Setelah mendaki Gunung Sarut, saya dan dua teman bercuti ke Pulau Perhentian pada pertengahan May 2023. Kami menaiki bot dari jeti Kuala Besut dan perjalanan menaiki bot mengambil masa sekitar 40 minit dengan tambang Rm70 pergi dan pulang. Kami menginap di Coral View Island Resort di Pulau Perhentian Besar.
Petang itu setelah check-in, kami berehat dan bersiar di sekitar pantai. Coral View Island Resort menyediakan penginapan yang selesa, kebanyakan bilik mempunyai mini kolam renang persendirian. Kolam renang besar dan taman tema untuk kanak-kanak juga tersedia untuk keluarga berhibur.
Kami berjalan di pantai dan ke jeti. Petang itu kami juga mencari pakage snorkling untuk aktivity keesokkan harinya.
Hari kedua, kami menyertai aktivity snorkling. Kami mengambil Pakage Long Trip. Disebabkan malam tadi hujan, air laut tidak begitu jernih dan agak beralun hari ini. Tempat pertama lawatan kami adalah Turtle Beach. Kami tidak berlama-lama di sini dan aktivity di Turtle Beach adalah mandi manda.
Selepas makan dan berehat di Fisherman Village, kami meneruskan lawatan ke Turtle Point. Kami tidak bernasib baik kerana tiada penyu yang menyambut kedatangan kami hari itu. Spot terakhir adalah Shark Point. Jerung di kawasan ini tidak menyerang kami yang snorkling dan berenang di kawasannya. Namun saya yang sedikit sangsi tidak berlama-lama di dalam air kerana setiap kali melihat jerung, saya merasa sedikit gerun. Pakage snorkling berakhir sekitar jam 15:00 petang dan kami kembali ke resort untuk berehat.
Hari ketiga, seawal jam 07:00 pagi kami menaiki teksi bot ke Long Beach. Menyaksikan matahari terbit dari dalam bot kami kemudian menyusuri pantai dan mengikuti papan tanda ke Kincir Angin.
Setibanya di atas bukit kami nampak dua kincir angin yang besar di dalam kawasan berpagar. Kami kemudian menyusuri jalur sisi pagar untuk ke tangga menghala ke bawah. Pemandangan seterusnya adalah bonus pagi itu setelah mengeluarkan peluh.
Kami berehat agak lama di sini sambil menyaksikan panorama indah dan merakam gambar. Kemudian kami turun melalui jalur kami datang tadi dan setelah kami sampai di Long Beach, kami mengambil teksi bot menuju ke Fisherman Village untuk sarapan. Kami meminta pemandu bot menurunkan kami di Masjid Terapung Kampung Nelayan tersebut.
Kami melawat sebentar Masjid Terapung Ar-Rahman di Pulau Perhentian ini. Setelah melawat masjid terapung, kami bersarapan di astaka dan setelah itu kami mengambil teksi bot untuk pulang ke resort penginapan kami. Kami kemudian berangkat pulang dan berharap berkunjung lagi ke sini. Moga kali itu nanti, jety dan pelantar kincir angin telah dibaik pulih dengan lebih rapi dan menarik.
Nota:
Terdapat banyak jenis penginapan di Pulau Perhentian. Jika anda suka tempat yang meriah, Pulau Perhentian Kecil mungkin memenuhi selera anda dan jika anda suka tempat yang lebih aman untuk bersantai, Pulau Perhentian Besar mungkin pilihan yang baik untuk anda. Sekadar pandangan saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan