Kepulauan Riau Indonesia ini terdiri dari lebih 1000 pulau yang bernama dan yang tidak bernama. Saya cuma sampai di beberapa buah pulau dan di bawah ini saya senaraikan beberapa tempat sebagai rujukan pembaca jika bercadang bercuti ke sana.
Pulau Bintan. Kota Tanjung Pinang di Pulau Bintan merupakan ibu kota Kepulauan Riau. Ada beberapa tempat menarik di Pulau Bintan.
1. Gurun Pasir Bintan. Merupakan bekas lombong pasir yang telah ditinggalkan dan masuk ke sini dikenakan bayaran IDR 30 ribu seorang.
2. Danau Biru. Terletak di sebelah Gurun Pasir. Ticket masuk ke sini dikira sekali ticket ke Gurun Pasir.
3. Danau Lagoi Bay. Tasik di Telok Lagoi ini dijaga rapi. Padang rumput hijau dan air tasik yang jernih amat selesa sebagai tempat berehat.
4. Taman Gurindam dan Gedong Gonggong. Sebelum covid melanda, Gedong Gonggong merupakan tempat menjual cenderamata kini telah sepi dan Taman Gurindam pula merupakan kawasan riadah di Tanjung Pinang.
5. Taman Tugu Pencil. Taman ini terletak di tepi laut dan terdapat monumen Gurindam 12 karangan sastrawan dan pahlawan Raja Ali Haji di taman ini.
6. Gunung Bintan. Gunung tertinggi di Pulau Bintan ini hanya mengambil masa sekitar sejam untuk ke puncaknya. Terdapat air terjun di jalur pendakian gunung ini.
7. Lagoi Bay. Tempat di mana terdirinya hotel-hotel mewah. Tetapi agak jauh dari bandar dan penempatan. Suasana sunyi dan sesuai untuk pelancong menghindari hiruk pikuk kota.
8. Masjid Raya Sultan Riau. Masjid ini terletak di Pulau Penyengat dan kita boleh ke sini dari Tanjung Pinang melalui bot sekitar 15 minit dengan tambang IDR 7 ribu seorang. Masjid yang menggunakan putih telur sebagai sebahagian bahan binaan dan siap sepenuhnya dibina sekitar tahun 1832 secara berperingkat-peringkat dan bergotong royong.
9. Gunung Lengkuas. Kepada peminat pendaki gunung mungkin boleh menambah koleksi pendakian anda jika anda ke Pulau Bintan.
10. Masjid Raya An-Nur Kawal. Masjid yang menjadi kembar Masjid Putrajaya Kuala Lumpur.
11. Danau Biru. Terdapat beberapa danau biru tinggalan lombong pasir di Pulau Bintan yang masih belum dimajukan sebagai tempat lawatan. Pemandu kereta sewa pasti membawa anda ke tempat yang masih tidak diketahui oleh orang ramai untuk anda nikmati pemandangan indah semulajadi secara aman.
12. Pulau Dompak. Pulau yang dijadikan pusat pemerintahan Kepulauan Riau seperti Putrajaya.
13. Jambatan Muhamad Sani. Jambatan yang menghubungkan Kota Tanjung Pinang dan Pulau Dompak.
Pulau Batam. Merupakan pulau paling maju di Kepulauan Riau. Terdapat banyak pusat beli belah yang besar, hotel bertaraf dan cafe di Pulau Batam ini. Beberapa tempat menarik di Pulau Batam yang mungkin boleh dijadikan rujukan anda.
1. Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah. Masjid yang mempunyai payung besar di ruang dalam masjid seperti Masjid Nabawi ini mempunyai menara setinggi 15 tingkat dan pengunjung boleh ke tingkat 15 ini untuk melihat pemandangan Pulau Batam 360 darjah.
2. BARELANG Bridge. Jambatan BARELANG mempunyai 6 buah yang sambung menyambung menghubungkan beberapa buah pulau di sekitar Batam antaranya Pulau Rempang dan Pulau Galang. Nama Pulau Batam, Rempang dan Galang digabungkan menjadi BARELANG.
3. Masjid Tanwirun Naja. Bangunan Masjid yang direka bentuk sebuah tanjak.
4. Papan tanda Welcome To Batam. Tiada apa yang menarik di sini buat masa sekarang, sekadar papan tanda.
5. Masjid Cheng Hoo. Bangunan Masjid yang dibina seperti sebuah tokong dan berwarna merah menyala. Terletak berdekatan Santorini of Batam.
6.Cafe De'sands. Terdapat banyak cafe di Pulau Batam dan antara yang popular adalah Cafe De'Sands yang berwarna putih biru yang juga dikenali sebagai Santorini Of Batam.
7. Seafood Restaurant di bawah BARELANG Bridge. Harga makanan di sini agak mahal dan pengunjung dinasihatkan bertanya dulu harga makanan kerana tidak terdapat harga di menu.
Cadangan pemandu: Pulau Batam +62 823-8719-4530 (Dede). Pulau Bintan +62 831-3784-5423 (Syukri)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan