Selasa, 5 Januari 2016

Blue Mountains National Park

      Saya ke Taman Negara Blue Mountains ini setelah selesai mendaki gunung tertinggi Australia iaitu Gunung Koscuiszko 2228 meter pada November 2015. Blue Mountains National Park terletak kurang lebih 50 km di barat Sydney.


       Apa yang menarik tentang Blue Mountain National Park? Tentulah pengunjung akan terpukau menyaksikan permandangan indah gunung dan lembah di tebing curam, tapi pada saya pastilah menyaksikan dan merakamkan gambar batu menegak lebih 900 meter tinggi yang menceritakan kisah dongeng tiga adik beradik perempuan yang disihir menjadi batu, batu Three Sister dapat dirakam dengan jelas di pelantar Queen Elizabeth Lookout.


     Gunung tertinggi di Taman Negara Blue Muntain ialah Gunung Werong 1215 meter dari paras laut. Di taman negara ini pengunjung boleh melakukan berbagai aktivity outdoor seperti trekking, berkenu, berbasikal, mendaki, menerokai gua, berkhemah dan berbagai aktivity lagi.


Three Sister








         Apip yang telah beberapa kali ke sini membawa kami menyaksikan pemandangan indah sekitar taman negara ini. Kita dapat menyaksikan pemandangan yang lebih jelas di Taman Negara Blue Mountain sekiranya melakukan sedikit trekking. Kami kemudiannya trekking dari Queen Elizabeth Lookout dan trekking mengambil masa kurang 2 jam, menyusuri tebing curam dan berakhir di sebuah air terjun.









        Setelah selesai trekking secara santai kami meneruskan perjalanan ke Sydney dan kami singgah di Featherdale Wildlife Park di pertengahan jalan. Azam saya di Blue Mountains National Park adalah untuk datang lagi.




   Nota: Visa diperlukan untuk ke Australia.

Ahad, 13 Disember 2015

Gunung Kosciuszko




       Bertahun saya menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke gunung tertinggi di negara Australia ini. Keinginan saya tertunai apabila Apip mengajak saya menyertai kumpulannya yang bercadang ke gunung ini pada November 2015. Kami sampai di Sydney pukul 11:00 pagi dan setelah membeli kad telepon dan menyewa 2 buah van pandu sendiri, kami bertolak ke Thredbo Village. Dalam perjalanan ke Thredbo Village kami singgah di sebuah pasaraya Bankstown Central untuk membeli makanan dan keperluan peribadi. Bankstown central merupakan pasaraya yang kebanyakan pengunjungnya adalah orang Arab dan Asia dan di sini mudah mencari kedai makanan halal. Setelah membeli barang keperluan, kami meneruskan perjalanan ke Thredbo Village yang berjarak kurang lebih 470 kilometer dan mengambil masa kurang lebih 7 jam perjalanan darat.



       Kami sampai di Thredbo Village pada pukul 12:00 tengah malam dan bermalam di Lantern Apartment. Thredbo Village terletak di kaki Gunung Koscuiszko dan terdapat banyak kemudahan di kampung ini seperti apartment untuk di sewa, pejabat information dan berbagai lagi. Gunung Kosciuszko 2228 mdpl merupakan gunung tertinggi di Australia dan terletak di Koscuiszko National Park, New South Wales. Gunung ini juga terkenal untuk aktivity berbasikal dan sukan ski.


        Cara mudah dan popular untuk ke puncak gunung ini adalah dengan mengunakan perkhidmatan "chairlift" hingga ke pertengahan dan menyambung baki pendakian ke puncak kurang lebih 2 jam dengan berjalan kaki di atas pelantar besi yang dibina untuk kemudahan pendaki. Selepas sarapan, kami bersedia untuk memulakan pendakian ke Gunung Kosciuszko. Kami mula bergerak ke Stesen "Chairlift" pada pukul 8:50 pagi.







      Setelah menaiki "chairlift" selama 20 minit, kami sampai di stesen atas dan cuaca tidak begitu baik kerana hujan. Hujan yang turun tanpa henti menyebabkan kami terpaksa menangguhkan activity mendaki. Sementara menunggu cuaca berubah, kami santai di cafe yang terdapat di stesen "chairlift".


     Setelah menunggu hampir 3 jam, hujan masih renyai. Apip mencadangkan kami meneruskan pendakian kerana bimbang jika hujan berterusan. Kami mula bergerak pada pukul 11:50 pagi. Pendakian agak santai kerana kemudahan pelantar besi yang dibina memudahkan pendaki. Walaupun pemandangan tidak begitu jelas, kami tetap merakam gambar kenangan di sepanjang pendakian.








       Setelah trekking selama 2 jam, kami sampai ke puncak Gunung Kosciuszko pada pukul 2:00 petang. Kami mengambil gambar kenangan namun pemandangan tidak begitu jelas kerana kabus. Pada pukul 3:00 petang Apip mengajak kami semua turun bimbang terlewat kerana "chairlift" terakhir beroperasi hingga pukul 4:30 petang. "Chairlift" di gunung ini beroperasi sepanjang tahun, perkhidmatan dan penyelegaraannya amat baik. Dalam perjalanan turun, pemandangan amat jelas kerana hujan telah berhenti.

Tandas awam tertinggi di Australia.


Tasik Cootapatamba







Pelantar besi yang dibina memudahkan pendaki.
        Kami sampai di Stesen "Chairlift" tepat pada pukul 4:30 petang. Apip yang mengetuai kumpulan ini bijak mengatur dan menganggar masa kerana jika kami terlewat, kami terpaksa menapak turun.

Stesen Chairlift




Perkampungan Thredbo.
       Akhirnya kami sampai di bawah pada pukul 5:00 petang. Setelah membersihkan diri dan berehat, kami meneruskan perjalanan ke Blue Mountain National Park. Terima kasih ALLAH.


Nota:
 1- Visa pelancong diperlukan untuk ke Australia.
 2- Terdapat pilihan untuk ke puncak gunung samada mendaki dari perkampungan Thredbo atau menggunakan perkhidmat "chairlift" hingga ke pertengahan gunung.
3-Jika anda mempunyai kumpulan dan mencari guide ke sana hubungi Apip-0133508508.