Jumaat, 28 Oktober 2022

Bercuti di Khao Sok National Park




Taman negara yang popular dengan tiga batu kapur yang menjulang di tengah tasik ini mengambarkan pemandangan seperti di Guilin Negara China ini saya kunjungi bersama dua teman pada penghujung bulan October 2022. Dari Surat Thani, kami menyewa sebuah Sangthaew dan dalam perjalanan ke taman negara ini, kami singgah bermandi manda di Ban Nam Rad Headwaters. Kami sampai di Taman Negara Khao Sok, sekitar jam tiga petang. Kami bermalam di Smiley Bangalow di Khao Sok Village dan mengambil pakage tiga hari dua malam semasa bercuti di sini.



Petang itu setelah makan kami menghabiskan masa dengan aktivity berurut badan. Di sini terdapat berbagai aktivity yang boleh mengisi masa seperti mandi manda di sungai, berkayak, trekking dan berbagai lagi. Hari kedua setelah sarapan kami meneruskan perjalanan menaiki van ke lake house di Cheow Larn Lake untuk bermalam. Perjalanan dari Khao Sok Village ke jetty mengambil masa sekitar sejam lebih. Di jetty kami membayar tiket masuk THB20 seorang dan juga bayaran permit taman negara THB200 seorang. Setelah semua bersedia kami menaiki bot menuju lake house. Cheow Larn Lake atau Dam Rajjaprabha dibina untuk menjana tenaga elektrik dan ia terletak di Taman Negara Khao Sok. Khao bermaksud gunung. Tasik yang dikelilingi gunung batu kapur ini mempunyai pemandangan yang sungguh cantik. Dalam perjalanan ke lake house kami singgah di Three Rock yang dikenali sebagai Guilin.






Setelah merakam gambar, kami meneruskan perjalanan ke lake house dan sampai di sana sekitar jam 13:30 petang. Setelah makan tengahari, kami diberi masa bebas untuk mandi di tasik, berkayak dan bersantai. Jam 17:00 petang kami dibawa melihat pemandangan dan binatang yang terdapat di alam Taman Negara Khao Sok. Antara binatang yang kami jumpa ialah biawak yang sering bersantai di dahan pokok mati di tasik. Penutup aktivity adalah melihat matahari terbenam dari atas bot di tengah tasik.








Setelah makan malam kami berehat sambil menyaksikan bintang yang bertaburan di langit. Pengunjung tidak dibenarkan membuat bising selepas jam sebelas malam sebagai menghormati hidupan lain di Taman Negara Khao Sok. Hari ketiga aktiviti kami bermula jam 06:40 pagi. Kami dibawa menaiki bot menyaksikan hidupan liar dia taman negara ini dan melihat matahari terbit. Setelah itu, jam 8:00 pagi kami kembali ke lake house untuk sarapan dan jam 9:00 kami memulakan aktivity trekking. Ini merupakan trekking yang agak lain dari yang biasa saya lakukan. Kami menaiki bot sehingga ke air terjun dan starting point treeking kami bermula di kaki air terjun ini. Sepanjang treking sejauh sekitar 1.5 kilometer ini kami menongkah arus air terjun. Batu air terjun ini tidak licin dan airnya nyaman. Sepanjang trekking melawan arus air terjun ini, kami mandi manda di sepanjang aktivity ini.
















Jam 12:00 tengahari kami kembali ke lake house, makan tengahari dan bergerak pulang ke jetty pada jam 13:30. Jam 14:40 kami sampai di jetty dan trip Taman Negara Khao Sok berakhir di sini dan kami bertiga meneruskan perjalanan ke Koh Samui.




Nota:
1.Ticket Taman Negara Khao Sok THB20 seorang.
2. Permit Taman Negara Khao Sok THB200 seorang.
3. Pakage Taman Negara Khao Sok THB2999.
4.Contack pakage Taman Negara Phaiwan -+66 898715744.

Tiada ulasan: