Gunung Tahan 2187 mdpl yang terletak di Taman Negara bersempadan dua negeri Kelantan dan Pahang ini merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Ia boleh didaki dari Merapoh di Kelantan atau dari Kampung Kuala Tahan di Pahang. Jarak Gunung Tahan dari Kuala Juram Merapoh adalah 32 km, manakala jika dari Kampung Kuala Tahan ialah kurang lebih 53 km.
|
Lokasi Taman Negara Gunung Tahan
|
Saya menyertai trip adik-adik University Teknologi Petronas pada May 2014 dari Kampung Kuala Tahan ke Puncak Tahan dan kembali ke Kuala Tahan. Perjalanan ini mengambil masa selama lapan hari pergi dan pulang.
|
Trek Gunung Tahan
|
Hari pertama kami bermula dari Kampung Kuala Tahan di Taman Negara seawal jam 8:00 pagi. Kami menaiki bot menyeberangi sungai untuk melaporkan diri di Pejabat Taman Negara dan setelah menerima sedikit taklimat dari guide kami memulakan trekking secara santai ke Kem Melantai. Trek ke Kem Melantai agak landai dan dalam perjalanan ke sana kami sempat bermandi-manda di sungai.
|
Taman Negara |
Sekitar lima jam trekking kami sampai di Kem Melantai dan agak malang kerana terdapat terlalu banyak lebah. Walaupun telah diberitahu oleh Pegawai Taman Negara terdapat banyak lebah pada tahun ini, namun kami tidak sangka bilangan lebah yang terlalu banyak. Saya teringat semasa saya trekking ke Gua Kepayang yang juga terletak di Taman Negara pada tahun 2002, pada masa itu terdapat beberapa ekor lebah dan guide yang membawa saya mengatakan jika saya ingin melihat lebah yang banyak datanglah pada 2004 kerana pokok Ketapang berbunga lebat sepuluh tahun sekali dan pada masa itu akan terdapat beribu-ribu lebah. Kini 2014 memang terdapat banyak lebah dan teori guide itu betul.
|
Lubuk Simpon |
|
Kem Melantai |
Keesokkan paginya iaitu hari kedua, kami mula trekking seawal jam 7:30 pagi kerana lebah sudah mula menyerang khemah. Tujuan kami ke Kem Putih untuk bermalam. Trek agak mudah dan landai namun disebabkan terlalu banyak lebah, tidak banyak gambar dapat dirakam di sepanjang perjalanan. Untuk mengelak dari diserang lebah di Kem Putih, kami banyak melengahkan masa di atas trek di hutan. Kami sampai di Kem Putih sekitar jam 18:00 petang.
|
Rehat dan lunch |
|
Di Kem Putih juga terdapat banyak lebah
|
Hari ketiga, kami mula trekking seawal jam 7:30 pagi dan target kami hari ini adalah Kem Teku. Trekking ke Kem Teku tidak sesukar mana tetapi kami terpaksa menyeberangi sungai kerap kali. Keseronokkan bermain air sungai tidak dirasai kerana terdapat banyak lebah di sepanjang sungai dan kami bergerak pantas setiap kali menyeberangi sungai.
|
Sempat bermandi-manda |
Kami sepatutnya bermalam di Kem Teku, tetapi disebabkan terlalu banyak lebah, kami mengambil keputusan untuk meneruskan trekking dan bermalam ke Kem Pangkin. Trek ke Kem Pangkin agak mencanak dan pacak, perjalanan yang jauh ini amat meletihkan peserta. Kami sampai ke Kem Pangkin sekitar jam 9:00 malam. Di Kem Pangkin bilangan lebah telah berkurangan, mungkin kerana factor ketinggian dan jauh dari sungai. Disebabkan kawasan khemah di Kem Pangkin agak terhad, empat orang peserta terpaksa bermalam di Puncak Pangkin.
|
Kem Pangkin |
|
Trek ke Puncak Pangkin
|
Hari keempat, kami meneruskan perjalanan ke Kem Padang. Disebabkan semalam kami berjalan agak jauh, hari keempat ini kami mula bergerak agak lewat iaitu sekitar jam 9:30 pagi. Trek agak semak dan ada seorang pesarta melecet teruk di kaki. Kami di kumpulan belakang bergerak agak perlahan kerana banyak berehat. Trekking hari ke empat ini agak mencabar kerana jarak yang jauh dan trek yang pacak. Trek tangga lima belas juga agak curam.
|
Onway ke Kem Padang |
|
Tangga lima belas |
|
Pemandangan ke Kem Padang
|
Kawasan khemah di Kem Padang agak luas dan rata tetapi agak semak. Peserta yang sampai awal terpaksa menebas sebelum mendirikan khemah. Kami di kumpulan belakang sampai di Kem Padang sekitar jam 8:30 malam.
|
Kapal terbang pernah terhempas di sini.
|
|
Punca air di Kem Padang |
|
Kem Padang
|
Kesokan paginya, iaitu hari kelima kami mula trekking pada jam 8:00 pagi menuju ke Kem Bukit Berapit. Perjalanan mengambil masa kurang lebih dua jam dan melalui semak belukar. Namun bila trekking beramai-ramai sambil berjenaka, kami merasa keseronokkan bersama. Tambahan pula "sang lebah" telah tiada dan cuaca pada hari itu sangat bersahabat.
|
Trek ke Kem Bukit Berapit. |
|
Kem bukit berapit
|
Di kem Bukit Berapit kami mendirikan khemah sementara untuk menyimpan barang kerana kami akan "daypack" ke puncak. Kem Bukit Berapit dikelilingi beberapa puncak kecil dan kami mengambil kesempatan meninjau pemandangan dari beberapa sudut di puncak-puncak ini.
|
Walaupun impian itu tinggi "make it happen" |
|
Mereka melihat dunia yang sama tapi dengan cara berbeza
|
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Tahan. Kami sampai di Puncak Tahan sekitar jam 15:00 petang. Ketika kami sampai di puncak Gunung Tahan, hujan turun mencurah-curah tetapi tidak lama kemudian cuaca bertukar indah sebagai hadiah kami sampai ke puncak. Terima kasih Allah.
|
View indah selepas hujan di Puncak Tahan. |
|
Merakam kenangan di tempat tertinggi di Semenanjung Malaysia. |
|
Kami kongsi kegembiraan, minat, masa, rezki dan alam indah bersama |
|
Hanya dia dan alam. |
Disebabkan kami turun dari puncak agak lewat, kami sampai ke Kem Bukit Berapit lewat petang. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk bermalam di kem ini agar kami dapat berehat awal dan mengurangkan risiko trekking waktu malam ketika badan keletihan.
|
Trek turun ke kem Bukit Berapit
|
Keesokan paginya iaitu hari keenam kami meneruskan perjalanan turun dari Kem Bukit Berapit. Kami mula trekking sekitar jam 8:30 pagi dan merancang singgah di Kem Gedong untuk makan tengahari. Target malam ini bermalam di kem yang sesuai dengan masa untuk mengelak diserang lebah.
|
Trek dari Kem Bukit Berapit ke Kem Gedong
|
|
Kami kongsi pemandangan indah itu bersama.
|
|
Lunch di Kem Gedong
|
Setelah berehat dan lunch di Kem Gedong, kami meneruskan perjalanan turun sehingga kami jumpa tempat yang sesuai untuk bermalam bagi mengelak dikerumuni lebah. Akhirnya kami bermalam di tengah trek di Kem Bukit Sarsi. Kami sampai di kem Bukit Sarsi sekitar jam 10:00 malam.
|
Perjalanan masih jauh
|
Pagi hari ke tujuh kami bergerak turun dari Bukit Sarsi ke Kem Tengah. Kami sampai agak lewat di Kem Tengah kerana ramai peserta agak keletihan setelah seminggu trekking di dalam hutan. Kami sampai di Kem Tengah sekitar jam 10:00 malam.
|
Kem Tengah
|
Hari kelapan, kami bergerak agak awal untuk mengelak dari diserbu lebah. Kami sampai di Taman Negara agak awal sekitar jam 16:00 petang dan sempat bermandi-mandian di sungai. Di sebelah malamnya kami lengkapi xpdc ini dengan jamuan makan secara BBQ. Terima kasih adik-adik UTP. Trekking bersama kamu semua menjadi kenangan indah dalam koleksi pendakian saya.
Nota:
Untuk mendaki Gunung Tahan, pendaki boleh menghubungi terus Taman Negara Kuala Tahan atau Taman Negara Marapoh.
6 ulasan:
MANTOPP KAK JUE :))
tq ateh
Rindu lah trekking sama sama kak ju. Best sgt tahan time ni walaupen kena serang tapi lawan tetap lawan. Kuala-kuala!!
treking dengan group utp memang terbaek dalam list pendakian k ju dan kenangan itu tidak pernah pudar dari ingatan. gunung tahan no 1.
waa. best laaa...
terima kasih zaini, singgah di blog saya.
Catat Ulasan