Hampir setahun dibelenggu pergerakan kerana wabak covit, kelonggaran rentas negeri telah dibenarkan. Saya terus pulang ke kampung dan mengambil kesempatan trekking ke Bukit Intan di Trolak Timur ini. Saya bersama seorang teman memandu ke kaki bukit ini dengan mengunakan arah Google Map. Kami sampai di kaki bukit ini pada jam 08:20 pagi pertengahan bulan October 2021 dan memakir kenderaan di sana. Setelah bertanya pada penduduk kampung untuk memastikan arah Bukit Intan, kami memulakan langkah pada jam 08:30 pagi.
Trek ke Bukit Intan menyusuri ladang kelapa sawit yang mempunyai banyak simpang. Di beberapa persimpangan terdapat papan tanda arah, manakala di setengah lorong terdapat plastic jalur merah putih yang diikat di dahan kelapa sawit. Kami banyak kali bertegur sapa dan bertanya arah dengan peladang yang berselisih untuk memastikan arah Bukit Intan ini. Trek ke puncak Bukit Intan ini kebanyakannya mendatar cuma terdapat beberapa bahagian yang menaik sedikit.
Kami sampai di puncak Bukit Intan pada jam 09:40 pagi setelah berehat beberapa kali di sepanjang trek. Bukit Intan berada di ketinggian 240 mdpl namun trek ke puncak bukit ini agak ringkas dan mudah. Disebabkan kami ke sini pada hari bekerja, cuma kami berdua sahaja berada di puncak bukit ini. Dikatakan bukit ini agak sebuk di hujung minggu dan cuti umum dengan aktivity Mountain Bike dan Moto Cross selain trekking.
Dikatakan Bukit Intan mendapat nama dari batu yang terdapat di puncaknya. Batu ini sedikit berkilau bila terkena cahaya matahari sehingga di awal terjumpanya batu ini, terdapat beberapa orang penduduk kampung yang mencuba nasib membawa serpihan batu ini kedai untuk menilai jika batu ini mempunyai harga.
Kami berehat hampir sejam di puncak Bukit Intan ini sambil merakam gambar. Terdapat bangku kayu yang dibina oleh penduduk setempat. Kami kemudiannya turun melalui jalur kami datang tadi pada jam 10:30 pagi dan sampai di tapak pakir pada jam 11:20 pagi.
Nota:
1-Bukit Intan terletak di Trolak Timur, boleh guna Google map untuk ke kaki bukit.
2-Tiada bayaran dikenakan untuk mendaki bukit ini buat masa sekarang dan parkir percuma.
3-Trek jelas dan bertanya pada peladang yang bekerja di ladang sawit adalah solusi jika was-was.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan