Rabu, 2 November 2022

Bercuti di Koh Tao Thailand



Meneruskan percutian kami di Thailand pada penghujung October 2022, saya dan dua teman menaiki fery dari Koh Phangan ke Koh Tao. Pelayaran mengambil masa sekitar sejam lebih.


Setelah check in di hotel kawasan Sairee Beach, kami berehat dan di sebelah lewat petang kami bersiar di bandar kecil di Pulau Tao ini.  Terdapat beberapa penjual muslim menjual bugger di sini.





Pulau Tao adalah pulau terkecil berbanding  Pulau Phangan dan Pulau Samui, tetapi pada saya Pulau Tao lebih menarik. Hari kedua kami mengambil pakage Round Island Koh Tao termasuk singgah di Pulau Nang Yuan. Pakage Round Island termasuk makanan tengahari dan lima spot persinggahan dan peralatan snorkling adalah THB 500. Untuk singgah di pulau persendirian Nang Yuan, bayaran tambahan THB250 dikenakan kepada setiap pengunjung.









Ada dua tempat menarik di Pulau Nang Yuan ini iaitu View Point Nang Yuan dan Baby Shark Beach. Kami ke View Point dahulu. Untuk sampai ke puncak pemandangan tersebut, Kami perlu mendaki anak tangga sekitar 15 minit. Untuk bergambar di atas bongkah batu di puncak bukit tersebut, pengunjung terpaksa beratur menunggu giliran.








Sesudah merakam beberapa keping gambar kami turun semula ke pantai untuk ke Baby Shark Beach tetapi kami tiada rezeki melihat baby shark di sini. Kami cuma berehat dan merakam gambar di sekitar Pulau Nang Yuan yang cantik ini.




Kemudian kami ke spot pertama untuk snorkeling iaitu Hin Wong Bay. Semasa di sini hujan mula turun dan saya cuma snorkling sebentar sahaja kerana coral kurang jelas.


Kemudian kami ke spot kedua snorkling iaitu Shark Bay. Di sini terdapat karang dan penyu.




Kemudian kami ke spot ketiga snorkling iaitu Aow Leuk Bay. Coral di sini agak menarik. Satu lagi spot perhentian adalah Mango Bay, tetapi kami tidak ke sana kerana ombak agak besar.





Kami kemudian pulang semula ke Mae Haad Pier dan pakage berakhir sekitar jam 16:30 petang. Pakage pada hari itu cuma singgah empat point sahaja kerana kami tidak boleh singgah di Manggo Bay kerana ombak besar.

 
Sebelah malam pula kami bersiar ke Pantai Sairee dan malam itu ramai pelancong menyambut perayaan Halloween di sini.



Keesokan harinya kami menaiki fery ke Chumphon dan meneruskan percutian ke Hua Hin. Kami booking ticket fery dan bas dari hotel penginapan kerana cara ini lebih mudah.



Perjalanan menaiki ferry ke Chumphon mengambil masa hampir dua jam. Semoga ada rezeki untuk ke Pulau Tao lagi suatu hari nanti. Terima kasih Allah.

Nota: Sebaiknya booking ticket fery sebelum hari berangkat untuk mengurangkan risiko ticket sold out memandangkan lambakan pelancong asing yang bercuti sepanjang tahun di Thailand.


Tiada ulasan: