Kenapa saya mendaki ? Pada mulanya sekadar mengisi masa dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh untuk menjaga kesihatan sehingga akhirnya saya jatuh hati pada alam. Jadi blog ini saya tulis sebagai sebuah catatan diari saya disamping berkongsi info dan pengalaman saya mendaki gunung. Saya selitkan juga beberapa tempat yang saya lawati, shopping dan jalan-jalan.Terima kasih kerana sudi membaca dan maaf sekiranya ada yang tersilap. "Singgah dalam perjalanan menuju destinasi abadi".
Rabu, 14 April 2021
Bercuti dalam rimba di Fig Tree Hill Resort
Isnin, 15 Mac 2021
Berehat ala Bali di Lost Paradise Resort Penang
Jesteru dibelenggu dengan sumpahan covid, kita dibatasi ruang untuk beriadah dan berehat. Ramai diantara kita kehilangan kerja dan punca pencarian. Namun ada juga disebaliknya. Mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk mengambil alih tugas teman yang terpaksa dikuarantin. Lebih setahun menjalani hidup yang dikekang pergerakan pasti menimbulkan rasa tertekan dan bosan. Jadi saya dan tiga teman berehat ala di Bali dua hari semalam di Lost Paradise Resort Penang.
Resort ini terletak di Tanjung Bungah, Penang. Perabut bilik didominasi dengan kayu berukir. Berehat di bilik yang selesa dan bersih ini pasti merasa relex. Jika ingin beriadah, resort ini juga memiliki kolam renang yang panjang. Andai datang bersama keluarga dan teman-teman terdapat kawasan untuk BBQ. Jika ingin memancing, pihat resort ada menyediakan kawasan beratap di tebing tepi laut untuk memancing tanpa ada masa terhad. Untuk kanak-anak juga disediakan taman permainan dan kolam renang cetek.
Jika suka berphoto bersama teman-teman, resort ini juga mempunyai lanskap yang menarik untuk merakam gambar. Halamannya dihias dan dicat dengan warna warni. Taman bersih dan dijaga rapi.
Bilik sewa kami mengadap laut dan keesokkan paginya, matahari terbit memancar tepat di pintu bilik. Jika ingin 'sunbath' di halaman bawah tepi laut terdapat beberapa buah bangku baring yang sesuai untuk berehat semasa sesi menyerap Victamin C semula jadi ini.
Jika anda malas keluar untuk mencari makanan, khimat penghantaran makanan dari luar memang tersedia. Marilah sama-sama membaik pulih ekonomi pelancongan dalam negara. Selamat berehat dan merehatkan fikiran.
Rabu, 4 November 2020
Mendaki Gunung Elvira via Air Hitam Dam
Ada banyak trek ke puncak gunung ini. Awal November 2020, saya dan sebelas orang teman mendaki ke gunung ini dari Air Hitam Dam dan berakhir juga di sini. Mengikut penilaian Hamzah yang telah ke Gunung Elvira ini, jalur dari Air Hitam Dam ke puncak dianggarkan sekitar 11 kilometer pergi dan pulang. Trek pula sekitar 80 peratus melalui jalan mini tar manakala 20 peratus merentasi hutan belukar. Kami memakir kenderaan di tapak pakir di Air Hitam Dam. Setelah semua bersedia, kami memulakan perjalanan pada jam 08:40 pagi melalui jalan mini tar yang dibina mengelilingi Dam sebagai tempat berjogging sehingga bertembung di persimpangan belah kiri jalan.
Kemudian kami meneruskan trekking melalui mini tar di sebelah kiri tokong sehingga kami jumpa sebuah lagi pondok dan kami berehat lagi di pondok tersebut. Kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga sampai di kawasan kebun bunga milik persendirian. Saya dan teman-teman sangat teruja berada di kawasan ini. Kami bergambar semahunya di kawasan bunga yang sedang berkembang cantik ini.
Kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga ke penghujung kawasan kebun bunga. Kawasan kebun bunga terdapat anjing. Pendaki harus hati-hati.
Kami kemudian bergerak turun pada jam 11:40 pagi melalui lorong pakis resam di sebelah kiri puncak. Dari sini, jika cuaca cerah kita akan dapat melihat Jambatan Pertama Pulau Pinang. Lorong agak semak namun masih boleh dilalui. Kami akhirnya bertembung semula dengan jalan mini tar dan meneruskan perjalanan turun dibelah kanan. Dalam perjalanan turun kami singgah sebentar di air terjun untuk bergambar.
Ahad, 1 November 2020
Mendaki Gunung Tangga via Loging Gua Musang, Cameron Highlands
Trek gunung ini tiada bertangga walaupun nama gunung ini Gunung Tangga. Saya dan teman-teman mendaki ke gunung yang terletak di Kelantan ini pada akhir October 2020. Kami sampai di RnR Loging Gua Musang sekitar jam 3:00 pagi. Kami berehat dan membuat persiapan serba sedikit sementara menunggu masa mendaki. Jam 06:40 setelah berkenalan dengan penunjuk arah dan semua bersedia, kami menaiki powil ke starting point dan sampai di sana sekitar jam 07:00 pagi. Kami di temani dua orang Guide dari Silver Outdoor dan seorang guide tersohor Pak Kassim.
Kami mengambil masa sekitar setengah jam bergilir mengambil gambar di Bunga Refflesia ini sambil bercerita dengan Pak Kassim yang berpengalaman di hutan Semenanjung. Jam 08:30 kami meneruskan pendakian dan mendaki Bukit Meranti yang agak menegak. Di jalur ini kami bergambar dengan sepohon pokok meranti yang besar gagah mempasak bumi. Kami memerah keringat kerana trek ke puncak Gunung Tangga ini jauh dan agak menegak. Setelah melintasi Check Point 1, Check Point 2, Last Water Point, kami akhirnya sampai di Kem Tengah sekitar jam 12:30 tengahari. Kami berehat di sini, makan tengahari sebelum meneruskan pendaki ke puncak yang berbaki sekitar sejam setengah perjalanan.





































































