Isnin, 31 Ogos 2020

Mendaki Bukit Berakeh dan berkelah di Air Terjun Lata Penyel



 Jalur ke puncak Bukit Berakeh tidaklah sesukar mana, mungkin kerana ketinggiannya hanya 454 mdpl sahaja. Namun, jika pendaki bernasib baik, pemandangan di puncak ini mengalahkan 'view' gunung ketinggian 3000 meter. Kadang kala puncak bukit yang juga dikenali Bukit Berekeh atau Bukit Botak ini diselaputi kabus yang kelihatan seperti awan carpet. Saya dan teman-teman sekerja mendaki ke bukit ini pada pertengahan August 2020. Pendakian ke puncak mengambil masa sekitar dua jam dari jalan besar tempat parkir kenderaan.

Trek ke puncak jelas dan dari starting point kami menyusuri kebun kelapa sawit  dan hutan hingga ke penghujung hutan. Selepas itu trek terbuka mengambil alih. Sepanjang jalur trek agak licin kerana pasir kelikir longgar manakala di kanan kiri trek adalah padang lalang dan pokok renik. Kami mendaki bukit-bukit kecil sebanyak lima buah menuju ke puncak. Di puncak Bukit Berakeh terdapat sebuah beirut penanda ketinggian puncak.


Kami berehat dan menghabiskan masa sekitar dua jam di puncak Bukit Berakeh ini. Merakam gambar sepuasnya. Bukit Berakeh terletak di Kampung Lasah Sungai Siput Perak. Setelah puas berehat dan menghabiskan masa di puncak ini, kami sepakat turun untuk mandi manda di Air Terjun Lata Penyel.








Jarak kaki Bukit Berakeh ke Air Terjun Lata Penyel sekitar 30 minit memandu. Air Terjun Lata Penyel terletak di belakang Kampung Pendeq, kampung orang asli. Ada papan tanda menuju ke Air Terjun Lata Penyel ini di simpang masuk dari jalan besar dan kereta boleh diparkir di Kampung Pendeq ini dengan bayaran  RM10 sebuah.



Setelah mendaftar nama dan membuat bayaran parkir kenderaan, kami berjalan kaki sekitar 15 minit menuju ke air terjun ini. Terdapat beberapa buah pondok didirikan di sini. Pengunjung boleh menyewa pondok-pondok ini jika ingin bermalam mengikut bayaran tertentu berdasarkan saiz pondok yang disewa.







Kami berkelah di sini dan mandi manda semahunya. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke AirTerjun Lata Penyel kecuali bayaran duit parkir kenderaan. Tandas lelaki dan wanita juga terdapat di sini dan percuma.






Selepas mandi manda, kami bertolak pulang ke Penang. Mungkin kami akan datang lagi ke Air Terjun Lata Penyel yang tenang ini lagi. Mungkin kali itu kami akan bermalam di sini. Terima kasih Allah.


2 ulasan:

Nurul iPhone Enthusiast berkata...

wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

Jurimahmohdariffin berkata...

Boleh la mndaki bukit² dan gunung² rendah kat msia ni klu dh minat... Nnti dh biasa dan ada pengalaman boleh try mndaki kat luaq negara plak.. Sbb view gunung luar lebih cantik.. Dan gunung luar agak mudah di daki..