Jumaat, 3 November 2023

Mendaki Bukit Batu Putih Gopeng



Dalam perjalanan pulang dari Pulau Tioman, saya dan dua teman singgah di Gopeng, Perak. Kami camping 3 hari 2 malam di Castra Sahom Valley Campside. Saya rekomen campside ini, kedudukan tapak khemah tepi sungai, kawasan terjaga dan tandas bersih. 




Hari kedua di Gopeng, kami bercadang mendaki Bukit Batu Putih. Pagi itu sekitar jam 07:00 pagi kami bergerak menuju ke kaki Bukit Batu Putih mengguna arahan Google map. Dalam perjalanan ke sana kami singgah sarapan dan kami sampai di kawasan pakir kenderaan Bukit Batu Putih sekitar jam 09:20 pagi.



Kami memakir kenderaan di kawasan yang tertulis kawasan pakir Bukit Batu Putih. Kemudian ada pakcik memanggil kami untuk membuat bayaran sebelum kami memulakan pendakian. Bayaran adalah sebanyak Rm3.00 setiap orang. Setelah membuat bayaran, kami memulakan pendakian mengikut arah papan tanda.







Trek jelas, sehala dan setelah mendaki sekitar 30 minit kami sampai di kawasan dua bongkah batu besar. Kami berehat agak lama sambil merakam gambar. Dari sini kami nampak pemandangan hijau di bawah. Terdapat banyak kawasan tapak camping tepi sungai. Setelah puas merakam gambar kami meneruskan pendakian ke puncak Bukit Batu Putih.







Sekitar sepuluh minit meneruskan pendakian, kami sampai di puncak Bukit  Batu Putih 310 mdpl. Merakam beberapa keping gambar di puncak bukit ini, kami kemudian turun melalui jalur kami mendaki tadi.
Nota: 
Pendakian ke Bukit Batu Putih tidak memerlukan guide.
Contact Castra Sahom Valley Campside: 019 2289042- Jai

Tiada ulasan: