Isnin, 26 Ogos 2024

Bercuti ke Batam


Setelah melawat Pulau Bintan selama 4 hari 3 malam, saya dan seorang teman melanjutkan perjalanan kami ke Pulau Batam selama 3 hari 2 malam pada akhir July 2024. Petang hari pertama setelah check in, kami ke Nagoya Hill Shopping Center. Kami cuma menjamu mata dan minum di shopping complex ini. Hari kedua di Batam, kami menyewa sebuah kereta sekali pemandu untuk satu hari. Tempat lawatan pertama kami adalah Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah. Masjid yang mempunyai ruang besar berpayung seperti Masjid Nabawi ini boleh menampung sekitar 50 ribu orang untuk solat serentak.


Pekerja pembersihan di masjid ini berbesar hati membawa kami melawat masjid sambil bercerita tentang masjid yang megah ini. Kami dibawa menaiki lif ke tingkat 15 menara masjid ini. Dari aras yang tinggi ini kami menyaksikan pemandangan sebahagian Pulau Batam 360 darjah.




Kemudian kami ke Barelang Bridge. Terdapat 6 Jambatan Barelang yang menghubungkan pulau-pulau sekitar Pulau Batam sambung menyambung dan kami singgah di salah satu Jambatan Barelang yang terkenal di Batam ini. Jambatan Barelang menghubungkan beberapa pulau di Kepulauan Riau ini termasuk Pulau Batam, Pulau Rempang dan Pulau Galang dan perkataan BARELANG mengambil singkatan nama pulau ini.


Kemudian kami ke restaurant seafood bawah jambatan untuk makan tengahari. Dari sini saya menyaksikan bot membawa pelancong belayar di perairan kepulauan riau.




Kami kemudian meneruskan lawatan ke Masjid Tanwirun Naja. Masjid berbentuk tanjak ini terletak berdekatan dengan Airport Hang Nadim.




Kemudian kami ke papan tanda Welcome To Batam. Tempat mesti singgah menurut pengunjung yang menulis perjalanan mereka di Batam yang saya baca. Sekadar mengambil gambar kami kemudian ke Masjid Muhamad Cheng Hoo.


Masjid berbentuk tokong berwarna merah ini telah beberapa kali saya lawat di tempat lain seperti di Surabaya dan Pulau Pangkor,  Perak. Mungkin saya akan melawat masjid serupa di tempat lain di masa akan datang.




Seterusnya kami singgah minum di Cafe De'Sands berdekatan Masjid Cheng Hoo ini. Cafe meriah berwarna biru putih ini dikenali juga sebagai Santorini of Batam.









Kami akhiri lawatan kami di Pulau Batam di cafe ini dan mungkin kami akan datang lagi bercuti di Kepulauan Riau yang terdiri dari pulau-pulau yang berbudaya melayu ini di masa akan datang. Keesokkan harinya kami pulang ke Stulang Johor dari jetty Harbour Bay. Terima kasih Allah. 

Pemandu di Batam: dede +62 823-8719-4530





Tiada ulasan: