Ahad, 10 November 2019

Furong Town kota purba air terjun



Setelah  melawat Zhangjiajie National Park, kami meneruskan perjalanan  ke Furong Town pada hari kelima. Kami bertolak pada jam 09:00 pagi, cadangan kami ke Yellow Stone Village dahulu sebelum berangkat, namun disebabkan hari itu hujan, kami terus melanjutkan perjalanan ke Furong Town dengan menyewa sebuah van. Jika menaiki bas, kami terpaksa ke Bandar Zhangjiajie dahulu dan kemudian mengambil bas ke Furong Town. Furong Town merupakan bandar purba dan menjadi terkenal setelah pengambaran filem pecah panggung "Furong Town" dilakukankan di sini. Nama asal bandar ini adalah  Wangcun Village turut bertukar kepada Furong Town akibat populariti filem tersebut. Dalam perjalanan ke bandar ini, kami singgah sebentar di Ladang Kiwi yang sedang mengeluarkan hasil.





Perjalanan ke Furong Town mengambil masa sekitar sejam setengah dan kami sampai di sana pada jam 11:00 pagi. Kami menyewa sebuah rumah di sini untuk bermalam. Furong Town atau Furong Village terletak di wilayah Yongshun dan keistimewaan bandar ini adalah air terjun di tengah bandarnya. Ketika kami sampai hujan masih renyai dan tuan rumah menyarankan kami masuk di kawasan air terjun di waktu malam kerana anaknya yang boleh bertutur Bahasa Inggris akan balik pada jam 19:00 petang nanti. Kami bersetuju dan petang itu kami hanya bersiar-siar di kawasan bandar Furong sahaja.



Terdapat deretan gerai menjual berbagai jenis barangan di bandar ini. Kebanyakkan barangan makanan seperti buah, jeruk dan makanan kering hasil sungai seperti ikan kering dan udang kering. Kota kuno yang dibina dengan kayu ini kelihatan klasik dan unik kerana usia kota ini melebihi 2000 tahun dan bangunan ini masih kekal kuat tegak berdiri.




Furong Town merupakan bandar purba yang berusia lebih 2000 tahun dan masih dikekalkan dengan adat dan tradisi penduduk asal sebagai tarikan pelancongan. Petang itu kami bersiar di sekitar bandar dan berharap dapat melihat air terjun yang menyerikan bandar ini, namun setiap ruang dan lorong ke sana ditutup dan dijaga polis.







Masuk melawat ke air terjun di Furong Town dikenakan bayaran ticket sebanyak 120 Yuan dan masa lawatan adalah dari jam 08:00 pagi hingga 18:00 petang. Manakala di waktu  malam pula percuma, maka setelah tuan rumah menawarkan diri membawa kami di waktu malam, kami langsung bersetuju. Kami mula melawat air terjun Furong pada jam 20:00 malam di temani tuan rumah dan anak perempuannya.



Kota purba ini disimbahi cahaya lampu berbagai warna setibanya kami di dalam. Terdapat deretan kedai di sini yang menjual berbagai barangan dan kami terus dibawa menyusuri jalan ke kawasan sedikit tinggi untuk melihat air terjun dari atas.




Air terjun Furong ini ada dua tingkat mengalir dari ketinggian 927 meter terjun setinggi 60 meter dan mempunyai lebar 40 meter. Berada  di puncaknya kita dapat melihat air ini mengalir terus ke Sungai You Shui. Terdapat bangunan besar yang dikatakan istana raja oleh anak tuan rumah di sebelah air terjun tersebut. Kami dibawa ke setiap spot pemandangan untuk merakam gambar di bandar ini. Lawatan ke sini mengambil masa sekitar dua jam. Kami bergambar di setiap spot yang menjadi sudut terbaik untuk merakam gambar.



Di dalam bandar ini, selain deretan kedai menjual barangan seperti cenderahati, pakaian dan makanan terdapat juga tempat hiburan seperti karoeke, bar dan kelab malam. Keadaan di dalam kawasan berbayar ini sungguh meriah di waktu malam.





Sampai di kawasan bawah, anak tuan rumah membawa kami menyusuri jalan yang dibina di bawah air terjun. Sememangnya trek di kota ini dibina sehingga pelawat boleh melihat air terjun dari berbagai sudut sehingga menyusuri bawah air terjun ini.





Kami kemudian melintasi gua yang merupakan tempat persembunyian penduduk tempatan satu masa dahulu. Gua ini dikatakan boleh memuatkan sekitar 5000 orang pada masa dahulu dari bahaya peperangan yang melanda dan merupakan tempat selamat. Namun sekarang gua ini kelihatan kecil dan menimbulkan rasa hairan bagaimana ia boleh memuatkan begitu ramai orang pada masa dahulu.




Furong Town merupakan bandar purba mesti lawat jika anda berkunjung ke Taman Negara Zhangjiajie. Selain kedudukanya yang hampir dengan Zhangjiajie, di mana pelawat boleh pergi pulang dalam masa satu hari, bandar kuno ini juga istimewa dan kurang dikunjungi pelawat berbeza dengan Bandar Fenghuang yang diasak dengan pelancong saban hari.




Pada tahun 2011, Bandar Furong tersenarai dalam sepuluh bandar tercantik Negara China. Keesokkan paginya hari ke enam, kami berangkat ke bandar Fenghuang dengan menaiki van yang diatur oleh tuan rumah, memandangkan Furong Town agak sukar mendapatkan khidmat bas. Jika menaiki bas, kami terpaksa mengambil dua kali bas iaitu dari Furong Town ke Bandar Jishou dan kemudian dari Bandar Jishou ke bandar Fenghuang. Terima kasih Allah.

Hari 5
09:00 Berangkat ke Furong Town, van 100 Yuan seorang.
11:00 Sampai Furong Town, check in rumah sewa, masak dan lunch.
15:00 Bersiar di Furong Town.
20:00 Masuk Furong Ancient Village, malam free.
Nota: 
Ticket Furong Town 120 Yuan (kawasan air terjun) 08:00 pagi hingga 18:00 petang.
Hari  6
08:30 Berangkat ke Fenghuang Ancient Town,van 100 Yuan seorang.


4 ulasan:

J.Wong berkata...

bermanfaat banget infonya
masuk daftar list jalan-jalan
7 Patung Tertinggi dan Terbesar di Dunia

Jurimahmohdariffin berkata...

tq mr j.wong singgah di blog saya.

Semarwangi Lele Galatama berkata...

Wahh tempatnya enak ya,.

Jurimahmohdariffin berkata...

hi...
iya, bagus sekali viewnya, langsung aja ke sini jika bercuti ke zhangjiajie.