Isnin, 15 Januari 2024

Berkhemah di Draco Nature Camp

 

Tapak camping ini sering panas dan ada yang menempah sehingga setahun untuk mendapatkan tempat pilihan di hujung minggu dan cuti umum. Saya dan seorang teman bermalam di sini pada pertengahan bulan january 2024 dan menempah sehari awal dari tarikh berkhemah. Kebetulan masa itu hari bekerja, maka kami mudah mendapat slot tapak khemah.




Tapak khemah di Draco Nature Camp ini kebanyakannya terletak di tepi sungai yang jernih. Tapak khemah bersih terjaga, rata, ada plug point dan elektrik 24 jam. Sinki dan tandas bersih juga disediakan untuk para penginap. Surau dan mini kedai runcit terdapat di dalam rumah penjaga tapak khemah. Sampah dikumpul di tempat yang disediakan dan dibawa keluar oleh pihak pengusaha tapak khemah.





Selain mandi di sungai di hadapan tapak khemah, ada lagi satu spot mandi berhampiran tapak pakir. Di sini terdapat air terjun mini dan kolam mandi separas pinggang ke dada yang cantik.





Patutlah Draco Nature Camp menjadi spot perkhemahan faveret, selain tarikan alam semulajadi disekelilingnya, kemudahan asas yang disediakan juga menjadi factor tarikan pengunjung untuk datang lagi. Liputan telekomunikasi juga baik. Draco Nature Camp berada di antara Chenderiang, Tapah dan Sahom, Kampar. Kedudukannya di tengah semenanjung antara utara dan selatan juga merupakan tempat persinggahan yang sesuai untuk perjalanan jauh berehat sambil beriadah.

Contact Draco Nature Camp: Encik Sham +60 14-669 6207

Tiada ulasan: