Ahad, 30 Oktober 2022

Bercuti di Koh Samui

 


Dari Taman Negara Khao Sok, saya dan dua teman menaiki van menuju ke Jety Donsak untuk ke Pulau Samui. Fery terakhir bertolak ke Koh Samui pada jam 18:00 dan kami sampai di Koh Samui pada jam 19:30 malam.




Kerana keletihan, kami keluar agak lewat di hari pertama kami di Koh Samui. Kami ke Central Samui di Chaweng, sebuah mall besar. Kemudian pulang ke hotel dan di sebelah lewat petang kami ke pekan Lamai. Di bandar Chaweng kami mencari pakage Mu Ko Ang Thong National Marine Park.



 
Hari kedua kami keluar jam 7:30 pagi. Pakage Mu Ko Ang Thong National Marine Park termasuk pengangkutan dari hotel pergi pulang, sarapan, makan tengahari, minum petang dan semua aktiviti sepanjang trip. Harga pakage yang kami dapat adalah THB 1700 termasuk permit taman negara THB 300. Tempat lawatan pertama kami setelah menaiki bot sekitar sejam adalah pulau Koh Wao untuk snorkeling di bawah gua. 







Kemudian kami menaiki bot sekitar lima minit untuk ke point tempat berkayak. Di sini terdapat pintu gerbang dan bongkah batu kapur yang indah sebagai latar belakang.



Tempat ketiga persinggahan kami adalah Koh Mae Koh atau pun Pulau Ibu. Di sini terdapat Emerald Green Lake yang popular. Untuk melihat Emerald Green Lake ini, pelawat perlu mendaki tangga setinggi 150 meter. Dari atas puncak bukit, kami menyaksikan pemandangan tasik yang indah yang dikelilingi hutan hijau.












Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Koh Wua Ta Lab. Pulau ini merupakan Main Island Angthong National Marine Park. Kami makan tengahari di sini dan kemudian  mendaki ke Pha Chancharat View Point. Jika pengunjung malas mendaki di trail ini, pengunjung boleh melakukan aktiviti lain seperti berkayak, relax, berenang dan mandi manda. Di sini terdapat surau dan tandas.













Kami mendaki sekitar 500 meter untuk sampai di puncak. Terdapat lima check point untuk melihat pemandangan sepanjang mendaki di trek Pha Jun Jaras Nature Trail. Akhirnya setelah mendaki sekitar 30 minit kami sampai di puncak Pha Chancharat View Point.



Setelah puas merakam gambar dan menyaksikan pemandangan, kami bergerak turut dan bertolak pulang ke Koh Samui sekitar jam 15:30 petang. Kami sampai di jety sejam kemudian dan minuman petang yang ringkas telah tersedia di sana. Dalam perjalanan pulang ke hotel, pemandu van membawa kami singgah membeli makanan di restaurant muslim.


Hari ketiga kami berangkat meneruskan perjalanan ke Koh Phangan dalam percutian kami di Thailand akhir October 2022 sekitar jam 12:00 tengahari. 




 

Tiada ulasan: