Perjalanan ke Furong Town mengambil masa sekitar sejam setengah dan kami sampai di sana pada jam 11:00 pagi. Kami menyewa sebuah rumah di sini untuk bermalam. Furong Town atau Furong Village terletak di wilayah Yongshun dan keistimewaan bandar ini adalah air terjun di tengah bandarnya. Ketika kami sampai hujan masih renyai dan tuan rumah menyarankan kami masuk di kawasan air terjun di waktu malam kerana anaknya yang boleh bertutur Bahasa Inggris akan balik pada jam 19:00 petang nanti. Kami bersetuju dan petang itu kami hanya bersiar-siar di kawasan bandar Furong sahaja.
Terdapat deretan gerai menjual berbagai jenis barangan di bandar ini. Kebanyakkan barangan makanan seperti buah, jeruk dan makanan kering hasil sungai seperti ikan kering dan udang kering. Kota kuno yang dibina dengan kayu ini kelihatan klasik dan unik kerana usia kota ini melebihi 2000 tahun dan bangunan ini masih kekal kuat tegak berdiri.
Furong Town merupakan bandar purba yang berusia lebih 2000 tahun dan masih dikekalkan dengan adat dan tradisi penduduk asal sebagai tarikan pelancongan. Petang itu kami bersiar di sekitar bandar dan berharap dapat melihat air terjun yang menyerikan bandar ini, namun setiap ruang dan lorong ke sana ditutup dan dijaga polis.
Masuk melawat ke air terjun di Furong Town dikenakan bayaran ticket sebanyak 120 Yuan dan masa lawatan adalah dari jam 08:00 pagi hingga 18:00 petang. Manakala di waktu malam pula percuma, maka setelah tuan rumah menawarkan diri membawa kami di waktu malam, kami langsung bersetuju. Kami mula melawat air terjun Furong pada jam 20:00 malam di temani tuan rumah dan anak perempuannya.
Kota purba ini disimbahi cahaya lampu berbagai warna setibanya kami di dalam. Terdapat deretan kedai di sini yang menjual berbagai barangan dan kami terus dibawa menyusuri jalan ke kawasan sedikit tinggi untuk melihat air terjun dari atas.
Air terjun Furong ini ada dua tingkat mengalir dari ketinggian 927 meter terjun setinggi 60 meter dan mempunyai lebar 40 meter. Berada di puncaknya kita dapat melihat air ini mengalir terus ke Sungai You Shui. Terdapat bangunan besar yang dikatakan istana raja oleh anak tuan rumah di sebelah air terjun tersebut. Kami dibawa ke setiap spot pemandangan untuk merakam gambar di bandar ini. Lawatan ke sini mengambil masa sekitar dua jam. Kami bergambar di setiap spot yang menjadi sudut terbaik untuk merakam gambar.
Di dalam bandar ini, selain deretan kedai menjual barangan seperti cenderahati, pakaian dan makanan terdapat juga tempat hiburan seperti karoeke, bar dan kelab malam. Keadaan di dalam kawasan berbayar ini sungguh meriah di waktu malam.
Furong Town merupakan bandar purba mesti lawat jika anda berkunjung ke Taman Negara Zhangjiajie. Selain kedudukanya yang hampir dengan Zhangjiajie, di mana pelawat boleh pergi pulang dalam masa satu hari, bandar kuno ini juga istimewa dan kurang dikunjungi pelawat berbeza dengan Bandar Fenghuang yang diasak dengan pelancong saban hari.
Hari 5
09:00 Berangkat ke Furong Town, van 100 Yuan seorang.
11:00 Sampai Furong Town, check in rumah sewa, masak dan lunch.
15:00 Bersiar di Furong Town.
20:00 Masuk Furong Ancient Village, malam free.
Nota:
Ticket Furong Town 120 Yuan (kawasan air terjun) 08:00 pagi hingga 18:00 petang.
Hari 6
08:30 Berangkat ke Fenghuang Ancient Town,van 100 Yuan seorang.
08:30 Berangkat ke Fenghuang Ancient Town,van 100 Yuan seorang.
4 ulasan:
bermanfaat banget infonya
masuk daftar list jalan-jalan
7 Patung Tertinggi dan Terbesar di Dunia
tq mr j.wong singgah di blog saya.
Wahh tempatnya enak ya,.
hi...
iya, bagus sekali viewnya, langsung aja ke sini jika bercuti ke zhangjiajie.
Catat Ulasan