Khamis, 4 Jun 2015

Annapurna Base Camp via Poon Hill

       Trip ini sebenarnya saya buat sekadar memenuhi permintaan Uncle Burn yang berhajat trekking ke negara Nepal. Trip asalnya berdua, bertambah bila seorang teman ingin turut serta dan bertambah bilangan menjadi 13 orang menjelang tarikh berangkat dan pada saya ianya pasti lebih meriah dan mengembirakan bila ramai peserta dengan berbagai perangai dan selera. Kali ketiga saya ke Nepal ini, saya bercadang trekking ke Annapurna Base Camp dari arah selatan via Poon Hill.


       Saya bersama kawan-kawan merancang trekking ke ABC (Annapurna Base Camp) melalui Poon Hill, dan trip ini mengambil masa 10 hari secara santai. Trek ABC yang diumpamakan "permata di Himalaya" ini sesuai didaki bermula bulan March akhir musim salji hingga Disember sebelum bermulanya musim salji. Trek kampung ke kampung ini sesuai bagi pendaki amatur yang cintakan keindahan alam, kerana dengan ketinggian 4130 meter, risiko AMS (Accute Mountain Seekness) agak rendah.

Trek yang kami rancang.
       Kami sampai di Nepal pada 9 March 2015. Di Nepal kami tinggal di Silver Home Hotel di bandar Thamel. Di Thamel terdapat 3 restoran makanan halal yang saya tahu iaitu Annatolia Restoran, Al Madina Restoran dan Al Makkah Restoran. Satu lagi restoran ialah Sing-Ma Foodcourt (Singapore - Malaysia) yang terletak di Patan luar Thamel, tetapi taraf HALAL tidak pasti. Keesokan paginya kami berangkat ke bandar Pokkara yang terletak kurang lebih 198 km di barat Katmandhu dan mengambil masa sekitar 7 jam perjalanan darat.


R&R Blue Heaven Restoran

Pokok "serba guna" Nepal

Memasuki Bandar Pokkara
        Kami bertolak dengan menaiki sebuah van yang di sewa pada pukul 9:00 pagi dan sampai di Pokkara pada pukul 4:00 petang. Kami singgah di perhentian R&R Blue Heaven di pertengahan jalan sekitar jam 12:00 tengahari untuk makan tengahari. Di Pokkara kami tinggal di Hotel Angle dan terdapat sebuah restoran halal di hadapan hotel ini.

Restoran halal di Pokkara.
       Malam itu kami membeli sedikit keperluan mendaki di bandar Pokkara dan merehatkan badan sebagai persediaan mendaki. Keesokan paginya, pada pukul 11:00 pagi kami berangkat ke Nayapul. Jadual perjalanan sedikit terlambat kerana menunggu permit siap. Perjalanan dari Pokkara ke Nayapul mengambil masa kurang lebih 1 jam 30 minit menaiki van dan kami sampai di Nayapul pada pukul 12:40 tengahari.

Mula trekking dari Nayapul
        Selepas makan tengahari kami memulakan xpdc ABC. Kami mula trekking dari Nayapul yang berketinggian 1025 meter pada pukul 2:40 petang. Seterusnya kami melewati perkampungan Birenthanti dan sampai ke Thikedunga pada pukul 5:50 petang. Hari pertama ini trek agak mendatar dan mudah, ditambah pula pemandangan yang cantik dan cuaca yang baik menyebabkan kami tidak terasa lelah. Jumlah jam trekking hari pertama ini kurang lebih 3 jam.







       Di Tikkhendunga 1540 meter cuaca malam agak dingin, peralatan dan pakaian mendaki di kawasan salji sudah mula memainkan peranan walaupun salji tidak ada. Keesokan paginya selepas sarapan kami mula trekking ke Ghorepani 2860 meter. Perjalanan dianggarkan mengambil masa kurang lebih 7 jam. Kami memulakan trekking sekitar jam 8:10 pagi dan sampai di Ghorepani pada pukul 6:00 petang (bergerak secara santai dan banyak masa berehat).

Bergambar di monumen perkampungan yang tertimbus semasa tragedi tanah runtuh.


        Trekking hari kedua ini, kami melalui jalan kampung di mana batu-batu disusun bertingkat-tingkat menjadi tangga yang tinggi. Jika melalui kampung-kampung ini baiklah sekiranya kita membawa gula-gula untuk diberi kepada anak-anak kampung yang meminta.






Pegun...tak perlu kata apa-apa.
        Trek ke Ghorepani juga tidak sesukar mana dan kami trekking secara santai sambil menikmati pemandangan yang indah. Kami singgah makan tengahari di Banthati 2210 meter. Saya juga singgah dan makan tengahari di sini pada tahun 2007 dahulu semasa trekking ke Poon Hill.

Porter dan Guide lunch di Green Hill View Lodge Banthati.




        Kami singgah minum petang dan berehat selama 1 jam di Nangethanti. Trekking kampung ke kampung ini banyak menaiki tangga batu yang disusun rapi, pendaki harus banyak membuat latihan fizikal jika ingin sampai ke sini, walaupun trek agak mudah tetapi stamina harus tersedia jika tidak mahu tewas.


        Kami sampai di perkampungan Ghorepani 2860 meter yang juga dikenali sebagai Base Camp Poon Hill kurang lebih pada pukul 6:00 petang. Poon Hill yang terletak di bukit belakang sebelah kiri Ghorepani, terdapat pencawang di atasnya dan dari perkampungan Ghorepani ini saya melihat terdapat tompok- tompok salji di Poon Hill.

Pintu gerbang perkampungan Ghorepani


Perkampungan Ghorepani
          Keesokan paginya kami berangkat ke puncak Poon Hill seawal jam 5:20 pagi untuk melihat matahari terbit dan sampai di sana sekitar jam 6:20 pagi. Ticket masuk ke Poon Hill dikenakan kepada setiap pendaki sejumlah 50 rupie.

Sunrise di Poon Hill

Kali ke 2 ke sini, bersama teman yang lain tetapi tujuan tetap sama.
       Di puncak Poon Hill terdapat bangunan peninjau pemandangan dan dari sini kita boleh melihat dengan jelas Annapurna Range. Banjaran yang diselaputi salji sepanjang tahun ini kelihatan putih bersinar seperti berlian ketika matahari terbit.

Pintu masuk Poon Hill (ticket masuk 50 rupie)
        Setelah mengambil gambar kenangan di puncak Poon Hill 3210 meter dan di tompok-tompok salji, kami bergerak turun ke guest house untuk sarapan dan meneruskan trekking ke Tadapani. Kami mula turun dari Ghorepani 2790 meter pada pukul 9:30 pagi dan singgah makan tengahari di Deurali 3180 meter pada pukul 1:15 tengahari. Perjalanan dari Ghorepani ke Tadapani mengambil masa kurang lebih 7 jam secara santai.

Perkampungan Ghorepani 


       Seperti yang dijangkakan, perjalanan di sepanjang trek ke ABC ini akan mengambil masa kerana sesi fotografi dan "lepak-lepak", pada pendapat saya trek ini sesuai untuk beriadah dan terapi minda.






      Trek ke Deurali 3180 meter masih diselaputi tompok-tompok salji dan jalur agak licin di beberapa tempat. Namun perjalanan terasa seronok dan berbaloi jika kita pergi berkumpulan dan dengan kawan-kawan yang sama minat.


Deurali 3180 meter.


Singgah makan tengahari di Deurali


         Selepas makan tengahari dan berehat seketika, kami meneruskan perjalanan pada pukul 2:30 petang dan sampai di Tadapani kurang lebih pada pukul 6:00 petang.





        Kebetulan musim bunga baru bermula, hutan sepanjang trek ke Tadapani didominasi bunga terutama sekali bunga kebangsaan Nepal iaitu bunga Rhododendron yang berwarna merah. Pemandangan di hutan masa itu amat  menawan dan ceria.







          Keesokan paginya iaitu hari keempat kami trekking dari Tadapani ke Chomrong 2340 meter, trek turun naik tetapi pemandangan indah menangkis letih. Trekking bermula pada pukul 9:45 pagi dan sampai di Chomrong pada pukul 4:00 petang. Perjalanan ke target kami hari ini dijangka mengambil masa kurang lebih 6 jam.

Permandangan di perkampungan Tadapani




Kongsi pemandangan indah ciptaan "MAHA PENCIPTA".




         Di pertengahan jalan kami singgah makan tengahari di Shangrila Tea Garden di Gurjung. Pada pukul 1:15 tengahari kami meneruskan perjalanan ke Chomrong.






       Kami sampai di Chomrong pada pukul 4:00 petang, tetapi disebabkan hujan kami berpecah dan berteduh di guest house berasingan. Pada pukul 6:00 petang, setelah hujan berhenti barulah kami berjumpa dan guide memberitahu kami sepatutnya tinggal di Panorama Guest House, Chomrong.

Perkampungan Chomrong 2340m.

Porter berus gigi sambil menyaksi pemandangan.

Panorama Guest House

Breakfast
         Hari ke lima target kami ke Dovan dan perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 6 jam. Kami mula trekking pada pukul 8:20 pagi selepas selesai sarapan. Setelah trekking 1 jam 30 minit, kami sampai di kampung Sinuwa 2300 meter sekitar 10:00 pagi dan berehat di sini selama sejam. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Bamboo 2335 meter untuk makan tengahari dan sampai di sana sekitar jam 1:30 petang. Pukul 2:30 petang kami meneruskan perjalanan ke Dovan 2500 meter dan kami sampai di sana pada pukul 3:30 petang. Perjalanan hari ini agak santai, dan di Dovan kami menunggu peserta terakhir agak lama. Lewat petang guide yang memandu arah kami sampai dan memberitahu seorang peserta tidak dapat meneruskan perjalanan kerana menghidapi demam yang teruk. Dia akan dihantar ke hospital keesokan harinya. Setelah berbincang pada malam itu, kami bersetuju 4 orang dari kami akan turun ke Bamboo keesokan paginya untuk melihat keadaan peserta yang tertinggal semalam dan kami yang lain akan bergerak secara perlahan dan santai ke Deurali.


        Hari ke enam kami trekking ke Deurali 3200 meter, perjalanan dari Dovan ke Deurali dianggarkan mengambil masa kurang lebih 3 hingga 4 jam sahaja dan kami mula trekking pada pukul 8:20 pagi.







       Di pertengahan jalan kami singgah di Himalaya 2990 meter, dan disebabkan kami bergerak perlahan kerana menunggu kawan yang turun ke Bamboo, banyak gambar dapat dirakam. Kami sampai di Himalaya pada pukul 10:00 pagi dan berehat sambil minum di sana. Pukul 11:15 pagi kami meneruskan trekking dan sampai di Deurali pada pukul 1:00 tengahari. Semasa trekking dari Himalaya ke Deurali, kami melalui jalur yang ditutupi salji, tetapi pemandangan memang menakjubkan

Himalaya 2990 meter.





Dinding batu yang menyerupai patung Budha.



        Di Deurali 2590 meter salji masih menyeliputi bumi dan suhu agak dingin. Menurut guide, salji masih tebal di Machhapuchhre Base Camp 3700 meter (MBC), namun trek ke ABC masih mampu dilalui pendaki.

Bermain sementara menunggu teman yang lain. 
        Hari ke tujuh adalah hari target kami, iaitu menjejakkan kaki di Annapurna Base Camp. Kami memulakan trekking seawal jam 7:45 pagi dan sampai di MBC pada pukul 10:10 pagi. Di sini kami berehat dan minum untuk memanaskan badan. Perjalanan ke MBC menyusuri trek bersalji yang agak tebal. Menurut guide jika kita mampu untuk sampai ke Machhpuchhre Base Camp (MBC) peluang meneruskan perjalanan ke ABC adalah tinggi. Setengah jam kemudian kami meneruskan perjalanan ke ABC dan sampai di sana kurang lebih jam 12:45 tengahari. Di sepanjang trek menuju ABC kami menyusuri trek bersalji dan sesi fotografi melambatkan perjalanan.


 




Terima kasih Uncle Burn buatkan milo panas

Machhapuchhre Base Camp (MBC)




Annapurna Base Camp

Makan tengahari di ABC
        Kami sampai di ABC pada pukul 12:45 tengahari. Setelah makan tengahari kami kembali turun melalui trek yang sama ke Deurali. Kami bergerak turun sekitar jam 2:30 petang dan sampai di Deurali pada pukul 5:00 petang. Kami terus berkemas dan turun ke Himalaya untuk bermalam dan sampai di sana kurang lebih jam 6:30 petang.
       Hari ke lapan trekking kami menuju ke Chomrong. Perjalanan dijangka mengambil masa kurang lebih 7 jam. Kami memulakan perjalanan turun pada pukul 9:30 pagi, sampai di Dovan pada pukul 11:00 pagi dan berehat di sana selama 20 minit. Kemudian kami meneruskan perjalanan turun dan sampai di Bamboo pada pukul 12:15 tengahari, kami berehat di sini selama 15 minit. Seterusnya kami ke Sinuwa dan makan tengahari di sana pada pukul 1:50 petang. Kami meneruskan trekking pada pukul 2:50 petang turun ke Chomrong dan sampai di sana sekitar jam 5:00 petang.



Cara menyampaikan cinta pada alam sangat unik.






Di sini sejarah tercatat..

Kasut yang baik akan membawa kita ke tempat yang baik.


       Hari ke sembilan trekking, kami menuju ke Jhinudanda 1780 meter. Perjalanan dianggarkan memakan masa sejam sahaja. Tujuan kami bermalam di Jhinudanda adalah untuk merehatkan badan dan mandi air panas di kampung ini. Kami meneruskan perjalanan turun dari Chomrong pada pukul 9:30 pagi dan sampai di guest house di Jhinudanda pada pukul 10.45 pagi.

Perjalanan turun ke Jhinudanda.


        Selepas check in dan makan tengahari di guest house, kami terus turun ke bawah di mana terletaknya 3 kolam air panas bersebelahan sungai untuk mandi-manda. Perjalanan turun ke sungai memakan masa sekitar 20 hingga 30 minit. Ticket masuk ke kolam air panas dikenakan sebanyak 50 rupie seorang.

Guest Houst di Jhinudanda

Counter ticket ke kolam air panas.

Kolam air panas yang terletak bersebelahan sungai.

Kolam air panas di Jhinudanda.
         Hari ke sepuluh trekking kami terus turun ke Syuli Bazzar 1220 meter, melalui New Bridge. Kami bergerak turun seawal jam 7:30 pagi dan singgah bersarapan di pertengahan jalan di New Bridge pada pukul 8:30 pagi. Kami meneruskan trekking pada pukul 9:45 pagi dan sampai ke Shiwai pada pukul 12:30 tengahari. Di Shiwai kami menyewa jeep menuju ke Nayapul dan sampai di sana kurang lebih pada pukul 2:00 petang. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pokkara dengan menaiki van dan sampai di sana pada pukul 4:00 petang.

"Jumpa lagi Annapurna Range"



         Perjalanan menaiki jeep dari Shiwai menuju Nayapul akan menjimatkan masa 5 jam trekking. Sebuah jeep boleh memuatkan 8 hingga 10 orang dan disewa dengan bayaran 3000 rupie. Terima kasih Allah.

Nota:
1- Persediaan mental dan fizikal amat penting untuk trekking ke sini.
2- Kelengkapan peralatan dan pakaian untuk trek bersalji, (kasut, sweater, glove, stockin, baju panas seperti long john, cap, stick, head lamp, spec hitam, day crime, lip gloss, vitamin dan ubat-ubatan).
3- Membawa panel solar dan power bank amat dicadangkan (charge handset di guest house pergunungan dikenakan bayaran).
4- Breafing setiap pagi sebelum memulakan trekking, untuk mengelakkan peserta tersasar guest house, memandangkan jarak perjalanan yang jauh menyebabkan peserta tidak bergerak sekumpulan.
5- Ambil insurans bagi pendaki yang tidak pernah mendaki gunung yang melebihi 4000 meter.
6- Minum banyak air masak sepanjang trip mendaki.

14 ulasan:

Unknown berkata...

Kak ju, rindu saat-saat kita semua disini..sekali Tuhan sampaikan kita kembara disini..sujud atas salji..kembara ini takkan ada hentinya..ketika itu hanya Tuhan yang mengerti..

Jurimahmohdariffin berkata...

hahahaha...orang kata dunia ni luas, tengok gambar banyak tempat cantik, tapi kalau tengok dengan mata sendiri lagi cantik.

Nepalplanettreks berkata...

Sanjib picked us up from the airport when our flight arrived 12.4.2015. He took us to our hostel, and visited us again the next morning, taking us to various places to get final provisions prior to our trek. His office is very nice and he served us tea.

He picked us up the morning of our flight to Lukla. Upon arrival in Lukla, we met our porter and we had breakfast. The cost of our trek was extraordinarily competitive and everything was included. The only thing I had to pay for was if I wanted something like a candy bar while trekking–and then only if it weren’t a scheduled meal or break. I honestly feel we had the best deal available for this trek in Nepal.

Sanjib commands a certain amount of respect from the Nepalese and other guides. He is very tall and in excellent shape. He seems known by everyone on the trail, from the teahouse owners to the other guides to airport personnel. It seemed as if he arranged everything in advance, getting us excellent lodgings in teahouses. Each of our dinners came with pomegranate seeds and tangerines–but no one else in the dining area had these. To this day, I don’t know where Sanjib found this stuff.

My travel partner and I are 57 and 53 years old respectively. Sanjib did not push us to make our miles in any amount of time. It was a leisurely pace, although still very difficult. He explained many of the sites and cultures. He knew everything it seemed. His English was good enough where we had absolutely no problems with communication.

Sanjib has an excellent sense of humor, and even with the extreme difficulty, I found something to laugh about daily. On the day from Tengboche to Lobuche, I ended up very ill. I couldn’t even carry my pack. I would say this is one of the sickest I’ve ever been. When we reached Lobuche, I immediately laid down under two sleeping bags and two huge wool blankets. I could not get warm. I had no appetite.

Shortly after, Sanjib appeared with a bowl of porridge and cup of tea. He very calmly but sternly explained that it was necessary I choke this down if I had to. He left. I choked it down, and within 1/2 an hour, my strength began returning and I started tow arm up. The next day I woke up about 80% of my usual strength, able to continue on to Gorekshep. It wasn’t until later I found out we were headed out in a helicopter the next morning if I woke up in the same condition.

On our descent, while in Namche, the earthquake struck. This isn’t a review of the earthquake, so I’ll say no more about that event. Sanjib decided, along with my travel partner (I was overruled) to head out the next morning to Phak Ding. The trek to Phak Ding was treacherous, with earth clearly waiting to slide off the mountain. We reached a landslide area that destroyed the trail, so we had a vertical climb up and around this landslide.

The ground we had to climb was very loose and I was fearful it would not hold our weight. Sanjib made steps with his feet, after taking my pack, and assisted me with getting to the top. I was fearful, knowing I left a kid back at home.

emi moontel berkata...

Assalam, Maaf mencelah... Boleh saya dapatkan travel agent contact number untuk trip ABC ni? Thanks.

Jurimahmohdariffin berkata...

wsalam emi, kami pengambil guide direct di pokkara,(walk in). jika ini kali pertama anda kesini, saya cadangkan ada gunakan khimat tour agency yang mengendalikan perkhimatan trekking kerana mereka menyediakan trip yang bagus. saya cadangkan agency (gorkha international travels and treks) manegernya susil juga kenalan saya.

Unknown berkata...

assalam.. nk tnya sy brcdg utk trkking scr solo.. bole sy tahu x prlukn ke insurns kesihtn utk trekking kesn.. atau insuran ape2 pn bole jekk.. trima kasih..

Jurimahmohdariffin berkata...

wsalam..jika saudara pernah mendaki gunung melebihi ketinggian 4000 meter, saya rasa x perlu. ketinggian abc cuma 4130 meter sahaja. pada pendapat saya ianya berada di tahap sederhana tinggi dan trekking agak mudah. tetapi sekiranya saudara pernah di serang ams semasa mendaki gunung di ketinggian 3500 meter, lebih baik saudara ambil insurans kerana saudara travel solo.

mojhi berkata...

Find the best deals to book Annapurna Base Camp Trek trips online at mojhi.com site. Compare and book the right package, to experience the best trekking experience of your life. Expert tour guide, comfortable accommodation and healthy food arrangements bundled with every package.

Unknown berkata...

Indah digambarkan butiran perjalanan

Jurimahmohdariffin berkata...


tiada apa yang dapat di bohongi, kerana tempat itu memang indah.

fiza berkata...

Assalammualaikum...boleh saya tau berapa kos untuk ke ABC ni yer? saya suka baca blog ni yang memberi gamabran indah dan tidak menakut-nakutkan mereka yang baru nak mula berjinak-jinak dengan hiking..

Jurimahmohdariffin berkata...

wsalam fiza, kami collect seorang rm2.5k, tidak termasuk flg ticket. duit tu dah cover makanan yang kami bawa dari sini seperti sardin, ikan, maggi dan sebagainya, insuran, visa dan extra duit tu kami bagi tips untuk porter dan bayar makanan di luar trek.

fiza berkata...

ooo...waktu akk pergi tu..berapa USD pakejnya ya kak. saya ada reiki satu guide ni..ramai gak orang malaysia dia bawa..even dh boleh ckp melayu dh dia..dia bagi USD550 which is..around 2.3k. tapi yang dia bagi ni bukan trek via Poon Hill..kalau Via Poon Hill lgi mahal..

Jurimahmohdariffin berkata...

pakage kami kurang lebih rm 1700, cover poon hill dan annapurna base camp dan makan atas trek. kami collect rm2.5 k, extra tu kami buat insurans (insuran k ju x ambil) buat visa, beli makanan sikit untuk tambahan, makanan luar trek, dan duit tips tuk porter.