Sabtu, 27 April 2019

Pulau Aur dan Pulau Dayang yang memikat



Bila bercerita tentang Pulau Aur dan Pulau Dayang, cuma satu yang saya akan kata, saya rekomen!. Kepada pencinta laut dan pemburu karang, jangan lepaskan percutian ke pulau ini. Saya dan tiga orang rakan berehat sambil bercuti ke Pulau Aur dan Pulau Dayang pada pertengahan bulan April 2019. Pada jam 11:00 pagi kami menaiki bot dari jeti yang dikenali penduduk setempat dengan nama Jeti Lazam atau Jeti Batu di Mersing. Perjalanan dari Jeti Lazam ke Pulau Aur mengambil masa sekitar 90 minit hingga 2 jam menaiki "speedboat". Hari itu pemandu bot kami tersasar hingga ke Pulau Tinggi kerana cuaca tidak begitu cerah dan pandangan  kurang jelas. Hanya berpandukan kompas dan pengalaman di laut akhirnya kami sampai di Pulau Aur pada jam 13:30 petang.



Setelah "checkin" di Sebukang Bay Resort, kami makan tengahari dan berehat. Jam 16:30 selepas minum petang, kami dibawa trekking ke Kampung Telok Berhala. Trekking ke Kampung Telok Berhala atau sekarang dikenali sebagai Kampung Sakinah mengambil masa sekitar 30 minit melalui jalur yang agak landai di tepi laut.  Dalam perjalanan ke sana kami melawat sebuah rumah penduduk kampung yang ramah mempelawa kami singgah di rumahnya. Setelah trekking sekitar 45 minit, kami sampai di Kampung Telok Berhala, terdapat balai polis, masjid, sekolah dan beberapa buah gerai. Kawasan perkuburan terletak di sebelah masjid. Mengikut cerita orang tempatan, dahulu, Pulau Aur pernah mempunyai penduduk sekitar 600 orang lebih tetapi jumlah penduduk sekarang cuma lebih seratus orang akibat dari penghijrahan penduduk ke tanah besar atas dasar ekonomi dan pendidikan.




.
Nama Kampung Telok Berhala diambil sempena terdapat sebuah bongkah batu besar yang berbentuk seperti seorang yang sedang duduk bersimpuh atas bukit di kampung itu. Di Kampung Telok Berhala ini kami mencuba "air batu campur tabur milo". Jam 19:00 petang kami kembali ke Sebukang Bay Resort dengan menaiki bot.








Hari kedua selepas sarapan kami dibawa melakukan aktivity snorkling di tiga tempat iaitu di Pulau Lang, Telok Pahanan dan Telok Mariam. Snorkling di sini seperti melawat taman di dasar laut. Karang- karang yang indah dan berwarna warni memukau pandangan kami. Walaupun dari atas bot, karang-karang ini jelas kelihatan. "Table coral" terdapat banyak di kawasan Pulau Aur, sayangnya saya tidak mempunyai camera yang boleh berfungsi di dalam air. Sekitar jam 12:00 tengahari, kami kembali ke Sebukang Bay Resort untuk makan tengahari dan berehat.







Jam 16:20 selepas minum petang kami ke Pulau Dayang. Pulau Dayang mempunyai pantai pasir putih halus. Coralnya juga sungguh cantik memukau. Jika pengunjung tidak berminat untuk hiking, mereka boleh snorkling dan mandi manda di Pulau Dayang. Kami memilih untuk hiking di Pulau Dayang sekitar 20 minit menuju ke Bukit Letak Semalu. Kami memanjat bongkah-bongkah batu besar termasuk sebuah bongkah batu yang tinggi dengan menggunakan tali.





Wow!! sampai di Puncak Bukit Semalu, saya sedikit terpaku melihat indahnya pemandangan di bawah sana. Air laut di pantai Pulau Dayang jernih berkaca. Kami berehat agak lama di atas Bukit Letak Semalu ini sambil merakam gambar dan menjamu mata. Pemandangan dari atas ini sungguh mempesonakan.






Hampir sejam di atas bukit ini kami bergerak turun melalui jalur yang sama. Saya singgah sebentar di rangka tulang ikan paus yang terdapat di belakang Pulau Dayang Blues Resort. Menurut guide rangka tulang tersebut mungkin anak ikan paus.


Sebelum pulang saya meminta guide singgah sebentar di Kampung Telok Berhala untuk mandi dan bergambar di buaian air. Malam itu makan malam kami adalah BBQ.





Selesai makan malam kami cuma berehat, bercerita di jeti dan merakam kenangan. Jika pembaca ingin percutian bersama keluarga, atau menghabiskan masa bersama kawan-kawan tanpa gangguan, di sini mungkin tempat yang sesuai. Di Sebukang Bay Resort, liputan internet dan wifi sangat rendah berbanding di Kampung Telok Berhala dan adakalanya langsung tak dapat liputan. Jadi, kita mempunyai masa yang banyak bersama teman-teman. Sebukang Bay Resort juga menyediakan penginapan serba sederhana dan ringkas.







Keesokan harinya selepas sarapan kami berangkat pulang sekitar jam 10:00 pagi dan sampai di jeti Lazam pada jam 11:30 pagi. Kami kemudian kembali ke Johor Baharu untuk bermalam di sana sebelum pulang ke Penang. Saya pasti ke sini lagi jika ada rezeki. Terima kasih Allah.


Nota:
1- Masa sesuai ke pulau ini adalah dari April hingga October.
2- Contack: Lily +60127922134

8 ulasan:

akubudakgembeng berkata...

Assalamualaikum, hai.... seronok sekali membaca blog saudari.. sy begitu teruja untuk pergi ke sesuatu tempat yang saudari share di sini. Lebih-lebih lagi bercuti di pulau. memandangkan saya anak jati Mersing sendiri belum pernah merasai pengalaman mcm tu..hihihi... insya Allah satu hari nanti..

jika ingin ke Mersing lagi saudari bolehla mencuba mendaki gunung Arong walaupun hanya berketinggian 898 kaki shj tapi dapatla lihat pemandangan yang indah dari situ... :)

Jurimahmohdariffin berkata...

Wsalam..terima kasih singgah di blog saya. In sya Allah akan ke mersing lagi, banyak lagi pulau indah di sana yang ingin saya kunjungi dan jika ada rezki memang berhajat mendaki Gunung Arong di daerah saudari itu.

mimi berkata...

Aslm... Kami sgt teruja membaca blog saudari.. Kami merancang utk ke pulau aur.. Dan akn cuba contact ntel yg tertera di blog saudari...

Jurimahmohdariffin berkata...

Wsalam..
Semoga info yg saya share mmberi mafaat. Bercutilah ke aur, memang rekomen.

SarahWahab berkata...

Assalamualaikum. Saya ingin tanya, contact yang akak sediakan di nota itu, adakah contact no. untuk berurusan dengan orang di pulau itu?

Jurimahmohdariffin berkata...

Wsalam. Ya.. Saya ambil pakage dengan dia.

Tanpa Nama berkata...

Sya bru balik dr Sebukang resort... bole.trus direct contact owner pn rumizi 0197300815

Jurimahmohdariffin berkata...

Terima kasih menbah info..
Moga bermafaat..