Sabtu, 14 September 2024

Tempat menarik di Kuantan


Beberapa hari berehat di kuantan jika dalam trip panjang mungkin boleh diisi dengan mengunjungi beberapa tempat dan melakukan aktivity di sini seperti yang saya cadangkan. 

1. Kuantan Art Street. Terletak di tengah Bandar Kuantan di mana dinding di lorong belakang bangunan rumah kedai ini dilukis berbagai gambar dan warna menceritakan kisah dan sejarah Bandar Kuantan. Lukisan mural ini sesuai untuk pengunjung photo- photo dan merakam kenangan di Kuantan.







2. Food Street Kuantan. 
Sekitar kawasan Art Street di tengah Bandar Kuantan. Berbagai jenis  makanan boleh di dapati di lorong ini dan warong makanan rancak beroperasi di waktu malam.


3. Laman Teruntum dan Menara 188 Kuantan.
Taman yang terletak tengah Bandar Kuantan dan berhadapan dengan Sungai Pahang ini merupakan tempat riadah keluarga. Berehat waktu petang di tepi Sungai Pahang sambil melihat bot yang lalu lalang mungkin baik untuk terapi minda.



4. Kuantan River Cruise. 
Berlayar di Sungai Pahang ini pasti melengkapi lawatan anda di Bandar Kuantan. Untuk melakukan aktivity ini anda mesti membuat tempahan dahulu dengan menghubungi nombor talipon yang terdapat di pintu pagar Jetty Shahbandar.


5. Pantai Telok Cempedak. 
Berkunjung di waktu malam di Pantai Teluk Cempedak amatlah dicadangkan. Bawalah alas untuk duduk dan baring di pantai bersih yang panjang dan lebar di sana. Berbagai aktiviti diadakan, bermacam jualan terdapat di sini setiap malam dan pengunjung pasti terfikir untuk datang lagi.




6. Mendaki Bukit Galing. 
Ada beberapa jalur untuk mendaki Bukit Galing di Kuantan ini. Pilihlah jalur yang bersesuaian dengan masa dan kemampuan anda. Berada di Puncak Galing 196M ini kita boleh melihat Bandar Kuantan sambil menghirup udara segar.


7. Trekking Bukit Pelindung di Eko-Rimba.
Trekking melalui jalan mini tar di starting point dari kawasan perumahan hingga ke tiang pencawang di puncak bukit ini mungkin agak santai tetapi pulanglah melalui trek hutan ke Pantai Telok Cempedak agar anda rasa puasnya trekking di Bukit Pelindung ini.



8. Batu Penyu.
Bongkah batu besar yang dilukis dan diwarnakan persis seekor penyu ini berada di tepi pantai Tanjung pelindung. Mural batu penyu ini juga viral sebagai tempat bergambar.



9.Pantai Batu Hitam
Pantai yang mempunyai batu-batu berwarna hitam di pantainya ini terletak antara Bandar Kuantan dan Pantai Cherating.


10.Cherating
Bercuti di Cherating yang merupakan salah satu destinasi percutian di Pahang. Berbagai aktivity boleh dilakukan di sini. Selain aktivity pantai seperti ATV, menyusuri hutan bakau, pakage memancing dan aktivity air, anda juga boleh menyusuri  Sungai Cherating dengan mengambil pakage melihat kelip- kelip pada waktu malam. 



12. Snorkling di Sungai Ular.
Aktivity ini terdapat bila kita bercuti di Cherating. Ambillah pakage dari tempat penginapan atau hubungi sendiri pemandu bot untuk pakage ke Pulau Ular yang jernih ini.


 Saya pasti akan singgah lagi di Kuantan jika lalu dalam perjalanan percutian di masa datang. Terima kasih Allah.








Tiada ulasan: