Rabu, 28 Ogos 2024

Mendaki Bukit Galing Kuantan



Saya dan seorang teman tersadai di Kuantan pada akhir July 2024 kerana rancangan kami ke Pulau Pemanggil dibatalkan di saat akhir kerana cuaca yang tidak baik. Kami bermalam di Telok Cempedak beberapa malam dan satu hari di sana kami merancang mendaki Bukit Galing. Pagi itu kami menaiki grab menuju 'starting trail' Bukit Galing yang terletak di dalam taman perumahan. Kami mencari permulaan jalur dan ternampak dua orang pemuda yang kelihatan baru turun dari sana.



Setelah membuka bicara, kami bertanya arah dan trek ke puncak Bukit Galing. Ada beberapa jalur menuju ke Puncak Bukit Galing dan kami memilih trek paling dekat.



Trek redup, ditanda dengan jelas, menaik dan sedikit mendatar di beberapa bahagian. Terdapat beberapa ikatan tali di jalur yang curam untuk pendaki berpaut.




Akhirnya setelah mendaki sekitar sejam kami berdua sampai di puncak Bukit Galing 296 mdpl. Dari puncak bukit ini kami melihat Bandar Kuantan yang sedang membangun. Tiada pendaki lain di puncak ini pada masa itu kerana kami mendaki agak lewat dan pada hari bekerja. Sekitar setengah jam berehat, kami turun melalui jalur kami naik tadi.




Mendaki Bukit Galing tidak memerlukan guide dan permit buat masa sekarang. Pendaki boleh ke sini menaiki kenderaan berpandukan google map seperti kami.

Tiada ulasan: