Sabtu, 20 Ogos 2022

Mendaki Gunung Sinsing dan Kaingaran di Tambunan Sabah




Jadual mendaki dua puncak gunung ini tertangguh selama dua tahun kerana pendemik covid dan kami tunaikan keinginan kami pada pertengahan August 2022. Kami berempat perempuan berkumpul di Airport Kota Kinabalu dan dengan menaiki kereta sewa kami menuju ke kampung Nupakan di Tambunan. Malam itu setelah berjumpa dengan guide yang akan membawa kami ke Gunung Sinsing dan Kaingaran, kami berempat bermalam di Balairaya Kampung Nupakan Tambunan.




Menginapan di balairaya ini selesa bagi kami. Tempat tidur berpangkin, peralatan dapur yang lengkap, kerusi, meja, tandas dan electrik. Kemudahan ini saya anggap lengkap dan sempurna untuk kami tumpang berehat. Keesokkan paginya jam 08:00 kami semua bersedia untuk memulakan pendakian setelah sarapan. Jack sebagai guide dan porter akan menemani kami. Kami menaiki jeep sekitar 20 minit menuju ke starting point Gunung Sinsing dan Kaingaran.




Jarak dari starting poing ke Gunung Kaingaran adalah 14300 meter. Ini bermakna untuk melengkapkan pendakian dua puncak ini, kami akan penempuhi perjalanan pergi dan pulang sejumlah 28.6 kilometer. Kami memulakan pendakian ke Camp Aerick Brook yang berjarak sekitar 8 kilometer dari starting trek pada jam 08:30 pagi. Sepanjang trek terdapat plat menanda berjarak 100 meter sebagai panduan pendaki. Di permulaan trek agak rata sehingga kami sampai di satu kawasan terdapat kolam takungan air yang berada di plat bertanda jarak 10700 meter. Trek menaik sedikit kemudiannya mengambil alih dan kami sampai di Camp Aerick Brook di plat 6300 meter pada jam 15:50 minit petang setelah trekking sekitar 7 jam 20 minit.









Malam itu kami berehat dan bermalam di Camp Aerick Brook yang menyediakan kemudahan asas yang agak selesa. Terdapat tandas, bilik mandi, tempat tidur camp bed, berdinding dan beratap. Peralatan memasak, gas, dapur, meja, singki dan air paip untuk kemudahan memasak.





Setelah makan malam, kami tidur awal dan bangun sekitar jam 03:30 pagi untuk  meneruskan pendakian ke Gunung Sinsing. Setelah sarapan sekadarnya dan membawa bekalan, kami memulakan pendakian pada jam 04:20 pagi. Trek menegak sekitar 0.8 kilometer dan selebihnya agak landai dan kami sampai di puncak Gunung Sinsing yang berketinggian 2603 mdpl pada jam 06:10 pagi.
 





Puncak Gunung Sinsing berada di plat 4400 meter sekitar 1.9 kilometer dari Camp Aerick Brook. Pagi itu cuaca sangat baik. Matahari terbit di sebelah kanan Puncak Gunung Sinsing dan kami melihat Puncak Gunung Kinabalu di sisi kiri Puncak Sinsing. Kami juga melihat puncak Gunung Trusmadi dan beberapa puncak lain di Banjaran Trusmani ini. Kami kemudian meneruskan pendakian ke Gunung Kaingaran pada jam 06:30 pagi. Trek yang jauh amat meletihkan. Turun naik puncak di jalur berlumut yang cantik sedikit sebanyak mengurangkan rasa penat. 







Akhirnya kami sampai di Puncak Gunung Kaingaran yang berketinggian 2482 mdpl pada jam 12:20 tengahari. Puncak Gunung Kaingaran merupakan puncak kelima tinggi di Malaysia manakala puncak Gunung Sinsing pula adalah puncak ketiga tinggi di Malaysia. Setelah merakam gambar dan berehat, kami akhirnya turun melalui jalur kami datang tadi. 




Kami sampai semula  di puncak Gunung Sinsing sekitar jam 19:20 malam, ketika matahari terbenam. Dengan segala kuderat dan tenaga kami meneruskan perjalanan, akhirnya kami sampai semula di Camp Aerick Brook pada jam 21:20 malam. Setelah mengisi perut dan membersihkan diri, kami berehat dan tidur di Camp Aerick. 



Keesokkan paginya setelah sarapan kami meneruskan perjalanan pulang pada jam 08:00 pagi. Saya yang kepenatan berjalan di belakang dan sampai ke starting point pada jam 14:00 petang. Setelah berehat sebentar, kami manaiki jeep yang telah sedia menunggu untuk pulang ke Balairaya Kampung Nupakan. 




Jalur pendakian Gunung Sinsing dan Kaingaran amat cantik pada pandangan saya. Jalur yang jauh amat sesuai kepada pendaki yang suka pendakian secara compres. Jalur redup berlumut dan permandangan indah, terdapat banyak spesis Periuk Kera berbagai sais dan warna. Bunga Orkid liar berbagai jenis juga memeriahkan jalur.









Itinerary:
Hari pertama
14:30 -Berkumpul di Airport Kota Kinabalu.
15:00 Bergerak ke Kampung Nupakan Tambunan, singgah makan dan beli barang keperluan dalam perjalanan.
19:00 -Sampai di Balairaya Kampung Nupakan. Bermalam.
Hari kedua
08:00 -Menaik jeep ke starting point jalur Gunung Sinsing dan Kaingaran.
08:20 -Sampai di starting point.
08:30 -Mula mendaki.
15:50 -Sampai di Camp Aerick Brook.
Berehat dan bermalam.
Hari ketiga
03:30 -Bangun, makan dan bersedia.
04:20 -Memulakan pendakian ke Gunung Sinsing.
06:10 -Sampai Puncak Gunung Sinsing.
06:30 -Meneruskan pendakian ke Gunung Kaingaran.
12:20 -Sampai ke Puncak Gunung Kaingaran.
13:10 -Bergerak turun ke Camp Aerick.
21:20 -Sampai ke Camp Aerick, bermalam.
Hari keempat
08:00 -Bergerak pulang ke starting point.
14:00 -Sampai ke starting point,menaiki jeep ke Balairaya kampung Nupakan.
15:10 -Bergerak pulang ke Airport Kota Kinabalu.
17:30 -Bersurai ke destinasi masing-masing.

Nota:
1-Guide: Jack, contact 019 8607149.
2-Van sewa: Wak contact 019 6134256.


Tiada ulasan: