Selasa, 29 Oktober 2019

Trekking ke Air Hitam Dam Penang



Empangan yang membekalkan air untuk keperluan penduduk Pulau  Pinang ini bukan sakadar menakung air untuk melangsungkan kehidupan di Penang, Dam Air Hitam ini juga direka sebagai tempat riadah untuk merehatkan minda dan menjaga kesihatan. Saya dan seorang teman ke sini pada pertengahan October 2019. Kami memandu awal pagi menuju Bandar Air Hitam. Di pasar pagi Bandar Air Hitam terdapat kawasan pakir kereta dan pendaki boleh memakir kenderaan di sini. Pendakian ke Empangan Air Hitam boleh bermula di sini memgikut jalan mini tar berdekatan dengan Tokong Kek Lok Si. Sekiranya tempat pakir penuh, kita boleh memakir kenderaan di kawasan yang sesuai sekitar kawasan perumahan atau di tempat yang selamat. Memandu menuju ke Empangan Air Hitam, pemandu harus berhari-hari kerana melalui jalan mini tar yang berbelok- belok.


Teman saya yang mempunyai masalah lutut terus memandu melalui jalan mini tar munuju ke Air Hitam Dam. Terdapat pondok polis, kawasan pakir kenderaan percuma diatas. Sampai di atas kami cuma jogging mengelilingi empangan air tersebut. Di sekeliling empangan tersebut dibina mini tar yg sesuai untuk berjogging. Kami menghabiskan masa sekitar setengah jam untuk membuat satu pusingan. 





 





Panjang trek yang melingkari Air Hitam Dam sekitar 2.8 kilometer dan kami mengambil masa sekitar setengah jam berjalan laju sambil merakam gambar dan berbual. Air Hitam Dam sesuai untuk riadah ringan hujung minggu sambil mengeluarkan peluh.


Tiada ulasan: