Rabu, 2 November 2022

Bercuti di Koh Tao Thailand



Meneruskan percutian kami di Thailand pada penghujung October 2022, saya dan dua teman menaiki fery dari Koh Phangan ke Koh Tao. Pelayaran mengambil masa sekitar sejam lebih.


Setelah check in di hotel kawasan Sairee Beach, kami berehat dan di sebelah lewat petang kami bersiar di bandar kecil di Pulau Tao ini.  Terdapat beberapa penjual muslim menjual bugger di sini.





Pulau Tao adalah pulau terkecil berbanding  Pulau Phangan dan Pulau Samui, tetapi pada saya Pulau Tao lebih menarik. Hari kedua kami mengambil pakage Round Island Koh Tao termasuk singgah di Pulau Nang Yuan. Pakage Round Island termasuk makanan tengahari dan lima spot persinggahan dan peralatan snorkling adalah THB 500. Untuk singgah di pulau persendirian Nang Yuan, bayaran tambahan THB250 dikenakan kepada setiap pengunjung.









Ada dua tempat menarik di Pulau Nang Yuan ini iaitu View Point Nang Yuan dan Baby Shark Beach. Kami ke View Point dahulu. Untuk sampai ke puncak pemandangan tersebut, Kami perlu mendaki anak tangga sekitar 15 minit. Untuk bergambar di atas bongkah batu di puncak bukit tersebut, pengunjung terpaksa beratur menunggu giliran.








Sesudah merakam beberapa keping gambar kami turun semula ke pantai untuk ke Baby Shark Beach tetapi kami tiada rezeki melihat baby shark di sini. Kami cuma berehat dan merakam gambar di sekitar Pulau Nang Yuan yang cantik ini.




Kemudian kami ke spot pertama untuk snorkeling iaitu Hin Wong Bay. Semasa di sini hujan mula turun dan saya cuma snorkling sebentar sahaja kerana coral kurang jelas.


Kemudian kami ke spot kedua snorkling iaitu Shark Bay. Di sini terdapat karang dan penyu.




Kemudian kami ke spot ketiga snorkling iaitu Aow Leuk Bay. Coral di sini agak menarik. Satu lagi spot perhentian adalah Mango Bay, tetapi kami tidak ke sana kerana ombak agak besar.





Kami kemudian pulang semula ke Mae Haad Pier dan pakage berakhir sekitar jam 16:30 petang. Pakage pada hari itu cuma singgah empat point sahaja kerana kami tidak boleh singgah di Manggo Bay kerana ombak besar.

 
Sebelah malam pula kami bersiar ke Pantai Sairee dan malam itu ramai pelancong menyambut perayaan Halloween di sini.



Keesokan harinya kami menaiki fery ke Chumphon dan meneruskan percutian ke Hua Hin. Kami booking ticket fery dan bas dari hotel penginapan kerana cara ini lebih mudah.



Perjalanan menaiki ferry ke Chumphon mengambil masa hampir dua jam. Semoga ada rezeki untuk ke Pulau Tao lagi suatu hari nanti. Terima kasih Allah.

Nota: Sebaiknya booking ticket fery sebelum hari berangkat untuk mengurangkan risiko ticket sold out memandangkan lambakan pelancong asing yang bercuti sepanjang tahun di Thailand.


Isnin, 31 Oktober 2022

Berehat di Koh Phangan

Pulau yang menjadi persinggahan saya dan dua teman semasa bercuti di Thailand pada penghujung October 2022 ini agak sunyi. Pulau yang terkenal dengan Full Moon Party ini meriah di hari tertentu menurut penyambut tetamu di resort tempat kami menginap untuk semalam.


Kami berangkat dari Pulau Samui menaiki fery pada jam 12:30 petang. Perjalanan menaiki bot menuju Koh Phangan mengambil masa sekitar 30 minit dan kami bermalam di Thong Sala Beach. Petang itu kami cuma bersiar di Pekan Thong Sala dan berehat di pantai.






Keesokkan harinya kami meneruskan perjalanan ke Koh Tao.

Nota: Sila booking ticket fery sebelum hari berangkat kerana tidak mustahil ticket fery sold out dengan lambakan pelancong asing ke Thailand sepanjang tahun.




Ahad, 30 Oktober 2022

Bercuti di Koh Samui

 


Dari Taman Negara Khao Sok, saya dan dua teman menaiki van menuju ke Jety Donsak untuk ke Pulau Samui. Fery terakhir bertolak ke Koh Samui pada jam 18:00 dan kami sampai di Koh Samui pada jam 19:30 malam.




Kerana keletihan, kami keluar agak lewat di hari pertama kami di Koh Samui. Kami ke Central Samui di Chaweng, sebuah mall besar. Kemudian pulang ke hotel dan di sebelah lewat petang kami ke pekan Lamai. Di bandar Chaweng kami mencari pakage Mu Ko Ang Thong National Marine Park.



 
Hari kedua kami keluar jam 7:30 pagi. Pakage Mu Ko Ang Thong National Marine Park termasuk pengangkutan dari hotel pergi pulang, sarapan, makan tengahari, minum petang dan semua aktiviti sepanjang trip. Harga pakage yang kami dapat adalah THB 1700 termasuk permit taman negara THB 300. Tempat lawatan pertama kami setelah menaiki bot sekitar sejam adalah pulau Koh Wao untuk snorkeling di bawah gua. 







Kemudian kami menaiki bot sekitar lima minit untuk ke point tempat berkayak. Di sini terdapat pintu gerbang dan bongkah batu kapur yang indah sebagai latar belakang.



Tempat ketiga persinggahan kami adalah Koh Mae Koh atau pun Pulau Ibu. Di sini terdapat Emerald Green Lake yang popular. Untuk melihat Emerald Green Lake ini, pelawat perlu mendaki tangga setinggi 150 meter. Dari atas puncak bukit, kami menyaksikan pemandangan tasik yang indah yang dikelilingi hutan hijau.












Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Koh Wua Ta Lab. Pulau ini merupakan Main Island Angthong National Marine Park. Kami makan tengahari di sini dan kemudian  mendaki ke Pha Chancharat View Point. Jika pengunjung malas mendaki di trail ini, pengunjung boleh melakukan aktiviti lain seperti berkayak, relax, berenang dan mandi manda. Di sini terdapat surau dan tandas.













Kami mendaki sekitar 500 meter untuk sampai di puncak. Terdapat lima check point untuk melihat pemandangan sepanjang mendaki di trek Pha Jun Jaras Nature Trail. Akhirnya setelah mendaki sekitar 30 minit kami sampai di puncak Pha Chancharat View Point.



Setelah puas merakam gambar dan menyaksikan pemandangan, kami bergerak turut dan bertolak pulang ke Koh Samui sekitar jam 15:30 petang. Kami sampai di jety sejam kemudian dan minuman petang yang ringkas telah tersedia di sana. Dalam perjalanan pulang ke hotel, pemandu van membawa kami singgah membeli makanan di restaurant muslim.


Hari ketiga kami berangkat meneruskan perjalanan ke Koh Phangan dalam percutian kami di Thailand akhir October 2022 sekitar jam 12:00 tengahari.