Saya bersama 3 teman telah ke puncak Daecheongbong pada akhir September 2013. Kami memulakan perjalanan dari Gimpo International Airport sekembalinya kami dari Jeju Island. Dari Gimpo Airport kami mengambil Bas Express ke Sokcho Terminal Bas dan perjalanan mengambil masa kurang lebih 3 jam setengah. Dari Terminal Bas Sokcho kami meneruskan perjalanan ke Bandar Sokcho dengan menaiki bas tempatan dan di Sokcho kami tinggal di The House Hostel. Hostel ini terletak berdekatan Intercity Bas Stesen bandar Sokcho.
Bergambar kenangan bersama pelancong Indonesia. |
Osaek starting point trekking. |
Pokok-pokok di Taman Negara Seorak sudah mulai bertukar warna semasa saya di sana, mengisyaratkan musim luruh akan tiba, namun hutan kelihatan cantik dan berbeza dari hutan Malaysia.
Kami sampai di puncak tertinggi Gunung Seorak iaitu Daengcheongbong 1708 mdpl setelah trekking hampir 5 jam. Cuaca sangat cerah dan cantik semasa kami di puncak pada petang itu. Kami juga merakamkan gambar kenangan di puncak bersama-sama pendaki tempatan yang ramah.
Bergambar kenangan bersama pendaki tempatan. |
Kemudian kami turun untuk bermalam di shelter yang berjarak kurang lebih 600 meter dari puncak. Di sini masalah bermula bila kami tidak dibenarkan menginap di shelter kerana kami tidak "booking" terlebih dahulu. Dari pembacaan di internet mengatakan tempat tinggal di shelter tidak perlu "booking", "first come first serve". Kemudian kami ke Shelter ke 2 setelah disaran oleh pendaki lain, namun seorang pendaki mencadangkan kami ke shelter ke 3 yang berjarak kurang lebih 100 meter untuk menginap. Pendaki tersebut menawarkan diri untuk bertanya kepada pengawal Shelter supaya menempatkan kami di sana. Memandangkan bilangan pendaki agak berkurangan, dia mengatakan berkemungkinan besar kami akan dibenarkan menginap di sana.
Jalan turun ke shelter |
Alhamdullillah, akhirnya kami berjaya bermalam di shelter ke 3 ini atas bantuan pendaki tempatan yang kami jumpa di Puncak Daengcheongbong. Shelter ini terdiri dari bangunan tiga tingkat dan boleh muat seramai 200 pendaki. Di hadapannya terdapat balcony dan disediakan juga meja, bangku dan juga paip air untuk pendaki memasak dan makan sambil melihat keindahan alam. Terdapat juga ruang yang besar di dalam shelter untuk pendaki memasak jika cuaca sejuk atau musim salji namun kami memilih masak di luar kerana berbagai bau masakan terhidu semasa kami di dalam ruang memasak. Di dalam shelter juga terdapat 2 bilik persalinan.
Ruang masak dan makan. |
Cuaca di luar sangat sejuk walaupun di musim panas. |
Kami masak dan makan di sini sambil layan sunset. |
Sunset. |
Mendaki sambil berkelah. |
Dalam perjalanan turun kami menyusuri sungai dan air terjun, antaranya air terjun Yukdan dan air terjun Biryeong. Pemandangan sangat indah, tambahan pula trek yang dibina dari kayu memudahkan perjalanan menyeberangi sungai.
Trek sepanjang perjalanan turun sungguh indah menyusuri sungai yang jernih menyebabkan kami mengambil masa yang agak lama kerana merakam gambar. Tambahan pula kami mempunyai banyak masa dan tidak terburu-buru. Pelantar kayu yang dibina kukuh di tebing batu gunug dijaga rapi memberi keselesaan kepada pendaki.
Akhirnya kami sampai di Sogongwon pintu masuk Taman Negara Seorak dan di sini terdapat Kuil Sinheungsa. Di Kuil Sinheungsa ini terdapat patung Buddha (The Great Unification Buddha) yang dibina setinggi 14.6 meter. Terdapat juga kedai-kedai cenderamata, restoran dan gerai makanan di sini. Memandangkan waktu masih awal semasa kami tiba di pintu Taman Negara Seorak, kami mengambil keputusan untuk menjejakkan kaki ke salah satu lagi puncak Gunung Seorak iaitu Puncak Gwongeumsong.
Patung Buddha (The Great Unification Buddha) setinggi 14.6 meter. |
Kedai cederamata dan gerai makan. |
Stesen Cable Car ke Puncak Gwongeumseong. |
Untuk sampai ke puncak sebenar Gwongeumseong, kami perlu memanjat batu-batu kurang lebih 10 minit. Akhirnya kami sampai di salah satu lagi puncak Gunung Seorak iaitu Puncak Gwongeumseong 875m. Dari puncak setinggi 875m ini kami dapat melihat dengan jelas Bandar Sokcho.
Puncak Gwongseumseong. |
Setelah merakamkan gambar kenangan, kami terus turun ke bawah dengan menaiki "cable car" dan kemudian kami mengambil bas pulang ke Bandar Sokcho.
Nota:
1- Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk melancong ke Korea.
2- Tidak memerlukan guide untuk ke puncak Daengcheongbong di gunung Seorak.
3- Bayaran masuk Taman Negara Seorak 3500 won bagi seorang pengunjung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan