Khamis, 10 September 2020

Mendaki Gunung Pine Tree dan Twin Peak di Fraser Hill

Ramai pendaki mengelar trek dua gunung ini dengan gelaran trek "roller coaster". Saya dan beberapa teman mendaki ke puncak Gunung Pine Tree dan Twin Peak ini pada penghujung August 2020. Kami berkumpul di Masjid Sultan Mahmud Fraser Hill pada jam 06:00 pagi. Jam 07:00 pagi seorang Guide dan dua swepper memandu arah kami ke starting point Pine Tree Trail. Kami memakir kenderaan di sini. Kami berkumpul sekali lagi di starting point ini, mendengar sedikit taklimat dan membuat sedikit senaman regangan otot sebelum memulakan pendakian. Jam 08:00 kami memulakan pendakian. Jarang trek gunung di Malaysia bermula di tempat tinggi, namun trek ini menampakkan kelainan bila kami memulakan perjalanan dengan menuruni trek.




Trek jelas, redup dan tangga batu bersimen dibina agak tinggi menyebabkan saya terbayang kesengsaraan bila kami terpaksa mendaki semasa pulang nanti. Bila sampai di bawah, saya mendongak melihat trek di depan yang menegak pula. Barulah saya paham mengapa trek gunung ini dijoloki dengan gelaran "roller coaster". Jam 09:40 kami sampai di Gua Akar, tempat mesti singgah dan mesti bergambar bila mendaki ke sini.




Kami berehat sekitar 25 minit di sini. Kemudian kami meneruskan pendakian ke Puncak Pine Tree. Hampir sampai di Puncak Pine Tree, kami memerah keringat mendaki trek tegak yang agak curam menggunakan tali dan akar sebagai tempat berpaut.



Kami sampai di Puncak Pine Tree, 1448 mdpl pada jam 11:30 pagi. Kami merakam gambar, makan dan berehat sekitar 20 minit sebelum melangsungkan perjalanan ke Puncak Twin Peak. Kami bergerak meneruskan pendakian ke Puncak Twin Peak pada jam 11:50 pagi.



Perjalanan dari Puncak Pine Tree ke Twin Peak mengambil masa sekitar 30 minit hingga satu jam. Beberapa orang dari kumpulan kami mengambil keputusan tidak meneruskan pendakian ke Twin Peak. Mereka mengambil peluang berehat dan makan-makan di Puncak Pine Tree sementara menunggu kami ke puncak sana.



Kami sampai di Puncak Twin Peak 1505 mdpl pada jam 12:30 tengahari. Terdapat penanda batu sempadan antara Negeri Pahang dan Selangor di Puncak Twin Peak. Kami berehat sambil merakam kenangan. Kami kemudian bergerak kembali ke Puncak Pine Tree pada jam 12:50 tengahari dan sampai di sana pada jam 13:30 petang.



Masa kami hiking ke sana, Bunga Balanophora yang comel berwarna merah sedang musim berbunga. Menurut Uncle yang kami jumpa di starting trail tadi, bunga ini digelar "cousin refflesia", walaupun saiznya ketara sangat berbeza. Ia berbunga di atas tanah dan timbul seperti cendawan.



Trek Pine Tree dan Twin Peak ini merupakan trail hiking terpanjang di Fraser Hill. Jarak dua gunung ini dari starting point sekitar 5.5 kilometer. Kami selamat sampai semula tempat pakir kenderaan di starting trail pada jam 17:30 petang. Terima kasih Allah.

Nota:
06:00 Berkumpul di Masjid Sultan Mahmud, Fraser Hill.
08:00 Start mendaki.
09:40 Sampai di Gua Akar.
10:00 Meneruskan pendakian.
11:30 Samapi Puncak Pine Tree.
11:50 Meneruskan pendakian ke Puncak Twin Peak.
12:30 Sampai Puncak Twin Peak.
12:50 Kembali ke Puncak Pine Tree.
13:50 Bergerak turun ke starting point.
17:30 Sampai di tapak pakir starting trail.
18:00 Bersurai.
#Tapak pakir kereta percuma.


4 ulasan:

Unknown berkata...

Aslmkm cik.saya sdg tonton astro ngc tentang turkey.slps baca catatan blog cik lebih jelas dan menarik. Timakasih

Jurimahmohdariffin berkata...

Terima kasih singgah di blog saya. Turkey memang negara yang menarik dan banyak tempat untuk dilawati. saya pun bercadang ke sana lagi jika ada rezki untuk mendaki gunung dan cover bahagian timur pula.

Unknown berkata...

Sekarang Saya sentiasa ternanti2 kemana pulak cik menjelajah

Jurimahmohdariffin berkata...

sekarang cuti-cuti malaysia.banyak trip dan plan saya tertangguh kerana covid. terima kasih respon positif saudara/saudari tentang cerita blog saya.