Kerana statusnya sebagai gunung tertinggi di Perlis, dan kedudukkannya di titik paling utara di Semenanjung Malaysia, maka saya agak teruja untuk mendaki ke Gunung Perlis ini. Saya dan sembilan teman merancang mendaki ke gunung ini pada awal June 2022. Jika bercerita tentang dugaan ke puncak pasti ramai pendaki akan membatalkan pendakian ke Gunung Perlis ini. Bukan kerana kesukaran jalur ke puncaknya yang amat menduga tetapi peperangan menentang dan menepis gigitan pacat yang tidak saya duga banyaknya mencabar sedikit kesabaran saya. Pendakian Gunung Perlis mengingatkan saya pada pendakian dua gunung di Boneo iaitu Gunung Tambayukon dan Gunung Murud. Persamaan Gunung Perlis dengan Gunung Murud adalah trek kedua gunung ini meniti perbatasan dua negara, Gunung Perlis sempadan Malaysia Thailand manakala Gunung Murud, perbatasan Malaysia Indonesia. Persamaan Gunung Perlis dan Gunung Tambayukon pula, cabaran menghadapi serangan pacat yang bertubi-tubi dari mula pendakian sehingga ke penghujung perjalanan.
Kenapa saya mendaki ? Pada mulanya sekadar mengisi masa dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh untuk menjaga kesihatan sehingga akhirnya saya jatuh hati pada alam. Jadi blog ini saya tulis sebagai sebuah catatan diari saya disamping berkongsi info dan pengalaman saya mendaki gunung. Saya selitkan juga beberapa tempat yang saya lawati, shopping dan jalan-jalan.Terima kasih kerana sudi membaca dan maaf sekiranya ada yang tersilap. "Singgah dalam perjalanan menuju destinasi abadi".
Khamis, 16 Jun 2022
Mendaki Gunung Perlis di Perlis
Khamis, 10 Mac 2022
Mendaki Bukit Chabang di Perlis
Kami diminta berkumpul di IKM Beseri awal pagi pada hari mendaki. Setelah semua bersedia kami bergerak ke kaki Bukit Chabang dan kenderaan di pakir dalam kebun getah secara percuma. Pendakian ke puncak Bukit Chabang bermula di sini. Kami memulakan pendakian pada jam 04:10 pagi setelah melakukan sedikit senaman regangan otot. Ditemani seorang guide dan seorang sweeper di belakang, kami sejumlah sembilan orang mula memanjat bongkah- bongkah batu ditemani cahaya headlamp. Seperti biasa saya mendaki di kumpulan belakang dan tiada gambar yang saya rakam sepanjang pendakian ini kerana gelap. Kami di kumpulan akhir sampai di puncak pada jam 06:40 pagi setelah memerah keringat.


























