Bercuti ke Chiang Mai memang telah lama saya rancang namun tidak pernah kesampaian kerana kesibukan saya mengatur trip mendaki sehinggalah saya ke sana secara kebetulan. Rancangan awal saya ke sempadan Cambodia melalui Buriram pada awal March 2017 diubah saat akhir kerana beberapa sebab. Saya ke Chiang Mai melalui Bangkok dengan menaiki keretapi berjarak 700 kilometer di utara Thailand dan mengambil masa 12 jam. Trip kali ini saya berdua bersama teman yang telah berhenti mendaki gunung kerana masalah lutut. Kami sampai di Chiang Mai awal, sekitar 5:30 pagi. Setibanya di stesen keretapi, kami terus ke guest house yang terletak di Loy Kroh Road berhampiran Night Bazzar. Setelah berehat dan membersihkan diri, kami menyewa sebuah motosikal dan tujuan pertama kami adalah melawat Pha Chor Canyon.
Pha Chor Canyon terletak di Taman Negara Mae Wang. Dengan mengunakan "waze", kami menuju ke taman negara ini yang mengambil masa sekitar sejam lebih dari bandar Chiang Mai. Ticket masuk ke sini adalah THB 100 seorang dan sebuah motosikal pula THB 20. Untuk sampai ke Pha Chor Canyon ini kami perlu trekking sejauh 400 meter dari tapak parkir. Setelah melawat Pha Chor Canyon, kami pulang ke bandar Chiang Mai dan malamnya kami penuhi dengan menjamu mata di Night Bazzar dan memanjakan badan dengan Thai massage.
Chiang bermaksud Bandar dan Mai bermaksud Baru. Jadi, Chiang Mai membawa maksud Bandar Baru dan ia merupakan bandar terbesar di utara negara Thailand. Berbagai-bagai activity boleh dilakukan di sini. Keesokkan paginya kami merancang ke Doi Ithanon. Saya mengambil "open trip pakage" dan hari kedua ini saya pergi tanpa teman kerana dia kurang sehat dan memerlukan rehat. Saya menaiki van bersama pelancong asing dan kami bertolak seawal 7:00 pagi menuju ke Taman Negara Doi Inthanon yang mengambil masa sekitar sejam lebih. Tempat pertama kami pergi setelah sampai di taman negara ini adalah di 2 Wat berkembar. Wat raja dan permaisuri ini dihiasi taman bunga berwarna warni dan dijaga rapi di hadapannya.
Kemudian kami dibawa trekking sekitar 20 minit menyusuri pelantar kayu menuju ke point paling tinggi di Doi Inthanon ini. Gunung (Doi) Inthanon ini merupakan gunung tertinggi di Thailand dengan ketinggian 2565 mdpl. Taman Negara Doi Inthanon pula diambil sempena nama raja terakhir yang memerintah Chiang Mai iaitu Raja Inthawichayanon.
Kemudian kami trekking di Kew Mae Pan Trail. Trail di Doi Inthanon ini sepanjang sekitar 2.5 kilometer dan masa yang diperlukan untuk menghabiskannya antara 2 hingga 4 jam. Dipermulaan trek kami menyusuri hutan dan agak redup, melalui 2 buah air terjun dan melalui kawasan terbuka di mana kita dapat menyaksikan pemandangan indah bumi Chiang Mai. Kami sudahi trekking di sini sekitar 1 jam 50 minit sahaja.
Selesai trekking kami menjamu selera di sebuah restoran dan kemudiannya kami dibawa ke Local Market yang menjual buah-buahan, makanan ringan dan cenderamata. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Air Terjun Sirithan. Dari tempat parkir, kami perlu trekking turun sekitar 100 meter untuk melihat Air Terjun Sirithan ini.
Akhir sekali kami singgah di Air Terjun Wachirathan yang popular di Doi Inthanon. Setelah rehat di air terjun ini kurang lebih 30 minit, kami kemudian terus berangkat pulang ke bandar Chiang Mai dan sampai di sana pada pukul 5:00 petang.
Malam itu kami ke Night Bazzar lagi. Hari ini hari jumaat dan ada pasar malam yang menjual makanan halal tempatan di hadapan Masjid Hidayatul Islam di Halal Street Hilal Town berhampian Night Bazzar. Sememangnya terdapat banyak kedai makanan halal di kawasan Halal Street Hilal Town, Kalare Night Bazzar dan Anusarn Night Bazzzar. Hari ketiga di Chiang Mai, saya dan teman mengambil "open pakage" ke Chiang Rai. Jadual perjalanan bermula pada pukul 7:00 pagi. Kami menaiki van bersama pelancong asing menuju Chiang Rai yang mengambil masa sekitar 3 jam lebih. Setelah sejam berangkat, kami singgah sebentar di Hot Spring Maekajan.
Di perhentian pertama ini terdapat tandas, kedai cenderamata dan kedai makan. Terdapat juga peniaga yang menjual telur ayam dan telur burung puyuh yang boleh direndam dan masak di air panas ini. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Chiang Rai dan singgah di White Temple.
White Temple ini dibina oleh seorang jurutera terkenal Thailand dengan modal sendiri tanpa dibiayai oleh kerajaan. Reka bentuknya yang berseni dan dihiasi kaca dan cat berwarna putih agak istimewa kerana kebanyakan wat di Thailand berwarna kuning keemasan. Ticket masuk ke temple ini dikenakan sebanyak THB 50 seorang dan hasil ticket itu digunakan untuk membayar gaji sekitar 100 orang pekerja yang menjaga temple tersebut. Kemudian kami ke Golden Triangle.
Golden Triangle adalah sempadan 3 buah negara iaitu Thailand, Laos dan Burma. Pada masa dahulu kawasan Golden Triangle ini merupakan kawasan penanaman candu dan dadah. Mereka yang terlibat dalam sektor jual beli candu dan dadah ini menggunakan emas sebagai pertukaran dan akhirnya kawasan ini digelar Golden Triangle walaupun activity ini telah diharamkan dan dihentikan. Kami menaiki bot menyusuri Sungai Mea Khong. Ticket menyeberangi border ke Laos adalah THB 30 seorang (tidak perlu guna passport).
Sampai di daratan Laos, pelawat dijamu untuk mencuba "animal liquor" atau arak binatang secara percuma. Di daratan Laos ini terdapat deretan kedai yang menjual beg kulit, pakaian, perhiasan, cenderamata dan berbagai lagi. Harganya pula lebih murah dari di Thailand dan yang istimewanya tiada cukai dikenakan ketika barangan yang dibeli dibawa masuk ke Thailand. Kemudian kami meneruskan perjalanan menaiki bot untuk melihat negara Burma tetapi kami tidak singgah di daratan Burma. Setelah pulang ke daratan Thailand kami dibawa menjamu selera di sebuah restoran yang menyediakan hidangan tempatan dan "hidangan vegi" bagi pelancong beragama islam. Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke bandar Mae Sai. Mae Sai adalah point paling utara di negara Thailand dan bersempadan dengan negara Burma.
Di bandar Mae Sai terdapat banyak kedai-kedai yang menjual batu-batu perhiasan diri. Bandar Mae Sai dan Burma dipisahkan oleh sebatang sungai di hadapan pintu gerbang ini. Kami kemudian ke destinasi terakhir iaitu melawat Karen Long Neck Village. Ticket masuk ke Long Neck Karen Village ini adalah THB 300 seorang dan wang ticket tersebut dipulangkan oleh kerajaan Thailand kepada penduduk kampung ini. Jadi semasa kita melawat kampung ini mereka akan melayan ramah dan mesra. Pelancong bebas merakam gambar bersama penduduk kampung. Terdapat banyak deretan gerai menjual pakaian, hiasan dan cenderamata di kampung ini.
Keistimewaan kampung Long Neck Karen ini adalah kerana wanita-wanitanya dipakaikan dengan perhiasan gelang leher yang agak tinggi. Mereka dipakaikan gelang ini seawal usia 5 tahun. Setiap tahun gelang di leher ini akan ditambah sehingga usia mereka mencecah 25 tahun jika tidak berkahwin. Sekiranya gadis-gadis di kampung ini berkahwin sebelum usia mencecah 25 tahun, gelang itu tidak akan ditambah. Tujuan hiasan gelang itu dipakai adalah untuk kelihatan cantik bila berleher jinjang. Menurut pemandu pelancong kami, sebenarnya leher mereka tidak jinjang tetapi bahu mereka jatuh kerana menahan beban yang berat dari gelang-gelang tersebut. Alasan lain mereka dipakaian gelang di leher ini adalah untuk mengelak dari dibaham harimau pada masa dahulu. Namun sekarang setelah arus kemodenan menular ke kampung, tradisi memakai gelang di leher ini bukan lagi merupakan satu kemestian tetapi terpulang kepada hak individu dan keluarga masing-masing.
Bandar Chiang Rai tercipta dari perkataan Chiang bermaksud bandar dan Rai mengambil nama salah seorang raja yang memerintah Chiang Rai satu masa dahulu. Bandar Chiang Rai terletak 860 kilometer di utara Bangkok. Selesai lawatan ke Kampung Long Neck Karen, kami kembali ke Chiang Mai dan sampai di sana sekitar jam 9:00 malam. Saya dan teman terus singgah di Saturday Night Market yang diadakan setiap malam sabtu. Di pasar malam ini terdapat beratus-ratus peniaga yang menjual barangan hiasan, pakaian, makanan dan berbagai lagi. Setiap malam ahad pula ada Night Market di pintu gerbang Chiang Mai bermula 4:00 petang hingga tengah malam.
Hari keempat di Chiang Mai, saya dan teman mengujungi Wat Phra That di Doi Suthep yang popular di Chiang Mai. Wat ini terletak di atas Gunung Suthep yang berjarak sekitar 40 minit perjalanan menaiki kereta dari bandar Chiang Mai. Ticket ke wat ini adalah THB 30 seorang dan jika pelancong menggunakan khidmat lif, tambahan THB 20 dikenakan seorang. Dalam perjalanan pulang dari Wat Phra That kami singgah sebentar di air terjun Huay Kaew.
Saya berharap akan ke sini lagi bersama teman-teman untuk melihat keunikan budaya dan keindahan Chiang Mai dan Chiang Rai di masa akan datang. Terima kasih Allah.
Nota:
1- Ticket masuk ke Doi Inthanon National Park adalah THB 300 untuk seorang pelancong asing.
2- Trekking di Kew Mae Pan Trail memerlukan khimat guide tempatan (THB 200 - max 10 pendaki)
3- Ticket masuk ke White Temple adalah THB 50 seorang.
4- Ticker menyeberangi border ke Laos adalah THB 30 seorang.
5- Ticket melawat Karen Long Neck Village adalah THB 300 seorang.
6- Ticket ke Wat Phra That di Doi Suthep adalah THB 30 seorang.
7- Jika suka bershopping dan membeli barang perhiasan diri dari batu permata, barangan unik, pelik dan menarik, pelancong harus membawa banyak duit jika ke sini.
8- Contact kenderaan dan pemandu, kereta: Suwit (+66947382168) van: Tom (+66932858985).
16 ulasan:
Assalammu'alaikum...haaaa akhirnya, berjumpa saya dgn blog yg cerita pasal native, culture, scenery kat chinag mai n chiang rai ni... Puan..boleh saya tahu, puan ke sini bulan berapa ya?
wsalam....terimakasih singgah di blog saya. saya ke sini awal march, tetapi saya rekomen anda kesini pada disember hingga awal february di mana cuaca lebih dingin dan bunga sedang berkembang.
ooo...ok ok ..terima kasih..:)
sama-sama
salam, boleh saya tahu amik tour package dengan which tour agent?
salam...
saya ambil pakage dikedai sewa motor di chiang rai. nama kedai sewa motor saya sudah lupa, tetapi banyak yang menawarkan pakage dan tak susah mencarinya. saudari boleh pilih pakage yang menyenaraikan tempat-tempat yang saudari nak pergi dan harga pun berpatutan.
Salam cik/puan,
Tiket keretapi tu boleh beli walk in ke..tq
wsalam, saya beli online. kalau beli walk in, boleh..tapi bimbang dah sold out.
Salam,
Dari chiang mai nak ke chiang rai brp rm pakej nya?
wsalam...
pakage chiang rai 1 hari sekitar rm190, open pakage termasuk tiket masuk melawat long neck village (rm30)
Rasa mahu pgi la heheh pakai agensi pelancong atau backpacker?
Saya backpack aja sbb plan last minit. Tujuan asal nk ke sempadan cambodia melalui buriram.
Hi.. Boleh tanya. Berapa km dari chiang mai ke chiang rai?
hi...jarak chiang mai dan chiang rai hampir 200km
Jika saya dgn anak2 kecil sesuai backpacker atau group package
hi salleh,
pada pandangan saya, jika dengan keluarga sesuai family atau group package. backpacker selalunya solo atau group kecil. ini cuma pendapat saya.
Catat Ulasan