Kampung nelayan Ine Town dan Amanohashidate view point ini kami kunjungi pada hari kesembilan percutian kami di Jepun. Saya dan seorang teman ke Kyoto Train Stasen pagi itu untuk menaiki keretapi ke Amanohashidate pada jam 08:00 pagi. Disebabkan kami tidak membeli ticket awal, ticket tempat duduk untuk perjalanan pagi itu telah habis dijual. Kami membeli ticket berdiri untuk perjalanan dua jam setengah kerana jadual perjalanan seterusnya agak lewat sekitar jam 10:00 pagi. Sampai di Stasen Amanohashidate kami ke counter information seperti kebanyakan penumpang keretapi yang turun bersama kami, mereka juga ke tempat yang sama dahulu. Kerana kelewatan sedikit, kami ketinggalan bas ke Ine Town pada jam itu. Maka kami mengambil keputusan ke Amanohashidate view point dahulu. Kami berjalan kaki ke stasen chairlift dan cable car Amanohashidate yang terletak tidak berapa jauh dari stasen keretapi.
Kami berehat agak lama di puncak bukit tersebut. Terdapat pelantar bertingkat untuk pengunjung menyaksikan benteng pasir yang menjadi tarikan pemandangan di Amanohashidate dari puncak bukit ini. Di puncak bukit ini juga terdapat taman permainan kanak-kanak, restaurant dan tandas.
Benteng pasir yang melintang di Telok Miyazu ini dijoloki sebagai jambatan syurga. Pemandangan ini juga termasuk dalam tiga pemandangan tercantik negara Jepun. Benting pasir tersebut dipenuhi pokok pain seperti pulau yang panjang dan berbelok membelah laut menjadikannya kelihatan lebih cantik.
Naik ke Amanohashidate view point ini ada dua pilihan. Samada naiki cable car atau pun chairlif dengan bayaran 1700 Yen pergi pulang untuk dua orang. Kami berdua memilih menaiki chairlif. Selesai melawat Amanohashidate view point, kami berjalan kaki ke bandar dan melawat jety tepi laut sementara menunggu jadual waktu bas ke Ine Town.
Kemudian kami menaiki bas ke Ine Town. Bas dari bandar Amanohashidate beroperasi sejam sekali ke Ine Town dan mengambil masa sekitar sejam perjalanan. Kampung nelayan yang damai ini tergolong salah satu kampung cantik di Jepun. Ine Town terletak 15 kilometer di utara bandar Amanohashidate. Tarikan utama kampung nelayan ini adalah Funaya iaitu boat house yang terdapat di Telok Ine.
Funaya ataupun boat house ini merupakan penginapan nelayan di Ine Town. Bangunan kayu yang dibangunkan cara tradisional Jepun ini dibina sepanjang lima kilometer di Telok Ine yang dikelilingi gunung. Bahagian bawah rumah merupakan tempat parkir boat manakala bahagian atas pula tempat tinggal nelayan dan orang kampung.
Kami berjalan di kampung nelayan ini dan menumpang solat di bilik menyusu baby di Information Center di Ine Town. Aktivity menarik di Ine Village ini adalah menaiki taxi boat bersiar dan memberi makan burung camar.
Kami tidak sempat bersiar menaiki boat di Ine Town ini kerana kesuntukan masa. Mungkin kami kena datang lagi ke kampung nelayan ini jika ada rezeki di masa akan datang. Terima kasih Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan