Rabu, 30 Julai 2025

Camping di Hijauan Damai Baling

 


Saya dan empat rakan berehat dan camping di Hijauan Damai Campside Baling pada awal Julai 2025. Kami memandu ke sini dengan menggunakan google map. Jalan mini tar dan jalan kampung berselang seli menghala ke campside ini. Campside Hijauan Damai dijaga rapi. Terdapat tandas, surau dan tapak parkir percuma. Tapak khemah ditutupi batu kerikil agar tidak becak jika hujan.

Kami memilih tapak camping di Camp A. Kami memasang dua buah khemah di tapak yang bersebelahan. Lokasi tapak khemah di hadapan sungai. Air sungai bersih dan sesuai untuk mandi manda.


Terdapat air terjun kecil 15 minit berjalan dari tapak khemah. Kami mandi manda dan berkelah di air terjun tersebut pada hari kedua dan ketiga sebelum pulang. 





Bekalan eletrik 24 jam. Liputan wifi semasa kami di sana terhad dan perlahan. Setiap tapak khemah terdapat tiang lampu. Terdapat beberapa keperluan asas yang dijual oleh pihak pengusaha tapak khemah seperti gas, air mineral, mi segara, ais batu dan lain-lain.






Pihak pengusaha tapak khemah juga menyediakan beberapa keperluan perkhemahan untuk di sewa seperti khemah, dapur, meja, kipas, tempat bbq dan berbagai barangan lain. Keseluruhan pada pendapat saya tapak khemah Hijauan Damai memenuhi keperluan para kaki camping.

Contact Hijauan Damai Campside : 0179106145.

Tiada ulasan: