Ahad, 21 Januari 2024

Pasar Karat Ipoh

 


Kebanyakan barang yang diniagakan di sini merupakan barangan lama atau barangan terpakai. Sesuai dengan perkataan antik, unik dan klasik yang menyokong identiti Pintu Gerbang Memory Lane atau Lorong Kenangan di Jalan Horley yang menjual dagangan lama. 





Pasar ini beroperasi dari jam 6:00 pagi sehingga 13:00 petang setiap hari ahad. Berbagai barangan dijual terutama barang lama dan terpakai selain binatang ternakan, pokok bunga, ubatan tradisional, pakaian, pinggan mangkuk, bahan bacaan, senjata, barang perhiasan, makanan dan minuman.











Jika penat berjalan di pasar yang panjang berlorong dan bersimpang ini, pembaca boleh singgah makan dan minum di kedai makan 24 jam, Warung Tempua yang berada di salah satu lorong pasar karat ini. Makanan di warung ini berkuantiti banyak dengan harga dan rasa yang berbaloi. 



Selain Pasar Karat yang juga dikenali Loken,  di Ipoh juga terdapat  "night market" setiap malam di Gerbang Malam dan Up Town di Jalan Sultan Azlan Shah Utara. 

Isnin, 15 Januari 2024

Berkhemah di Draco Nature Camp

 

Tapak camping ini sering panas dan ada yang menempah sehingga setahun untuk mendapatkan tempat pilihan di hujung minggu dan cuti umum. Saya dan seorang teman bermalam di sini pada pertengahan bulan january 2024 dan menempah sehari awal dari tarikh berkhemah. Kebetulan masa itu hari bekerja, maka kami mudah mendapat slot tapak khemah.




Tapak khemah di Draco Nature Camp ini kebanyakannya terletak di tepi sungai yang jernih. Tapak khemah bersih terjaga, rata, ada plug point dan elektrik 24 jam. Sinki dan tandas bersih juga disediakan untuk para penginap. Surau dan mini kedai runcit terdapat di dalam rumah penjaga tapak khemah. Sampah dikumpul di tempat yang disediakan dan dibawa keluar oleh pihak pengusaha tapak khemah.





Selain mandi di sungai di hadapan tapak khemah, ada lagi satu spot mandi berhampiran tapak pakir. Di sini terdapat air terjun mini dan kolam mandi separas pinggang ke dada yang cantik.





Patutlah Draco Nature Camp menjadi spot perkhemahan faveret, selain tarikan alam semulajadi disekelilingnya, kemudahan asas yang disediakan juga menjadi factor tarikan pengunjung untuk datang lagi. Liputan telekomunikasi juga baik. Draco Nature Camp berada di antara Chenderiang, Tapah dan Sahom, Kampar. Kedudukannya di tengah semenanjung antara utara dan selatan juga merupakan tempat persinggahan yang sesuai untuk perjalanan jauh berehat sambil beriadah.

Contact Draco Nature Camp: Encik Sham +60 14-669 6207

Isnin, 1 Januari 2024

Trekking santai di Taman Tugu Kuala Lumpur



Trek dalam hutan rimba di tengah bandar Kuala Lumpur ini memang tidak pernah saya pikir kewujudannya. Saya bercuti di Kuala Lumpur pada pertengahan Disember 2023 dan menghubungi teman yang selalu mendaki bersama dahulu kerana telah lama tidak berjumpa dan mereka mengajak saya memanaskan badan di trek yang kelihatan berselirat ini. Kami berkumpul di tapak pakir Taman Tugu sekitar jam 8:40 pagi dan setelah semua bersedia kami berenam memulakan aktivity trekking pagi itu setelah mengambil gambar peta jalur di Taman Tugu ini sebagai rujukan.


Kami memulakan trekking di Taman Tugu ini sekitar jam 09:00 pagi dan kami sepakat hanya menyusuri perjalanan sekitar sejam hingga dua jam sahaja. Terdapat ramai pengunjung beriadah di taman hutan dalam kota hujung minggu ini sehingga kelihatan agak padat. Jalur ditanda dengan tiang bernombor, jelas dan redup. 




Trek kelihatan berlapis- lapis, bersimpang siur namun mudah jika kita trekking berpandukan tiang bernombor agar tidak sesat. Jarak trek jugak terpulang pada keupayaan dan kemahuan pengunjung samada mahu yang jauh atau yang dekat.




Kami mengakhiri sesi memanaskan badan dan bertanya khabar ini dalam masa lebih sejam. Sebelum pulang ke destinasi masing- masing kami bersarapan dahulu. Semoga jumpa di xpdc akan datang.


Selasa, 12 Disember 2023

Berkhemah di Kampung Beswok Sungai Siput



Perkampungan orang asli ini sungguh sejuk pada waktu malam. Saya dan empat teman bercuti sambil berkhemah di Kampung Beswok ini pada akhir Oktober 2023. Terdapat dua jenis penginapan yang disediakan di kampung ini iaitu bermalam di pondok buluh seperti chalet yang teratur atau berkhemah di pondok buluh tanpa dinding di tepi sungai. Kami memilih berkhemah di dalam pondok tanpa dinding.


Harga setiap pondok tergantung saiz pondok. Setiap pondok terdapat plug point dan letrik ada 24 jam. Tandas kongsi, paip dan singki juga berkongsi. Tiada jaringan internet di sini setakat ini. Tiga hari dua malam di sini kami penuhi dengan aktivity masak, makan, mandi manda di sungai yang jernih juga berkongsi cerita dan ilmu. Selebihnya kami bersiar di kawasan kampung ini.









Hari ketiga dalam perjalanan pulang kami singgah mandi manda di Lata Penyel. Di sini juga terdapat pondok untuk bermalam. Letrik generator dihidupkan setiap malam dan mengikut penerangan penjaga pondok di Lata Penyel ini, had letrik sehingga akhir bekalan generator sekitar awal subuh. Dari kampung orang asli terakhir ke Lata Penyel berjarak sekitar 30 minit trekking. Di sini juga tidak terdapat signal talipon dan internet setakat ini.





Terdapat banyak lagi kawasan khemah dan tempat bermalam di Kuala Mu Sungai Siput ini dan cubalah bercuti di sini.

Nota:
Contact Kampung Beswok Sungai Siput: Tok Batin Daud : 016 4747882.
Contact pondok Lata Penyel Sungai Siput: Suhaili : 017 9674224