Isnin, 24 Oktober 2022

Mandi manda di Ban Nam Rad Surat Thani



Saya dan dua teman singgah mandi manda di Ban Nam Rad Headwaters Forest ini dalam perjalanan dari Surat Thani ke Khao Sok National Park. Kami bertiga bercuti di negara Gajah Putih ini dalam penghujung bulan October 2022. Perjalanan menaiki Sangthaew mengambil masa hampir dua jam. Sebuah kenderaan dikenakan bayaran parking sebanyak TB50 dan kawasan parking baik terjaga. 



Masuk ke kawasan mandi manda ini dikenakan bayaran TB100 seorang, bayaran termasuk bersampan dan mandi manda. Terdapat tandas dan locker percuma tanpa had masa. Tidak dibenarkan membawa barang selain peralatan merakam gambar, talipon dan dompit ke dalam kawasan mandi manda ini. 





Kami menghabiskan masa sekitar dua jam mandi manda di sini sambil bersampan. Di sebabkan kami kurang mahir mengelolakan sampan, kami berdayung agak lintang pukang.











Terdapat deretan gerai makan di luar kawasan mandi manda dan ada sebuah gerai makanan halal. Kami membeli wafer di gerai tersebut untuk menggalas perut sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Negara Khao Sok.





Jika pembaca ke Taman Negara Khao Sok atau ke Surat Thani, singgahlah mandi manda di sini. Air dari perut bumi yang jernih berkaca ini sungguh sejuk nyaman.

Contack Sangthaew: Wak Nako +660140945903388


Tiada ulasan: