu?

Jurimahmohdariffin berkata...

Wsalam.. Bot ke sky mirrow mengikut jadual, cuma 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi senja. Kebiasaan bot bertolak pagi mengikut pasang surut air.

Unknown berkata...

P sini, tak sesuai utk selfie rasanya. Mmg kna ambik photographer ye.. Gambar cantik2.Nice info, dgn penulisan tanpa shortform.

Jurimahmohdariffin berkata...

terimakasih singgah di blog saya. itulah special sky mirrow, tempat untuk photoshoot.

Intan Norashikin berkata...

Harga package dah mmg termasuk photographer dan props. Tak peri risau bawak diri je dan pakai baju warna warni.

Othman.am berkata...

Ada homestay tak...

Othman.am berkata...

Ada homestay

Jurimahmohdariffin berkata...

homestay kat kuala selangor. dipantai cermin tiada apa2. pasir tu timbul semasa air surut sahaja.

Unknown berkata...

Blh memancing ke

Jurimahmohdariffin berkata...

X boleh tuan.. Cetek sgt.

Mawar berkata...

Sgt cantik gambar2 tu. Akan ke sana esok. Teruja sgt nak lihat keindahan ciptaan Ilahi.

Jurimahmohdariffin berkata...

Esok nk g ..enjoy..