Isnin, 1 Januari 2024

Trekking santai di Taman Tugu Kuala Lumpur



Trek dalam hutan rimba di tengah bandar Kuala Lumpur ini memang tidak pernah saya pikir kewujudannya. Saya bercuti di Kuala Lumpur pada pertengahan Disember 2023 dan menghubungi teman yang selalu mendaki bersama dahulu kerana telah lama tidak berjumpa dan mereka mengajak saya memanaskan badan di trek yang kelihatan berselirat ini. Kami berkumpul di tapak pakir Taman Tugu sekitar jam 8:40 pagi dan setelah semua bersedia kami berenam memulakan aktivity trekking pagi itu setelah mengambil gambar peta jalur di Taman Tugu ini sebagai rujukan.


Kami memulakan trekking di Taman Tugu ini sekitar jam 09:00 pagi dan kami sepakat hanya menyusuri perjalanan sekitar sejam hingga dua jam sahaja. Terdapat ramai pengunjung beriadah di taman hutan dalam kota hujung minggu ini sehingga kelihatan agak padat. Jalur ditanda dengan tiang bernombor, jelas dan redup. 




Trek kelihatan berlapis- lapis, bersimpang siur namun mudah jika kita trekking berpandukan tiang bernombor agar tidak sesat. Jarak trek jugak terpulang pada keupayaan dan kemahuan pengunjung samada mahu yang jauh atau yang dekat.




Kami mengakhiri sesi memanaskan badan dan bertanya khabar ini dalam masa lebih sejam. Sebelum pulang ke destinasi masing- masing kami bersarapan dahulu. Semoga jumpa di xpdc akan datang.


Tiada ulasan: