Kenapa saya mendaki ? Pada mulanya sekadar mengisi masa dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh untuk menjaga kesihatan sehingga akhirnya saya jatuh hati pada alam. Jadi blog ini saya tulis sebagai sebuah catatan diari saya disamping berkongsi info dan pengalaman saya mendaki gunung. Saya selitkan juga beberapa tempat yang saya lawati, shopping dan jalan-jalan.Terima kasih kerana sudi membaca dan maaf sekiranya ada yang tersilap. "Singgah dalam perjalanan menuju destinasi abadi".
Sabtu, 20 Januari 2018
Pesta Bunga Chiang Rai
Kepada peminat bunga memang wajip mengunjungi Chiang Rai semasa pesta bunga ini berlangsung. Saya dan teman-teman turut mengunjungi pesta bunga ini dalam "trip memburu sakura" kami di Chiang Mai pada bulan january 2018. Jarak antara Chiang Mai dan Chiang Rai adalah sekitar 200 kilometer dan mengambil masa kurang lebih 3 jam memandu. Tahun ini pesta bunga ke 14 di Chiang Rai berlangsung dari 28 Disember 2017 sehingga 31 january 2018. Temanya pula adalah Bunga Tulip.
Kepada peminat bunga Tulip, inilah peluang melihat bunga Tulip menguntum indah berbagai warna. Kebiasaannya bunga yang tumbuh dengan kelasnya yang tersendiri ini cuma boleh dilihat di negara tertentu seperti Turki, Belanda dan beberapa negara yang mempunyai iklim empat musim. Namun negara Thailand berkongsi memberi peluang kepada pelancong Negara Asean menyaksikan keindahan bunga ini. Selain bunga Tulip, bunga Lily, Orkid, Rose dan berbagai bunga lain juga ditanam dan dihias indah secara melaut di pesta ini.
Yang menariknya tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung untuk masuk ke pesta bunga ini. Sekiranya anda ingin mengunjungi pesta bunga di Chiang Rai yang biasanya berlangsung pada Disember hingga akhir January tahun berikutnya, sila check dahulu jadual berlangsungnya pesta ini di internet. Sebagai bonus, pilihlah tarikh ke sini ketika musim bunga Sakura sedang berbunga. Bunga Sakura hanya berkembang kurang dua minggu sahaja dan ia biasanya berkembang pada bulan January di Chiang Mai dan Chiang Rai. Cubalah nasib anda ke sini semasa musim Sakura berkembang kerana hayatnya sangat pendek dan jika dia gugur, dia akan gugur langsung sehingga tinggal ranting.
Kebiasaannya pesta bunga di Chiang Rai berlangsung dari Disember hingga January tahun berikutnya manakala pesta bunga di Chiang Mai pula berlangsung pada bulan February, namun pembaca dinasihatkan memeriksa jadual pesta ini di internet untuk kepastian. Terima kasih Allah.
Nota:
1- Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk melancong ke Thailand.
2- Transport: 1-Suwit (kereta)-+66947382168, 2- Tom (van) +66932858985.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan