Terdapat tandas awam di kawasan pakir tepi jalan sebelum kami memasuki kawasan Pantai Piha. Kami berjalan ke arah Pantai Piha yang berpasir halus berwarna hitam. Pasirnya panas dan terdapat sebongkah batu besar yang dinamakan Lion Rock di Pantai Piha ini. Ia digelar Lion Rock kerana bentuknya yang menyerupai kepala singa. Ketinggian Lion Rock adalah 101 meter dan pengunjung boleh mendakinya untuk melihat keindahan Pantai Piha dari aras yang tinggi.
Mendaki ke had yang dibenarkan di Lion Rock ini mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja. Kami berehat di sana sekitar 30 minit dan selepas turun kami dibawa ke Air Terjun Kitekite yang berjarak sekitar 15 minit memandu dari Piha Beach.
Setelah sampai di tapak pakir di Air Terjun Kitekita, kami perlu trekking sekitar 30 minit untuk ke air terjun tersebut. Jalur trekking ke air terjun tersebut landai dan hampir 20 minit trekking, kami nampak Air Terjun Kitekite yang kelihatan bertingkat tiga. Kami juga nampak beberapa orang sedang gembira mandi manda di puncak air terjun yang cantik itu.
Kami berehat di air terjun ini sekitar 30 minit. Merakam gambar kenangan dan bermain dengan air terjun yang dingin ini seketika. Kemudian kami meninggalkan air terjun dengan peminatnya yang sedang mandi manda untuk pulang ke Bandaraya Auckland. Sampai di tapak pakir kami berehat sebentar menghilang penat dan mengeringkan peluh setelah trekking 30 minit lagi. Terdapat tandas di tapak pakir ini.
Tiada pengangkutan awam untuk ke Piha Beach ini. Pengunjung boleh ke sini dengan menyewa kenderaan atau mengambil pakage dari tour agency jika mahu ke sini atau pilihan lain seperti berbasikal. Terima kasih kepada Tivan dan Rosli yang ikhlas membawa kami ke sini, semoga kalian berjaya mencatur hidup di bumi indah di sana. Selesa menerokai Pulau Utara New Zealand ini. Pakir kereta dan tandas awamnya percuma dan bersih. Terima kasih Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan