Isnin, 2 September 2024

Trekking Bukit Pelindung Kuantan

 

Ada dua puncak di Bukit Pelindung ini dan kedua-dua puncak terdapat menara pencawang telekomunikasi. Saya dan seorang teman trekking ke Bukit Pelindung ini di akhir July 2024. Kami menginap di Teluk Cempedak dan dari penginapan, kami menaiki grab ke starting point Bukit Pelindung.



Setibanya kami di starting point jalur Bukit Pelindung, di kawasan taman perumahan, kelihatan begitu ramai pengunjung yang datang beriadah. Kebetulan kami ke sini pada hujung minggu. Kami memulakan pendakian bersama pengunjung lain seperti perjalanan ke rumah kenduri melalui jalan mini tar.




Trek mini tar berbelok-belok menaik secara landai. Terdapat banyak papan tanda untuk pendaki menilai jarak perjalanan. Setelah sampai di hujung jalan, terdapat dua persimpangan. Kami memilih simpang ke kanan, ke puncak pertama yang lebih dekat. Sekitar 5 minit kami sampai ke puncak yang terdapat pencawang.



Tidak berlama-lama di puncak pertama, kami berpatah balik ke simpang dan meneruskan perjalanan ke puncak ke dua. Sekitar 15 minit berjalan secara santai, kami sampai ke puncak kedua yang juga terdapat pencawang.


Kemudian kami turun dan kami bercadang balik ke Teluk Cempedak dengan mengikuti jalur dari Bukit Pelindung ini. Sampai di pondok tempat penjual buah potong, terdapat papan tanda trek ke Teluk Cempedak. Kami mengikuti jalur tersebut setelah bertanya pada pendaki lain yang sedang berehat.




Trek ke teluk cempedak ini agak sunyi, redup dan jalur jelas bertanda arah. Kami trekking secara santai dan sekali sekala berselisih dengan pendaki dari arah bertentangan. 




Kami akhirnya sampai di Pantai Teluk Cempedak. Maka kami jimat wang tambang grab untuk balik ke penginapan hari itu. Terima kasih Allah.

Tiada ulasan: